30 March 2009

~TALENTIME~


Sebuah karya yang sangat menarik dari Yasmin Ahmad . Aku tengok citer ni hari ahad lepas dengan Semah & Edu kat GSC, Pavillion. Plan hari tu memang nak wat moviethon. Nak tengok sampai malam. Tp aku ngan semah kene balik jauh. So tengok cerita je. Rancangan asal nak tgk kat KLCC, tayangan kul 11 pg. Oleh kerana kelambatan kami bersiap, plan pun turut berubah tempat ke pavillion. Tp kami tgk 2 movie je, Talentime ngan Confessions of a Shoppoholic. Dua-dua cerita aku suka, tapi talentime paling best...

Cerita ni penuh dengan emosi. First part of the story, aku semah ngan edu ketawa melekek2 tengok aksi2 yg klaka semasa audition dan gelagat keluarga melor. 2nd path, duk jiwang2 plak. Pastu masuk scene sedih2. The best part is cerita ni abih betul2 kat klimaks. Memang mantap. macam citer2 Yasmin sebelum2 ni, talentime menggambarkan keunikan negara kita sebenarnya dan disampaikan secara jujur. Rase cam dekat betul ngan kehidupan kita sehari2. Pengarah bukan hanya tertumpu kepada sesebuah kaum atau agama, tapi menggabungkan kesemua kaum, agama dan budaya dalam satu cerita. Pengarah berjaya menunjukkan betapa masyarakat malaysia dapat bertoleransi antara satu sama lain untuk hidup aman dan harmoni.

Sinopsis sket pasal citer ni....

Mengisahkan satu pertandingan Talentime yang di anjurkan di sebuah sekolah. Penggerak utama adalah Cikgu Adibah (Adibah Noor) yang menjadi tulang belakang pertandingan ini. Selepas di uji bakat oleh Cikgu Adibah dan lain2 cikgu (ala2 OIAM), 7 peserta dipilih untuk pertandingan akhir. Dari sini la cerita mula dikembangkan melalui 3 peserta dan seorang driver (setiap peserta yang layak ke pertandingan akhir akan di jemput dan dihantar oleh pelajar untuk menjalani sesi latihan).

Hafiz-seorang pelajar yang baru beberapa bulan berpindah ke sekolah ini. Bernyanyi sambil bermain gitar untuk pertandingan. Lagu yang dibawa diciptanya sendiri dan inspirasi dari ibunya yang merupakan penghidap kanser tahap terakhir. Dicemburui oleh Kahoe kerana bijak dan sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas.

Kahoe-seorang pelajar yang dulunya merupakan 'top student' sebelum kehadiran Hafiz. Bermain Erhu, sebuah alat muzik tradisional cina. Bapanya sering memberi tekanan kepadanya untuk menjadi yang terbaik.

Melor-Anak kacukan melayu-inggeris. Mempunyai 2 orang adik yang berlainan watak. Bermain piano dan menyanyi untuk pertandingan ini. Suka mengarang puisi pendek. Keluarga Melor penuh dengan warna warni.

Mahesh-Pelajar yang mengalami masalah pertuturan dan pendengaran. Ibunya sedikit tertekan dengan kematian pakciknya yang merupakan satu-satunya adik lelakinya. Menjadi 'driver' kepada Melor. Kakaknya (Jaclyn Victor) suka membulinya.

Pengajaran yang boleh aku amik...
1. Sayangi dan hormati ibu anda sementara dia masih lagi bernafas.
2. Jangan tinggalkan solat, walaupun terlantar sakit.
3. Jangan menuduh sebaranga tanpa usul periksa.
4. Hormati agama dan budaya kaum lain.
5. Cemburu itu bagus dalam konteks ingin maju dan berjaya.
6. Hargai sahabat anda.

Apa yang best bagi aku....
1. Cerita ni mengingatkan aku zaman belajar kat skolah dulu. (tido masa exam)
2. Lokasi2 yang dipilih sangat menunjukkan keadaan sebenar rakyat malaysia.
3. Lagu-lagu dalam citer semuanya best. (termasuk la satu lagu tamil)
4. Pelakon baru yang mampu mejiwai watak masing. (cuma pamela je yg pelat cinanya agak kuat)

Overall dari 10 bintang aku bg 9 1/2 bintang
Filem Melayu Wajib Tonton tahun ini... =p

29 March 2009

~bermain dalam gelap~


Hari ni hari yang sangat panjang.... Pagi2 dah sibuk kat umah kazen aku, tolong2 apa yg patut utk wed dia. Lepas Zohor je, aku larik ke KL. Malam ada show gamelan kat Pasific KL sempena dinner Konferens Optometri. otw tu ada la dalm 5 eksiden aku jumpa. 2 ke arah utara, yg lain ke arah selatan. Jem gila... lagi2 mase kat seremban tu. kereta ngan apa ntah. aku pun tak berapa perasan. maklumla, mind dok pk lagu yg nak main malam ni. dah la lama tak praktis. huhuhu...

sampai2 kl je dalam kul 6. pusing2 cari parking area hotel. tp semua full sebab hari last persidangan umno. tensen je kene menapak jauh. dah la bayo mahal parking (RM 10), pastu kene bawa baju melayu plak tuh. (hape la aku, asyik duk komplen je). Sampai2 kat Pacific Ballroom, tempat diner tuh, derang semua dah abih sound chek. Oleh kerana aku datang dari jauh, so cikgu main lg satu round utk gimik session. Mereka2 yg main adalah azwa-bonang, Semah-Gambang, Chacha-Saron Peking, aku ngan Atem-Saron Baron, As-Kenong (yg dimodified dr Bonang), Cikgu Ku Zahir-Gendang, Abang (anak cikgu)-Gong.

Yang menariknya, show kali ni, kami main dalam gelap. Demi menunjukkan sokongan kepada 'earth hour campaign', separuh mase majlis dalam keadaan gelap. Hanya diterangi cahaya lilin dan cahaya dr LCD monitor. Bayangkan la main dalam gelap, cam syok sendiri pun ada gak. Nak dijadikan cerita, mase tengah syok2 main tuh, aku terketuk lilin yg aku letak atas saron aku. Lilin tuh jatuh, n bekas dia jatuh kat atem yg duduk depan aku. Sib baik tak terbakar. klu tak haru biru gak. huhuhu... dan aku main pun hancus gak. Bdak2 ni semua perasan aku main silap. (nota yg chacha buat kecik sangat, tak nampak)

Lepas abih function, orang yg handle utk event kali nih ada amik contact no cikgu. Pasni, banyak la projek masuk. huhuhuhu. Sket gambo mase event. gambo kurng sket, sbb gna Nique aku bg adik aku gna utk snap pic wed cousin aku... enjoice....

chacha, semah & atem....

gamelan set dr UKM... lama dah tak main...

Cikgu tgh khusyuk ketuk gendang....
selepas lampu dibuka.... lega....


23 March 2009

~kursus TOT~

Minggu ni ada kursus 'training of trainer' untuk kempen anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi....Opis aku yg anjurkan... Jadi urusetia yg tak bape setia. huhuhuhu... sebab aku bnyk bz ngan mende lain mase sblum kursus... update 'cuti-cuti malaysia-tioman' akan di selesaikan nnti2. nak mengedit n memilih gambar. Banyak sangat gambo...

19 March 2009

~aktiviti hujung minggu 2~

Hari ahad lepas, hari melepak2 ngan bebudak gamelan. Pagi2 dah g menyumbangkan suara kat redbox, Sogo ngan chacha n Marin. Memula rase cam malas nak join, tapi chacha paksa aku datang. huhuhuhu... Terpaksa la datang gak. Sempat la nyanyi 3/4 lagu. Abih karaoke, terus g IB. Ada latihan gamelan. Prepare utk buat show mse Opto konferens hujung bulan ni. Aku pun tak sure g bleh join ke tidak. Cousin aku kawen hari sabtu tuh. Tapi bebudak ni paksa aku dtg gak. terpaksa la aku melarikan diri dari rewang petang tuh. huhuhuhu.... sory anis....

BTW, tak ramai pun yg dtg praktis, aku, cha atem marin ngan 2 org budak UIAM. Main lagu2 lama je. So, rasenya takde masalah kot. Tapi, sape main apa, tak sure g. aku tak kisah pun main pape. Stakat, gong, kenong sgan, baron tu buleh je main. huhuhuhu... cam teriak la plak... Lepas tu, kami (termasuk cikgu) pergi ke destinasi seterusnya. Time square utk main boling. Awal2 je dah ada problem. Lane kami ada masalah. Pastu, bkannya derang nak tukar ke lane lain. Nak juga suh kami main kat lane tuh. Ada la dalam 20 min. Bila halfway main, lane prob g. Lagi la lama.. Cikgu pe lagi.. Hangin satu badan. Semua org dia saound suh betulkan. Siap bgtau, kalu 5 min lagi tak ok, kta minta duit balik... menakutkan....

Abih main boling dalam kul 6.30pm. Pergi IB smula utk amik kete. Pastu p kacau Pij kat KLCC. Sebelum tuh kami diner dlu. Lama gak la lepak kedai spek tmpt Pij keje. Sampai kedai nak tutup. Sabar je pij layan ktaorg, cek mata la, try spek la. Belinya tak... huhuhuhu... (tgu eh pij,bulan ni budget ku lari....)

lepas practise gamelan di IB

Bowling@timesquare....

Dinner @KLCC (KFC jer)

17 March 2009

~rekriasi minda~

Olny Srmat Poelpe Can Raed This

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in what oredr the ltteers in a word are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

16 March 2009

~aktiviti hujung minggu 1~

Salam kepada pembaca semua (ada ke yg baca blog aku)... Lama dah rasenya aku tak update blog ni. Bukan takde cerita yang di kongsi, cuma kemalasan tahap dewa untuk menaip. huhuhu... Lately ni kat opis duk menaip je, menyiapkan kes-kes yang tertangguh. Bos dah bising dah. Hari-hari duk tanya, bila nak hantar kes ke TPR... ni la jadinya bila tak fokus. Bukan nak salahkan sesapa, memang salah sendiri. :(

Hujung minggu lepas, aku p kl menghadiri wed Ziat, schoolmate aku mase kat STJ. Sebenarnya, kitaorg satu gruop masa minggu orientasi. Rumah dia, dekat area Jusco Taman Maluri. Dekat je ngan umah Remy. Tapi, aku sampai agak lambat juga sebab duk tunggu Ema ngan Ayuniza yg tak jumpa-jumpa jalan. Cian derang, n cian kitaorang (aku n emi) sebab penat tunggu. huhuhuhu... Sampai kat sana dalam pukul 2.00 pm. Pengantin dah pun bersanding. Kalau la kat Johor, kul 2.30 pm pun kekadang pengantin tak sanding lagi. Mozac, syahdiana ngan Esah dah ada dah. Dr apa yg Mozac bgtau, Khairayu, Faiz Rahmat, Roziah, Marina n pasangan masing2 dah sampai awal n dah balik pun. Bebudak STJ lain yg datang pastu Jobong, Ipin, Keju, Rafiz, Boyot, Apen, Lobai, Amir, Aelyna n hubby, Reena n hubby, Katik n hubby, Hanni, Zaidah, Malina, Nanot n Keri... (sorry la pada sesapa yg tak disebut namanya).

Makanannya sedap seperti yang dijangkakan di majlis2 kawen. huhuhuhu... Tengah sedap bual2, hujan turun mencurah2. sangat lebat. Nasib baik mase tuh kebanyakan tetamu dah balik. Kalau tak kesian gak, sebab khemah naik air. Banjir.. Lepas sesi bergambar ngan pengantin, masing2 pun balik.... kat bawah, gambar2 semasa majlis tersebut... enjoiceee..... gambar-gambar lain buleh tengok kat facebook....

makan time....

sesi mengayam ketupat.... :)

menunggu pengantin bergambar....

03 March 2009