16 September 2009

| Salam Aidilfitri |

Nota Kaki
1. Sok aku dah start cuti.... Pagi2 masuk opis jap, siapkan keje, pastu p shopping sket, baru balik kg...
2. Cuti sampai 28/9... bestnyer... 1/10 dah takde di JB...
3. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua pembaca blog...

15 September 2009

| Asma ALLAH by Sami Yusof |

An interesting yet beautiful song from Sami Yusof. Lgi ni juga merupakan lagu tema utk Jejak Rasul tahun ni.... Enjoy...

13 September 2009

| Tazkirah bulan ini |

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.


Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini.

07 September 2009

|Surat itu....|

Salam..

Akhirnya, surat yg aku tunggu2 sampai juga. Tak sangka plak seawal ni surat tu sampai. Aku ingat dalam bulan depan, tup2, jumaat hri tu dah sampai opis. Mesti korang nak taukan surat pe... Surat pindah. Pindah Kl... yeayyyyy...

Aku sepatutnya kene lapor diri kat HKL 1/9 ni. Tapi bos suh tangguh sampai 1/10. Banyak keje kene bereskan sebelum pindah. Klu bleh tak nak la menyusahkan orang. Pagi tadi ngadap bos, seb baik tak kene bebel. Sebab aku minta pindah tak melalui jalan yg betul. huhuhu... Lagi pun dah 3 tahun lebih aku duk kat enforcement. So tak salah cuba menda yg baru ni.

So... hari2 mendatang ni akukene siapkan inspection, report2 tertangguh, kes2 yg tak abih2 lagi (atleast dah fial draft), kemas2 barang, jual apa yg patut kat hosmet.... Hurmmm... tu je kot... k la, nak start packing dah.... sampai jumpa lagi...

Nota Kaki
1. Dah bgtau mak... mak tak kisah...
2. Nnti aku duk Cheras...berpk2 sama ada nak naik train or car pool ngan harimi.
3. Hari ni b'day anak buahaku Rabiatul Nazuha... dan dapat anak buah baru...

06 September 2009

|Nikon D5000|


Salam....

DSLR... dah hampir setahun aku ada DSLR sendiri. NIQUE aku bli tahun lepas, mase bulan puasa. Semua gara2 teracun dengan Bird punya D40x. Mase tuh bercuti2 di Kuching. Tengok dia guna Nik, memang tertarik ngan gambo yg dia tangkap. Sangat jeles.. Pulak tuh, balik2 dr cuti, Aca (yg sam2 cti sekali) bli Canon. Memang membara....

Tapi kali ni tak nak citer pasal aku punya DSLR. Nak citer Pasal D5000 yg baru aku beli. Tapi bukan utk diri sendiri. Aku blikan utk Salin. Harga kat KK mmg mahal, so kebetulan aku p KL, dia mnta tlg belikan. Nnti aku pas kat housemate aku yg duk KB gak. Balik raya nnti, beraya ngan DSLR baru la Salin ek. Ekceli D5000 ni up grade dari D60. tapi d5000 bgus sket dari D60 la, dah namanya pon up grade kan.

D5000 ngan kotak ngan beg...

Perbezaan D5000 ngan D60 (klu tak paham buka kamus eh):
  • 12.3 MP CMOS sensor (D60: 10.2 MP CCD)
  • Tilt/swivel screen
  • Live View with contrast detect AF
  • Movie Mode
  • Wider ISO range
  • 11 point AF system with 3D tracking (D60: 3 point AF)
  • Control of Active D-Lighting intensity
  • Automatic correction of lateral chromatic aberration
  • Choice of JPEG quality in RAW+JPEG shooting
  • Extra retouching options
  • More scene modes
  • Faster continuous shooting
  • Exposure bracketing
Nikon D5000

Harga aku dapat RM2750. Pakej kit lens + 4 gig SD crd + UV filter + screen protector + beg + tripod. Murah ke mahal? Pastu aku hadiahkan diri sendiri dengan satu prime lens.... AF-S DX Nikor 35 mm, f/1.8. Sangat teruja utk snap ngan lens baru. Lens ni aku dapat dengan harga RM 750. Tu pun setelah tawar menawar ngan apek kat kedai tu (kat pertama). Pasni nak bli speed light plak. Ada sesapa nak tolak speed light kat aku?

prime lens baru.....


Nota Kaki
1. Dah 15 hari puasa... shopping raya tak abih lagi...
2. Macam tak dapat cuti lama raya tahun nih... :(
3. Aku suka.. Kenapa? tunggu dah kompem baru aku bleh citer...

03 September 2009

|Iftar with STJ 99ners|


Salam...

Diam tak diam, dah masuk hari ke 14 dah. Maknanya dah hampir separuh perjalanan Ramadhan tahun ini kita lalui.Hari ni, first time aku pi bazar kat jb, dan first time gak aku solat terawih kat Masjid Sultan Abu Bakar. Bukan sebelum2 ni malas, tapi keje malam... tak dan nak pi bazar, solat terawih pun wat sendiri2 kat umah. Ok la tu, drai pada tak buat langsungkan.

Berbalik tajuk kat atas, majls ni plan last mini je antara aku ngan fariz. Lepas survey2 tempa,aku pun wat loop email utk budak2 stj batch aku yg ada kat area JB. Asalnya dalam 15 org y setuju nak datang. Tapi di hari kejadian cuma 8 org je budak STJ ngan beberapa org lain yg merupaan pasangan dan bakal pasangan dan sahabat2.. huhuhu...

kawasan buffet yg memang panjang... penat nak amik makanan

my first meal.... pastu amik lauk pauk, bakso, kuih2. huhuhuhu...

Majlis di buat kat LC Catering, Danga Bay. Restoren ni sebenarnya kat Jalan Tebrau. Tapi sempena bulan Puasa ni, dia buka kat Danga Bay. Makanan dia buleh tahan la. Makanan memang banyak... ada stail buffet ngan stail stall. Makanan paling best, pecel lele dia.. huhuhuhu... favret fodd bila makan kat LC Catering. Harga dia murah je. RM 25.80je.. Makan la sampai kenyang. Surau pun ada disediakan kat Danga Sreet Mall. Lepas makn pun bleh shopping, sebab kat keliing tuh ada gerai2 jual macam2 barang.

Kawan2 STJ yg hadir mase majlis ni, aku, Suzy, Haslinda, Karmila dan pasangan, Mass Hafizi, Roziah,Shah dan anaknya, Fariz dan pasangan, Ijad, Hasyim (kwn fariz), dan 2 org lagi kawan Fariz. Lepas makan tuh, kami borak2 pasal sekarangdan zamna belajar2 dulu. Seronok sekali skala jumpa ramai2. Masing2 mengimbau kenangan zaman kanak2.. huhuhu..... Hopefully reunion sempena 10 tahun meninggalkan STJ akan berjaya....

Enjoy the pictures....

Shah, tomie, rozie

rozie, suzy, linda, aku

Karl, Rzie, Suzy, Linda

Mass, Fariz

Ijad, Hasyim (bukan budak STJ.. huhuhu)

lain-lain gambar di mukabuku