30 March 2009

~TALENTIME~


Sebuah karya yang sangat menarik dari Yasmin Ahmad . Aku tengok citer ni hari ahad lepas dengan Semah & Edu kat GSC, Pavillion. Plan hari tu memang nak wat moviethon. Nak tengok sampai malam. Tp aku ngan semah kene balik jauh. So tengok cerita je. Rancangan asal nak tgk kat KLCC, tayangan kul 11 pg. Oleh kerana kelambatan kami bersiap, plan pun turut berubah tempat ke pavillion. Tp kami tgk 2 movie je, Talentime ngan Confessions of a Shoppoholic. Dua-dua cerita aku suka, tapi talentime paling best...

Cerita ni penuh dengan emosi. First part of the story, aku semah ngan edu ketawa melekek2 tengok aksi2 yg klaka semasa audition dan gelagat keluarga melor. 2nd path, duk jiwang2 plak. Pastu masuk scene sedih2. The best part is cerita ni abih betul2 kat klimaks. Memang mantap. macam citer2 Yasmin sebelum2 ni, talentime menggambarkan keunikan negara kita sebenarnya dan disampaikan secara jujur. Rase cam dekat betul ngan kehidupan kita sehari2. Pengarah bukan hanya tertumpu kepada sesebuah kaum atau agama, tapi menggabungkan kesemua kaum, agama dan budaya dalam satu cerita. Pengarah berjaya menunjukkan betapa masyarakat malaysia dapat bertoleransi antara satu sama lain untuk hidup aman dan harmoni.

Sinopsis sket pasal citer ni....

Mengisahkan satu pertandingan Talentime yang di anjurkan di sebuah sekolah. Penggerak utama adalah Cikgu Adibah (Adibah Noor) yang menjadi tulang belakang pertandingan ini. Selepas di uji bakat oleh Cikgu Adibah dan lain2 cikgu (ala2 OIAM), 7 peserta dipilih untuk pertandingan akhir. Dari sini la cerita mula dikembangkan melalui 3 peserta dan seorang driver (setiap peserta yang layak ke pertandingan akhir akan di jemput dan dihantar oleh pelajar untuk menjalani sesi latihan).

Hafiz-seorang pelajar yang baru beberapa bulan berpindah ke sekolah ini. Bernyanyi sambil bermain gitar untuk pertandingan. Lagu yang dibawa diciptanya sendiri dan inspirasi dari ibunya yang merupakan penghidap kanser tahap terakhir. Dicemburui oleh Kahoe kerana bijak dan sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas.

Kahoe-seorang pelajar yang dulunya merupakan 'top student' sebelum kehadiran Hafiz. Bermain Erhu, sebuah alat muzik tradisional cina. Bapanya sering memberi tekanan kepadanya untuk menjadi yang terbaik.

Melor-Anak kacukan melayu-inggeris. Mempunyai 2 orang adik yang berlainan watak. Bermain piano dan menyanyi untuk pertandingan ini. Suka mengarang puisi pendek. Keluarga Melor penuh dengan warna warni.

Mahesh-Pelajar yang mengalami masalah pertuturan dan pendengaran. Ibunya sedikit tertekan dengan kematian pakciknya yang merupakan satu-satunya adik lelakinya. Menjadi 'driver' kepada Melor. Kakaknya (Jaclyn Victor) suka membulinya.

Pengajaran yang boleh aku amik...
1. Sayangi dan hormati ibu anda sementara dia masih lagi bernafas.
2. Jangan tinggalkan solat, walaupun terlantar sakit.
3. Jangan menuduh sebaranga tanpa usul periksa.
4. Hormati agama dan budaya kaum lain.
5. Cemburu itu bagus dalam konteks ingin maju dan berjaya.
6. Hargai sahabat anda.

Apa yang best bagi aku....
1. Cerita ni mengingatkan aku zaman belajar kat skolah dulu. (tido masa exam)
2. Lokasi2 yang dipilih sangat menunjukkan keadaan sebenar rakyat malaysia.
3. Lagu-lagu dalam citer semuanya best. (termasuk la satu lagu tamil)
4. Pelakon baru yang mampu mejiwai watak masing. (cuma pamela je yg pelat cinanya agak kuat)

Overall dari 10 bintang aku bg 9 1/2 bintang
Filem Melayu Wajib Tonton tahun ini... =p

4 comments:

celine said...

terbakar semangat aku nak tengok wayang.. hehe..

..blindart.. said...

huhuhuh...
wajib tgk...
talentime mmg best....
shopaholic ok la...

Ted Baker said...

aku pun di jb
ko jb kat ner?

..blindart.. said...

ted-duk area bkt saujana... ko?