27 May 2009

>keluarga angkat<

hari ni dah nak masuk hari khamis. Laju betul mase berlalu. skang ni dah nak masuk bulan 6. Apa yg aku dah buat ek utk tahun 2009 nih? hmmm.... ntah la, kalu ikut apa yg aku tulis dalam blog ni, asyik berjalan je kejenya. huhuhuhu..... sebut pasal jalan, weekend lepas aku hantar anak2 aku p jumpa famli baru. Anak pe? bila aku kawen? baca je la sampai abih....

ni la anak2 aku....

dan lagi....

yang ni baru beberapa minggu... mata pun baru bka...

ni yg wtengah nakal.... tp comel2 belaka...

memandangkan jumlah diacing (kata ganti nama diaorang bagai kucing) kat kampung tuh dah banyak sangat, n aku dah janji nak bg Rafiz kucing. Memandangkan mak dah bising2 nak bg orang, baik aku bg kawan aku dllu. So jumaat tuaku amik off. Balik Kluang dlu amik utk derang. Lepas Jumaat, gerak ke Melaka. Sebenarnya si putih ni sakit sket. Mata dia asyik adaa taik mata je. pastu berair. tuh yg dia sangat sangat kurus berbanding yang lain. n Rafiz plak bersungguh nak jaga dia, so aku bg la the only DSLH utk batch derang. Sebagai hadiah, aku bagi lagi sepasang. So, dua ekor la aku bagi Rafiz utk jaga. sdih2 gak. Tapi aku tau, tuan baru ni akan jaga diacing dengan lagi baik
.

putih n belang

bestnya tidur....

Sebagai persediaan, aku ltk surat khabar siap2 dalam kereta. Takut diacing ni terberak ke, terkencing ke. maklumla, tak penah jalan jauh. Tapi Alhadulillah..... tak berak, tak kencing. Cuma si putih tu muntah sket. mabuk kot...huhuhu..... maklumla tak penah naik kete. Memula tuh bising gak si belang. duk mengiau je. Si putih ni senyap sket. tapi bila dah masuk highway, diacing diam. dah penat kot. so diacing ni tdo atas peha aku sampai la ke melaka sebbaikla diacing ni masih comey2. kalu tak lenguh gak kaki aku dibuatnya. Sampai Melaka dalam kul 5 lbh. Lepas singgah umah Rafiz, tinggalkan diacing (sedeh......) aku teruskan perjalanan p kl. minggu ni kene p kelas gamelan. Minggu lepas dah ponteng dah... hissss... camner la nak terer ni. huhuhuhu...

ps-to rafiz, jaga diacing ni baik2 tau. bior gemuk gebu....
pss-thanks sebab masukkan duit utk tol ngan minyak..... tak menghrap. tp tq....

26 May 2009

>Lagi-lagi Sipadan (Part 5)<

Sipadan Water Village Resort

Hampir sebulan dah tinggalkan Sabah tu.Tapi citer masih tak abih2. Sorry la kalu korang jemu baca. (ada ke yg bacablog aku) Asyik citer sipadan je. Kali ni,aku cuma nak kongsi, belanjake Sipadan. Mana la tau, ada yg berminat nak g Sipadan. Boleh la budget2 apa yg patut.... so budget utk trip kali nih

Pulau - Mabul, Samporna
Tempat - Sipadan Water Village Resort
Tempoh - 4 hari 3 malam
Pakej termasuklah
  • Bot pergi dan balik dr jeti ke resort
  • Penginapan (twin sharing)
  • Makan secara buffet (3 kali)
  • Makanan n minuman ringan di 'diving centre'
  • peralatan Snorkeling
  • 1 boat trip ke Sipadan or Kapalai

Pakej utk non divers- RM950 (normal price dalam RM 1500)
Permit ke Sipadan - RM 40
Extra boat trip ke Kapalai - RM50
Discovery dive - RM200
Kereta sewa (airport-jeti-airport) - RM30
Flight tiket - RM150 (lama aku booking)
Lain-lain - RM800 (makan, shoping, duit minyak, hotel)

Total- kira la sendiri, semua terer math kan....

naik ai asia jer.....

jeti @semporna....

Sipadan Water Village Resort

bilik yang sangat selesa

ps- pesanan penaja
# Permit di pelkan untuk memasuki Sipadan dan kebenaran mungkn tidak diberikan jika telah melebihi quota. Kebenaran dikeluarkan oleh 'Sabah Park' sehari sebelum dan pihak resort tidak dapat memaklumkan kepada tetamu lebih awal. Tetamu yang dibenarkan masuk dikehendaki membayar yuran sebanyak RM 40/day dan perlu bayar di resort. Hanya 120 orang saja dibenarkan untuk memasuki sipadan/day

pss-walaupun agak mahal, tp rase sangat2 berbaloi. One of the best cuti2 yg penah aku p.thanks to salina....

psss-kalau berminat, leh g web page Sipadan Water Village Resort @ www.swvresort.com

21 May 2009

>Citer Sipadan Lagi (Part 4)<


Tak habis2 lagi citer Sipadan aku ni. Maybe ni yang last kot. Bergantung pada tahap kerajinan aku. huhuhuhu.... Hari ke 4, last day di Maul. Bersugguh2 aku bangun pagi nak tgk sun rise. Tau je la kan, kul 6 pagi matahari dah naik dah.terkejar2 anu nak amikgambo sunrie. sekalituh, spek tak jumpa la plak. terhegeh2 aku nak pakai contact lens. Keluar bilik je, matahari dah naik tgi. Sempat la snap beberapa pic matahari pagi di Mabul.

Pas sarapan, plan nak sambung snorkling lagi. tak puas rasenya,walaupun dah 3 hari berendam. sampai kat diving centre, si ramil buat hal plak. die tak nak sediakan googles yg secukupnya utk kami.punya la sakit hati. so berganti2 la guna googles yg ada. sedeh dan geram....

dalam kul 11, dah balik bilik. Kemas barang, bersiap ut chek out. Boat sampai kul 2 pm. so lpas check out, p makan. Makan terakhir di Mabul. Rase sdeh plak. Mase makan ni, Rika dtg bagi sijil. sijil pe? Sijil utk Discovery Dive tula. pengalaman yg sangat best. huhuhuhu....





sesi terjun, berenang n cik pat dalam air.....

Dalam kul 2.00 lebih, boat kami sampai. cm waktu datang, waktu balik ni pun, pekerja2 SWV beratur kat jeti. Terasa cam VIP plak. sungguh2 terharu diraikan sebegitu. Perjalanan boat kali ini cam cepat je. dlam 40 min sampai dah semporna. Pastu meneruskan perjalanan ke Tawau. Singgah Pasar Gantung kat Tawau. Aku tak beli pape pun. Derang je yg shoping sakan. Bebudak laki lain naik flight malam tu, geng2 semah plak keesokkan harinya. aku plak ada lagi satu perjlanan yang panjang ke KK. Bye2 Sipadan.... Bye2 Semporna.... Bye2 KK.... sampai jumpa lagi...


nak balik pun derang tunggu kat jeti.... terharu

bye2 mabul.....

Pasar Gantung, Tawau...

mkan seafood yg sedap skali

vote sipadan (new 7 wondersof nature)

16 May 2009

>Cuti-cuti Malaysia-Sipadan (part 3)<

group photo @ kapalai

malam kedua tdo dengan lenanya. Tiada ribut melanda. huhuhuhu... Hari ni kami akan ke Kapalai. Kapalai ni nak kata pulau, tak de la pulau sangat. Takde struktur yg boleh kate Kapalai ni pulau. yg ada cuma beting pasir je. tu pun kalu time air surut. Kalau time air pasang, resort kat Kapalai ni nampak cam resort atas air. Tp memang sangat cantik. cam resort yg kami duduk kat Mabul.

Lepas sarap je, kami terus tunggu kat diving centre. kali ni semua naik satu boat, over load sket la. huhuhuhu... seb baik dekat je. Dalam 30 minit je dari Mabul. Sesampai kat Kapalai, kami jalan2 dulu kat resort dia. Sebab sangat unik dan sangat cantik. Banyak 'patric' kami jumpa. bertaburan di lantai laut. huhuhuhu... Pastu, kami sambung la sesi 'snorkling' di kapalai plak. Kapalai tak la secantik Sipadan. Tapi ikan dia banyak la. Tapi Sipadan tetap no 1. Tapi yg agak sdih, banyk coral mati. rase sangat2 sdih. Mayb kena langar dengan bot mase air surut kot. No wonder la, Sipadan dijaga dengan begitu ketat. Sebab tak nak apa yg berlaku kat kapalai ni jadi cam kat Sipadan. Karang, cian anak2 kita tak blh tengok dan merasai apa yg kita penah rase. Ye la, kita ni kan meminjam bumi ini dari anak2 kita (ada anak ke aku)

resort di kapalai.... sangat cantek...


berenang keriangan....

Dalam sejam lebih je kat sini. Kami sungguh pelik, knapa la p pulau2 lain cuma kejup2 je. ntah apa la taktki org resort. Seb baik la, Mabul pun catek jugak. balik pun bleh sambung snorkle. Tengahhari, air tngah surut, so coral lagi nampak clear.

terjun ke laut.... sangat seronok....

dan terjun lagi....
anak2 mabul mencari ikan....

Sampai Mabul je, kami rehat2 minum air jap. makanan aka kuih2 n biskut dan air mmg sentiasa disediakan kat diving centre ni.sotak payah larisau kelaparan mase snorkling. agak2 laporn hous, makan je makanan yg ada. huhuhuhu... pastu pe lagi, sambung snorkling la, sampai tgh hari. Sebelah petang plak, kami main volley ball ngan staff2 SWV. Seperti biasa, team aku menang la. huhuhuh... main dalam satu jam je, pastu sambung sesi pusing2 pulau mabul. Kali ni dapat tgk keadaan perkampungan orang bajau laut pada siang hari. Pastu menikmati keindahan senja yg sangat cantik. Belah malam plak, seperti biasa la, menikmati bayu malam di jeti smabil borak2 kosong.....

main volley ball.... sakit tangan x baik2 lagi

jalan2 lepas main volley.....

rumah2 org laut.... unik

pendapatan sampingan org laut, jual siput2...

15 May 2009

>Cuti-Cuti Malaysia-Sipadan (part 2)<

mereka2 yg menggamatkan percutian kal ini
(berdiri dr kiri: Lat, Zana, Azmeer, Ku, Eddie)
(depan : Marin, Sara, Ery, Semah, ChaCha, Atem, Ateng)
(org yg sibuk makan : Salin n Sab)


The next day, bangun dengan wajah yg ceria. Tapi ada sikit risau sebab gerimis sket pagi tu. Takut tak dapat ke Sipadan. Lepas sarapan, terus ke dive centre. Alhamdulillah boleh g sipadan. So bergerak la kami ke Sipadan dalam hujan yg renyai2. Dari Mabul ke Sipadan ni ada la dalam 30 min. Sampai2 je kene daftar nama dulu. Pastu baru bleh beraktiviti. Terjun2 je aku sangat teruja, kagum, suka. Apa taknya, terjun2 je nampak penyu.Bukan sekor dua. Banyak ok. Ada la dalam berbelas ekor. Dari yg kecik sampai la yg lagi besar dari orang. Tu belum masuk ikan2 yg sangat banyak dan coral2 yangsangat cantik. Shark pun ada ok... tp shark yg kecik la.White Tips shark kot kalu tak silap aku. Pastu nampak kawanan ikan barakuda. Sebijik yg macam dalam National Georgraphic tu. Sangat2 la puas hati. No wonder la, kerajaan jaga pulau ni gila2. Coral dia memang cantik. Hidupan laut dia pun banyak. Sejam snorkling, rase cam kejup je. Lepas rehat makan jap, sambung snorkle lagi. Pindah tempat lain. Yang bestnya snorkle kali nih, cuaca sedikit mendung. So tak de la sunburn sangat. Tapi, coral tak bape clear sangat la. Dalam kul 12,kami gerak balik ke mbul untuk lunch. Petang buleh pergi lagi kalu nak. Tapi kene bayo duit bot sebab pakej cuma cover utk sekali je boat trip. Kejikan? tapi aku, cha cha ngan sem sem tak naik g, sambung snorkle area jeti. Air tengah surut, so coral nampak jelas giler... sangat sukeeee......

satu-satunya jeti kat sipadan..(tempat lapor diri)

tunggu urn nak lapor diri
(sebb insan2 terpilih je cam kami yg bleh masuk Sipadan... =p)


me @ sipadan.... sangat sukeeee

Abg2 askar yang berkawal di Sipadan
(so jangan risau sangat pasal keselamatan)


Sampai jumpa lagi Sipadan....

Petang tu, kami tak ke sipadan lagi. Bukan tak nak, tp ada program lain. Scuba Diving..... Diving master resort free hari tu je. Besoknya dah ada org booking dia utk amik lesen. Sepatutnya kate salina, Alister, agen kami yg ajar. RM 200 lagi kene kuar utk scuba nih. Tp worth it. Perasaan berada dalam air, dekat dengan ikan2 n coral, sangat la best. Semakin berkobar-kobar utk amik lesen pasni. huhuhu.... yang paling best, nampak penyu depan mata. dua ekor plak tuh. Sangat best. Oh,lpa nak bagi tau, kami (Salina, ChaCha,SemSem, Sarah, Eddie, Lat, Ku,Azmeern aku) di ajar oleh Rika Hirose, japanese lady yg sangat baik. Bebudak pompuan masuk air dlu. Then baru kami. Sandra n sorang lagi diver kat sana tolong mengajar.

seksi tak (malu.... )

dah tak sabar2 nak menyelam....

me underwater @ sipadan.... syiokkk.....

Pas diving tuh, sempat la layan sun set lagi. Sun set kat mabul mmg cantik. Cma time kat sini tak nampak matahari yg bulat itu, tenggelam dalam air. Tp still cantek. Malam tu, lepas dinner Eva ngan Herman (kawan-kawan Alister merangkap pekerja SWV) bawa kami jalan2 pi pulau. Melihat2 kehidupan di pulau pada waktu malam. Pasal orang pulau ni, aku story lain kali la....
Pastu tido n ready untuk besok. Kami nak Kapalai plak. Nak tau apa specialnya Kapalai, tunggu la entri berikutnya....

sun set on 2nd day

ps-aku balik kg minggu ni...
pss-kat kg dah pasang broadband, leh la update blog semasa di kg....

Peringatan Untuk Diri- Kisah Si Iblis

Part 1 - Iblis kunjungi Rasulullah

DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a., “Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, ‘Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”

Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”
Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”
Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”

Nabi menahannya, “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”

Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin.”
Nabi menjawab, “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”
“Siapa yang memaksamu?” tanya Nabi.

Iblis menjawab, “Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, “Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

Part 2 - Iblis gentar

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Amalan yang menyakiti iblis

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”
Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

Part 3 - 70,000 anak bantu iblis

IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:

Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

Part 4 - Pendusta sahabat iblis

IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.

Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.
“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.”

“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku..”

“Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.”

“Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, cerai.”

“Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihat kiri dan kananmu,’ ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.”

“Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat.”

“Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.”

“Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.’ ‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

“Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata iblis.

Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia.


ps-artkel ini dicedok dari sini

14 May 2009

>Cuti-Cuti Malaysia- Sipadan (part 1)<

Ini kali kedua aku sampai ke Sabah. First time datang tahunlepas mase nak panjat Gunung Kinabalu. Tapi sempat gak aku jalan2 tengok sabah. Aku dah sampai ke KK (semestinya la, sbb tumpang umah senior aku, zayyid), Tip of Borneo kat Kudat, Kundasang, Ranau, Poring, Pulau Manukan, Pantai Karambunai, tak lupa juga, tanjung Aru. Thanks a lot to Salina n cinda (gen2 nya). Dan mase trip ni juga la aku kenal ngan Salin (dietition kat KK) & Sab (MO kat Kuching). Dua2 sempoi n adventures. Tu yg kami plan utk ke Sipadan, sesudah turun gunung. Huhuhuhu.... Dan akhirnya, 21/4/09 flight aku berlepas dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu. Kat airport KK, Zayyid la yg amik aku. TQ Zayyid.....


ini la cinda (kete salina)

Perjalanan kami ke Sipadan bermula dr KK. Jangan tak tau, kami bawa cinda ke semporna tu. Kami bertiga (aku, Salin & Sab) bergerak lepas sarapan pagi. Bird tak dapat ikut atas sebab2 yg tak dapat di elakkan. Sepanjang jalan, Sab ngan Salin je yg bawa. Sebab aku tak reti bawa kete manual. Perjalanan dari KK ke tawau amik mase dekat 10 jam jugak la. Kul 8.00 pagi kami gerak dari KK, hampr jam 7.00 mlm baru samapi Tawau. Tapi kami banya kali stop la. Kat kundasang berenti 2 kali(amik gambo, n makan lagi). Pastu berenti lagi kat Telupid, Sandakan, Lahad Datu. Maklumla, bukan driver je kene minum, Cinda pun nak minum gak.


Sampai je kat tawau, Salin anto aku ke hotel tempat Lat & the gang. Lat, Ku, Azmeer, Fendi ngan Edi dah sampai dari KL dalam kul 6.30 ptg. Yang lain-lain (Fairus aka Semah, Aishah aka ChaCha, Izzati aka Atem, Marin & 3 org lagi kawan skolah Semah) sampai keesokkan harinya,betul2 sebelum ke Pulau.


Esoknya dalam kul 10 kami gerak ke Semporna. Dari Tawau ke Semporna ni ada la dalam 2 jam. Kami gerak dalam 2 kenderaan, van yg disewa, ngan cinda. Van singgah dulu ke Airport utk amik Semah n the gang. Sampai2 kat jeti Semporna tu, boat dah ada pun. Loading luggage dalam boat, buang2 apa yg patut, terus naik boat ke pulau. Kami duduk kat Sipadan Water Village Resort, Mabul. Kenapa bukan Sipadan? Sebab sipadan tak de resort. Yang ada Cuma berek askar je. Kenapa? Sebab Kerajaan Negeri Sabah nak kawal jumlah orang yang masuk Sipadan. Takut choral kat sana rosak. Lagi pun Sipadan ni unik sket. Orang pulau citer, Sipadan ni cam payung yg diremdam dalam air. So cam tak bape kukuh la. So limited 120 org je yg buleh masuk Sipadan dalam sehari. Permit dikeluarkan sehari sebelum dapat pergi dan di kongsi oleh 12 resort yg lain area Mabul, Kapalai ngan Mataking.


Jeti kat Semporna


Perjalanan dari jeti ke pulau dalam 40 minit terasa sangat lama. Sampai2 je, kami disambut macam VIP. Siap dapat towel sejuk lagi. Sungguh nikmat. Akubetul2 kagum ngan SWVR ni. Sangat-sangat cantik. Di bina kat atas air. Pastu, dengan air yang sangat jernih, dan coral2 yang sangat banyak dan cantik. Aku sukeeee...... Sampai je, kami terus makan tengahhari. Makanan dia sangat sedap. Setaraf ngan hotel 5 bintang. Bilik dia pulak stail rumah2 atas air. Tap kat dalam, sangat2 cantik. Memang cam hotel. Cuma takde aircond. Tp ok la, g pulau bukan nak duduk bilk je. Nak mandi manda. Huhuhuhu…. RM950 untuk makan penginapan dan boat trip addalah sangat2 berbaloi,walaupun nampak macam mahal.


dalam boat ke Mabul.... xcited....


disambut bagai VIP


Sipadan Water Village Resort


tuala sejyk yg sangat menyegarkan


Lepas taklimat sket kat diving centre, kami terus je terjun. Masyaallah.... sangat cantik... Air di sangat2 la jernih. Pulau yang paling best penah aku pergi. Redang ngan Tioman tu cam sangat2 la biasa je. Ikan-ikan dan coral2 sangat banyak dan sangat cantik. Tak payah nak pergi jauh2. pusing keliling dive center tu pun dah cukup puas hati. Dalam duk bersnorkling tuh, sempat gak aku amik pic sunset.... Gambo yg mesti amik kalu g pulau. Sangat cantek.... hilang segala stress. Masa nih nama utk ke Sipadan tak naik lagi. Lepas makan malam katanya.


menjadi dugung duyung


dining hall yg sangat best makanannya...


Tapi waktu dinner tu, Salin bagitau, semua dapat g sipadan kecuali sorang. Cian Fendi, pihak resot tercicir nama dia. So tak dapat la permit.... Malam tu sangat exited utk ke Sipadan. Ye la, bukan semua orang berpeluang g sipadan. Walaupun dah sampai mabul or kapalai, kalu tak dapat permit, mmg tak bleh masuk. Camlagu zainal abidin tu, dekat tapi jauh. Huhuhuhuh.... Dan first night di Mabul di sambut denganribut yang ganas. Angina kuat giler. Sampai bergoyang umah kitaorg. Tak lena tdo dibuatnya. Tapi kata pekerja resort, tu baru sikit je. Huhuhuhuhu… sabar je la.


bersambung.......

04 May 2009

> Sipadan.... sangat best <

bz sket minngu nih... tak sempat nak buat posting sipadan.... so enjoiceee gambo dlu ek.....

ni sunset dr dalam air asia....

Mabul Island....

Sipadan Water Village Resort...

Sunset @ Mabul Island

Sunset @ Mabul Island

ps-lagi gambo kat FLICKR or FACEBOOK
pss-klu nak add facebook, email nya atengbest@hotmail.com