26 December 2012

Seoul : Hongdea Flea Market & Namsan Tower

Assalamualaikum wbt

Hari ke 4 di Korea Selatan, kami tiba di Seoul dari Jeju dalam pukul 10am. Dari Gimpo Airport kami naik bas untuk ke Seoul. Perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih, sempat juga la tidur dalam bas tu. Huhuhuhu. Di Seoul, kami berkampung di Hyehwa. Sekali lagi kami pilih backpackers je. Kali ni kami menginap di 'Inside Backpackers'. Hostel ni banyak pilihan, ikut budget korang la. Kalau nak murah, boleh ambil bilik yang kongsi tandas di luar. Kalau ada duit lebih sikit, boleh pilih bilik yang ada tandas sekali. Hostel ni ada pantri yang dibuka 24 jam. Boleh la makan-makan dan minum-minum sampai malam. Ada ruang rehat yang ada tv, dvd player, PS3 dan komputer. WiFi percuma 24 jam. tu yang paling penting, untuk update status kat muka buku.

Inside Backpackers main building
Kaunter @ Inside
Pantri, washing machine, dryer, fridge @ Inside Backpackers main building
 @ Inside Backpackers main building

Double decker & single bed
Pantry, fridge, computer plus TV



Bilik kami jauh sikit dari bangunan utama Inside Backpackers. Tapi tak jauh mana pun, dalam 2 minit je jalan kaki. Bilik kami untuk 3 orang, so ada satu katil single dan satu katil double decker. Ada tandas, pantri, peti ais, komputer/tv dan water heater. Mesin basuh pun ada di sediakan di common area cuma tak de dryer. Dryer cuma ada kat bangunan utama. Lepas mandi dan berehat kejap, kami memulakan eksplorasi di Seoul dengan mengisi perut. Kami makan kat area Hyehwa je. Nama kedai Haneul Born Dak. Kami makan makanan yang berasaskan makanan laut je. Haneul Born Dak ni dekat jalan on the way ke stesyen Hyehwa, senang je nak cari.

Bahan2 masakan.
Chef Lat sedang beraksi (padahal berlakun je, waiter yang tolong masak)
Nasi Goreng seafood ala korea bersama kimchi.
Lepas makan, kami ke Hongdae Flea Market. Apa ada kat sini? Macam-macam ada. Kebanyakannya arts & craft la. Pelbagai hasil kraftangan yang unik ada jual kat sini. Dari lukisan ke karikatur ke beg dan macam-macam la. Di sini juga ada persembahan oleh artis-artis indie. Pergi kat sini pun sebab ada orang tu mencari satu barang ni. Seb baik benda yang dia nak beli tu comel. Dalam perjalanan tu, sempat juga la tengok parade sempena apa ntah, kami pun tak tau. Just enjoyed with the crowd.

cari jalan ke flea market... lakonan semata2..

Artist @ Hongdae Flea Market
Unik, lukis potret dengen 'menekap' muka sebenar
Antara barang yang dijual
Handmade Pin Holder
bermain dram atas lori
Parade @ Hongdae
Parade @ Hongdae

Patah balik ke subway untuk ke Namsan Tower. Dari  stesyen Myeongdong, boleh jalan kaki, naik bas atau naik lift untuk ke 'station cable car'. Kalau rasa mampu, boleh je jalan kaki sampai atas. Bayaran untuk return ticket cuma 7500. Silap kami, datang masa hujung minggu, kene beratur panjang. Ada la dekat 30 minit beratur untuk naik cable car tu. Namsan Tower yg juga dikenali sebagai N Tower merupakan menara komunikasi setinggi 480m yang dibina di atas Bukit Namsan. Dari atas Namsan Tower ni, boleh tengok pemandangan seluruh kota metropolitan Seoul. Di sini juga ada Bear Museum, tapi kami tak masuk. Bayaran untuk naik ke atas Namsan Tower ni 5000.

Di Namsan Tower ni terkenal jugak dengan 'Padlock Love' (ni aku bagi nama sendiri). Terdapat ribuan manga (padlock) yang dikuncikan pada pagar di sekitar Namsan Tower. Berdasarkan sejarah, jika pasangan kekasih membuat hajat di tokong di Bukit Namsan, hajat mereka akan termakbul. Semenjak dari itu, Namsan Tower menjadi simbol tempat pasangan kekasih membuat hajat dengan meletakkan manga dengan tulisan nama pasangan masing-masing dengan harapan cinta yang akan berpanjangan.

Lift yang membawa pelancong ke atas Namsan Tower merupakan antara lift yang terpantas di dunia. Tak sampai 2 minit kami dah sampai di puncak. Dari atas, kami boleh nampak pemandangan Seoul. Di atas Namsan Tower ini juga terdapat pejabat pos (boleh tulis surat dan pos kepada diri sendiri), kedai cenderamata (harga agak mahal, tapi susah nak cari fridge magnet Namsan Tower) dan Cafe. Setelah puas meninjau, kami turun semula untuk menyaksikan pertunjukan laser di mana Namsan Tower menjadi latar belakang/skrin untuk persembahan tersebut.

Mini van dari bawah bukit ke stesyen kereta kabel
Cable Car Station to Namsan Tower
N Seoul Tower 
kaunter tiket untuk naik ke N Seoul Tower
Padlock Love at Namsan Tower
Padlock Love with love message
Matahari terbenam di Namsan Tower
Kuala Lumpur, Malaysia 4596.51 km je
Seoul at night from Namsan Tower
Pejabat pos paling tinggi.
Namsan Tower pada waktu malam. Ada pertunjukan laser
Dari Namsan Tower, kami berjalan ke Myeongdong untuk cari makan malam. Kami makan Chungmu Kimbap. Chungmu Kimbap ni nasi yang dibalut dengan seaweed dan dimakan dengan sambal sotong ala korea beserta sup rumpai laut. Sedap dan pedas. Lepas makan, kami jalan-jalan area Myeongdong yang sangat happening. Kanan dan kiri penuh dengan butik-butik dan kedai-kedai jual macam-macam barang. kat jalan antara kedai-kedai ni pulak ada gerai-gerai kecil ala2 down town kat Malaysia. Penat jalan, kami balik dan tidur. Besoknya banyak tempat lagi nak tuju.

Chungmu Kimbap denga sambal sotong. Sup tu aku guna buat bersihkan sambal dari sotong. Pedas yang amat...
Kedai makan untuk dinner
Myeongdong, Seoul. Kiri dan kanan butik/shop lot, tengah ada gerai-gerai kecil.