28 February 2010

|Jalan2 Cari Makan : Bagan Lalang|



Salam...

Seperti biasa, kami memang suka buat kerja gile. Makan punya pasal, sampai Bagan Lalang kitaorg pergi. Tetibe je rase nak makan seafood tempat jauh2. Orang kata best, tapi sorang pon dari kami tak penah sampai. Plan asal nak tgk sunset kat sana. Tapi biasa ler, plan hanya tinggal plan saja. Last2 kami gerak kul 6.00 ptg gak. Tgk sunset dalam kereta je la gamaknyer.

Untuk yang tak tau, Bagan Lalang ni kat daerah Sepang. Nama lain dia Sepang Gold Coast. Kat sana ada banyakkkkkk kedai makan seafood. Maklum la, tepi pantai. Keadaan pantai dia tak tau la cantek ke tak. Sebab sampai malam kan, gelap dah... huhuhu... Ada satu kawasan tu, dia khususkan utk perkhemahan. So sesapa yg rase nak berkhemah tuh, bleh la bawa khemah... Nak makan pun senang. Bertentangan dengan tapak perkhemahan tuh ada medan selera.

So tempat yg dituju, Kedai Makan Sri Bagan. Kedai dia paling hujung skali. Apa yg membezakan kedai ni ngan kedai2 lain, ada satu kawasan tempat makannya dibina atas air. Tapi oleh sebab kami datang "awal" sangat, so dapat duk kat tempat biasa2 je. Cara nak order kat sini, kita kene pilih hasil laut dia sendiri. Cam nak beli ikan kat pasar. Pastu bagi tau dia nak masak apa. Kitaorang pilih kerapu masak stim, sotong goreng tepong, pepahat masak berlada, kerang bakar ngan pari bakar (tapi pari bakar derang lupa nak bagi). Masa menunggu nya agak lama juga la. mungkin sebab malam tuh ramai sangat orang kot. Seb baik diaorang sediakan snack (kerepek ubi). So, ada la mende utk di kunyah2.

muka org2 kelaparan...

pilih2 ikan...

kerang bakar with sambal kicap n air asam...

sotong goreng tepung...

pepahat masak berlada...

siakap stim...

tak sampai 15 min, semua dah licin....

Harga semua dalam RM 140. Rase dia buleh tahan la. Takde la sedap sangat. Ikan dia rase cam tak berapa segar. Tapi untuk tekak yg tak berapa nak cerewet sangat cam aku ni kira sedap la. Paling aku suka pepahat masak sambal dia. Mabeles.... sebelum ni aku penah rase kat Kuching. Kira ni 2nd time la aku makan. Lepas perut dah kenyang pe lagi, sesi berposing la. Pi jalan ngan bebudak ni, memang tak sah kalu tak amik gamba. Seb baik bawa tripod, dapat gak aku bergambar skali.

atas batu tepi pantai...

jgn main2, kat gold coast tuh...

area ni memang cantik... kalu dapat amik gambar waktu petang, mmg cun....

pose kat pokok buluh plak...

Nota Kaki
1. Gambar2 diambil guna lens 50mm.
2. Banyak lagi gambar kat FACEBOOK
3. Ada 2 hari lagi cuti... Nak wat pe ek?

27 February 2010

|Jalan2 Cari Pasal : Putrajaya Night Scene|


Salam....

Sambung entri yg lepas. Kali ni, share sket gambar pemandangan kat Putrajaya di waktu malam. Tak banyak gamba pon amik. Sebabnyer, tak bape nak suka amik gambo waktu malam. BTW, sesapa ada tips nak amik gambar waktu malam, bleh la share yer...


Menara Masjid Putrajaya, senja...

Masjid Putrajaya, Senja

Jalan Raya....

Jambatan dari Masjid Besi

Masjid Besi dari jambatan


City of Light...

26 February 2010

|Junjungan Mulia|

Salam Maulidurasul...

Mengimbau kembali tahun 1995, mase tuh masih budak hingusan lagi kat STJ terchenta. Kami bebudak Form 1 wajib menyertai Pertandingan nasyid antara kelas sempena Sambutan Maulidurasul. Setiap kelas wajib nyanyi 2 lagu dan lagu wajib adalah bertemakan Rasullallah. Ingat lagi, kami bebudak 1 Curie dok pening2 kpala nak nyanyi lagu pe. Setelah berbincang, kami pun pilih la lagu Junjungan Mulia. Mase ni, Raihan tak glamer lagi dan belom nyanyi lagu nih. So tak ramai classmate aku yg tahu. Sebab aku je yg tau lagu nih, so aku offer la diri jadi solo. walaupun sore tak sedap mana.. huhuhuhu... ni lah first time jadi solo. Walaupun aku memang Ahli MujibburRahman (kumpulan Nasyid sekolah), tapi soloist ktaorg memang sedap suaranya, so yg lain2 tak de chance la.

Lagu nasyid tradisional ni tak de la susah mana nak diingat. Sebab yg nyanyi ramai2 cuma 1 atau 2 rangkap je. So beban banyak pada solo le. Seb baik la mase skolah rendah penah nyanyi lagu ni. Senang sket aku. huhuhuhu... Aku igt lagi, mase hari pertandingan tuh, kelas kitaorg pakai baju yg lain daripada yg lain. Baju melayu, berseluar slac hitam, bersamping dengan kain pelikat ala2 johor. Memang comel... (perasan). Dan mase pengumuman diumumkan, kelas aku dapat no 2. Juara semestinya la kelas 1 Einstien (soloist nasyid skolah dalam kelas tuh). Yang sangat aku bangga, dapat kalahkan budak kelas Al-ahzan yg ditunjuk ajar oleh senior yg guide MujiburRahman. Sangat puas hati...

So enjoy the song... Bleh dengor versi asal oleh al Mizan atau versi Dato Siti. Versi Raihann tak jumpa plak dalam utube...


Junjungan Mulia
Ciptaan : S Atan
Penyanyi : Al Mizan

( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )

Versi Al Mizan



Versi Dato Siti

23 February 2010

|Jalan2 Cari Pasal : Putrajaya|


Salam....

Lamanya dah tak update blog... Sindrom malas dah datang balik... huhuhuhu... camner nak baik dari sindrom ni ek? Cuti CNY yg lepas (lama dah citer ni aku perap), aku tak balik kg. Sabtu tu aku bertugas demi negara (cewah, cam bahaya sangat kerja aku) kat Pharmacy Emergency Deparment, HKL. Musim2 cuti ni patient tak ramai sangat. Tp sebab kerja sorang kan, bleh tahan la pening nye. Habis semua orang au kacau. hahaha...


Hari Ahad, pi tgk wayang. Hari Isnin melaharkan diri kat umah. Hari Selasa baru la ada plan lagi. Jalan2 Cari Pasal versi Putrajay. Sebenarnya plan last minute juga. Malam sebelumnya duk tanya member2 yg free. So yang perginya, aku, Shah, Atem ngan ChaCha. Memula igt nak main bowling ataupun karok ataupun tgk wayang. Namun apakan daya, pkl 12.30 baru gerak dari KL. So kami just pi makan2 kat Alamanda, pastu pi outing kat area Putrajaya. tak ke mana pon... Pi Masjid Besi, Monumen baru yg nacan roket, Taman Bunga Raya.... tu je yg sempat p... So enjoy the pic...


@Masjid Besi / Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin


kubah dari dalam...


ruang solat


tempat wudhu'


kawasan luar, ada kolam..


air dalam masjid macam bersambung dengan air tasik... unik..


pemandangan dari dalam masjid... siang hari...


pemandangan dari dalam masjid... malam hari...


jambatan....


monumen baru @ Putrajaya (tak hingat nama dia)


kat sepanjang dinding tuh ada sejarah malaysia....
tak larat nak jalan sampai atas....


Nota Kaki

1. Gambar waktu malam akan di update nanti....
2. Penat2 datang Putrajaya, tapi En Wahyun tak de plak... tak dapat nak mengepau dia...
3. Next time nak amik gambar bangunan yg pelik2 kat Putrajaya plak...

12 February 2010

| Pekak |

Pernahkah anda mengalami situasi ini?


dan situasi ini?



Jika anda selalu mengalami salah satu atau kedua-dua situasi di atas, ini bermakna anda PEKAK. Pekak atau deaf dalam bahasa omputih bermaksud tidak dapat mendengar sebarang bunyi. Tapi ada bermacam2 jenis pekak. nak tahu lebih lanjut, sila la klik link di bawah:




Cik puan punya belog merupakan bestfren aku mase kat UKM KL dulu. Skang pon masih bff gak. Cumanya tak de la selalu lepak sama2 macam mase study dulu. Dia skang amik Phd kat Bristol dalam bidang Audiologi. Balik tahun depan nanti dah ada title dr ler. Aku, ntah biler nak dapat title tuh. hahahah... So nak tau lebih lanjut pasal kurang pendengaran ataupun bahasa kasarnya PEKAK, boleh le klik link tadi yer.


Nota Kaki
1. Aku kadang2 pekak gak. Tapi selalunya buat2 pekak lagi2 mase bos tengah membebel. hahahaha
2. Besok kene kerja. Waaaaaa..... nak balik kampung, nak jumpa kucing2 aku yg lain mak ngan adik2 ku...

10 February 2010

| Termenung |

Salam....

10/02/10, cantek kan tarikh hari nih. Tapi aku paling suke tarikh ni 20012001, birthday aku tahun 01. hahahaha... Berbalik pd tajuk. Termenung, sape yg termenung? Kucing2 aku ler. Apa? Ingat manusia jer yg bleh termenung tak caya tgk gambar kat bawah. so enjoy la gamba2 kucing2 ku yg comel2 ini....

stokin pun termenung sampai lentok2


kaler yang ku sangka betina... rupa2nyer jantan


sentot tengah termenung... kucing jantan yg pengecut...

bukti sentot yg penakut... kaler tak buat pape pon...


poteh... saje je letak gambar ni wp tak de kaitan ngan tajuk...

Nota Kaki
1. Dapat berita dr adikku, Taik Lalat (DSH) dah beranak. Tak tau la baby dia DSLH ke DSH...
2. Cik Tam yg mak aku pinjamkan kat kawan dia pon dah beranak 3 ekor....
3. Cik Intan-tak de citer baru pasal mell la, kecuali suka mengganggu aku ketika online. huhuhuh... ada citer baru pasal Mell aku update yer...

08 February 2010

|Orkestra Tradisional Malaysia|

Salam...

Tiga hari berturut-turut aku pi tengok persembahan OTM ni kat Istana Budaya. Khamis pi tgk preview (rase sangat menyesal sebab tak bawa kamera sebab bleh amik gambar suka hati mase tuh), Jumaat mase pelancaran n wat persembahan kat lobi, Sabtu temankan kawan aku pi tgk. Very the obses kan aku ni. Huhuhuhu. Ye la, sape lagi yang nak sokong warisan budaya kita kalu bukan kita sendiri. Betul tak? Yang bestnya setiap hari persembahan derang jadi makin best. Yang paling best adalah mase hari sabtu.

Sedikit latar belakang mengenai Orkestra Tradisional Malaysia...

Orkestra Tradisional Malaysia ialah sebuah orkestra yang ditubuhkan apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia telah mula menyedari tentang perlunya penubuhan sebuah Orkestra Tradisional yang terdiri daripada gabungan pelbagai alat muzik berbilang bangsa Malaysia bagi meningkatkan mutu pentadbiran dan kualiti muzik tradisional setaraf dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan sedia ada.

Pada tahun April 2007 seorang pegawai kebudayaan yang mempunyai latarbelakang kelulusan muzik daripada Akademi Seni Kebangsaan (Bahizal Abu Bakar) telah dihantar untuk menjalani kursus sambil belajar di Orkestra Tradisional Korea, National Theater of Korea bagi mengkaji sistem pembangunan muzik tradisional yang digunakan di sana. Sekembalinya beliau daripada menyertai kursus tersebut pada Oktober 2007 beliau telah membawa bersama sistem yang digunakan di sana dan seterusnya mencadangkan penubuhan sebuah Orkestra Tradisional Malaysia yang terdiri daripada penyertaan berbilang kaum Malaysia. Cadangan ini telah dipersetujui oleh pengurusan tertinggi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan pada Januari 2008, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama penggiat muzik tradisional pada 20-21 Januari 2008 di Awana Hotel Genting bagi merealisasikan penubuhan sebuah Orkestra Tradisional Malaysia.

Pada 7-11 Mei 2008, Orkestra Tradisional Malaysia telah mengadakan persembahan bersempena program Titian Budaya di Esplanade Singapura. Seterusnya pada Disember 2008, En Mohd Yazid Zakaria telah dilantik sebagai konduktor pertama Orkestra Tradisional ini. Kini pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan telah merancang untuk melancarkan Orkestra Tradisional Malaysia secara rasmi pada tahun 2009.

Sumber: Wikipedia

Setelah beberapa kali di tangguhkan, akhirnya Pelancaran Orkestra Tradisional Malaysia ini berlangsung pada 5/2/2010 yang lalu. Pelancaran dirasmikan sendiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim. Persembahan pada malam tersebut dibahagi kepada beberapa segmen. Antara artis yang turut serta dalam persembahan adalah Jamal Abdillah (Gadis Melayu dan Kehebatan Cinta), Ikwal (Corazon Espanoda), Asmidar (Medley Phantom of the Opera, Kehebatan Cinta) dan beberapa artis yang aku tak kenal. (lupa plak nak amik buku program dia). Dua persembahan instrumental pon sangat best, medley Lagu2 Asean dan Medley Puteri Santubong dan Gunung Kinabalu (kalu ada masa nnti aku post 2 lagu ni). Sangat2 kagum dengan komposer yang dapat mengubah lagu2 kontemporari ini untuk dimainkan dengan alat-alat musik Tradisional ini.

Asuhan Seni sebenarnya terlibat secara tidak langsung mase pelancaran OTM ni. Kita orang wat persembahan mase first day kat Lobi Istana Budaya sementara menanti ketibaan VIP. Bukan selalu dapat main kat IB. Dapat main kat lobi pon jadi la. Mana tau satu hari nnti dapat main kat Panggung Sari. Malam tu semua pakai serba putih. Nampak suci sangat. Hahahaha... Kami sempat la main 4 lagu sebelum Pak Menteri sampai. Satu lagu Cak Doh Gong yang sangat susah itu dan beberapa lagu gamelan tradisional. Sangat best wat persembahan malam tuh. Pas tu masuk ler tgk persembahan OTM kat dalam. 3 org dari budak Asuahan Seni terlibat sebagai pemuzik OTM malam tuh termasuk la cikgu kami En Ku Zahir Ku Ahmad atau lebih glamer dengan panggila Abg Ed. Tumpang bangga dengan korang.

Lepas habis tuh, pe lagi, sesi amik gambar la. cam tak biasa kan. huhuhuhu... Mase tuh ramai lagi yang berkumpul kat Lobi tu. So, masing2 amik tempat la kat alat2 sendiri. Tetiba semua org duk pandang kami dengan harapan kitaorg akan main la. Huhuhuhu... masing2 jadi serba salah. Sebab kalu nak ikutkan kitaorg cma main mase opening je. Tapi sebab dah ramai yg minta, kami pon main le beberapa lagu. Cikgu tak tau ni. hahahaha... Seb baik dia tak mengamuk. Minta ampun ye Abg Ed. Lain kali kami buat camtu lagi... hahahaha... Tapi memang satu pengalaman yang sangat seronok dapat bermain depan orang ramai. hurmmmm... ntah bile le dapat main lagi cam ni.



bersedia untuk beraksi....

Asuhan Seni.... Cak Doh Gong satu...

khusyuk nyer masing2...

percussion team

berdiri: din, zam, abang, rashid, zul, wira, Abg Ed (cikgu), ahmad, fandi, mael, me, wahyun
duduk: roha. atiqah, yana, wahida, marina, kawan yana (x hengat la nama awak)


Nota Kaki
1. Gambar lain akan di update kemudian. FLICKR buat masalah la plak...
2. Kerja, kerja, kerja... wiken ni pon kene kerja... :)

03 February 2010

|Terlupa|


Salam....

Manusia mudah lupa. Itu yg terjadi kat aku petang tadi. Balik keje tadi aku ikut bulatan Pahang. Bukan jalan yg selalu aku lau untuk balik kerja. Kenapa? Sebab nak isi minyak. Indicator minyak dah berkelip-kelip dari pagi tadi. Tapi lupa nak isi minyak kat chow kit. Risau gak kalau2 kete terberenti kat Jln Tun Razak tu. Bertambah sesak le jawabnyer, n berbakul2 makian le aku dapat.

Berbalik citer asal, aku isi minyak kat petrol station dekat2 ngan Pusat Darah. Pastu teruskan perjalanan balik. OTW tuh ada le beberapa kereta duk 'high beam' kat aku. Aku bawa kete lambat sangat ke? Rasenya biasa2 je. Lagi la petang tadi hujan renyai2. So tak leh la bawa laju2. Pastu masuk Jalan Loke Yew, ada sorang apek bawa motor sebelah aku duk tuding2 belakang Oggy (kete kesayangan). Lorrrr... aku lupa nak tutup tangki minyak ke. Risau aku kalau2 penutup dia jatuh.

Oleh sebab jalan agak sesak, tak de la aku berenti berdrama kat tgh jalan yg sedia sesak tuh. Terus je la drive sampai umah. Bila dah parking, baru tgk keluar. Alhamdulillah, penutup dia tak jatuh. Bagus gak Perodua buat penutup dia cam tuh. Kalau tak, satu hal plak nak cari penutup minyak ni. huhuhuhu... betul2 lupa dan betul2 cuai. Maybe sebab nak balik awal kot. hahahahah...


Nota Kaki
1. 2 hari je lagi... risau...
2. Sok nak tgk raptai baju penuh (full dress rehearsal) utk Konsert Orkestra Tradisional Malaysia. Sesapa yg berkelapangan dijemput hadir...

01 February 2010

|Kene Dera|

Salam....

Bukti 1

DSC_0650



Bukti 2

DSC_0645


Mangsa, of coz la aku. Mase kene tuh memang berdarah2 tak berhenti. Berlari2 aku pi toilet. Cari first aid kit, nak cari plaster, tp tak jumpa. So terpaksa la tekan ngan kain je sampai darah tu berhenti. Siapa punya kerja?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Budak ini....

DSC_0631
buat muka tak bersalah...


DSC_0635
seb baik la ko comel...


DSC_0640
bersedia utk beraksi lagi...



Semua gara2 nak bagi dia wangi la. huhuhuhu... Semalam aku mandikan si Mell ni. Malam2 plak tuh. Sebab dah busuk sangat. Hosmate aku pun dah bising2. Oleh kerana dia ada hair dryer, so aku mandikan la budak kecik ni. Masa nak blow bulu dia la nih aku kene cakar. Abih calar balar. Yang tangan kanan tu la yg agak dalam jugak. Tu tak masuk kaki aku yg dijadikan tempat dia main terkam2 dikala aku tengah baring sambil online. huuhuhu... Rupa2nya budak kecik ni takut ngan udara panas dr hair dryer tuh. Pelik n tak biasa kot. Takpe, lepas ni kalu nak keringkan bulu dia, aku ikat dua2 kaki dia... HAHAHAHAHAHAHA (gelak kejam)

Nota Kaki

1. Anak cik poteh dah mati seekor, so skang tgl dua je kitten.
2. Bercadang nak trade one of anak cik potehngan member aku. Nak bagi baka baru/kaler kat umah.
3. Besok kije... malsnyer.....