18 November 2011

| Mell in The House |

Salam...

Lama dah tak update pasal Mell. Siapa yang ikut blog ni dari dulu mesti tau. Mell, kucing parsi pertama yang aku bawa datang KL. Ada la dalam 2 tahun Mell jadi kucing metropolitan. Tapi sejak Mya dapat anak hasil prrkongsian hidup mereka berdua, Mell aku hantar duduk kampung. Hasilnya, 5 ekor kucing kat kampung mengandung. 4 dah selamat melahirkan anak-anak kucing yang comel-comel. Mak aku pulak yang menjerit. Apa taknya, sekarang dia sorang-sorang kene jaga sebab adik bongsu aku dapat masuk UiTM. Jangan risau ye mak, bekalan makanan untuk diacing akan sentiasa mencukupi.

Anak-anak Mya pun dah besar sekarang. Tu yang bawa Mell balik KL. Nak bagi diacing mengawan. Tak larat dengar Mya merengek cari jantan. Tengah-tengah malam pun mengiau cari jantan. Dah la kucing makcik bawah suka ngorat tepi dapur. Kalau hensem cam Mell tak pe la. Ni semua tak hensem. Huhuhuhu...

Ok la, tu je nak citer. Actually nak tepek je gambar Mell since ada orang tanya mana gambar wordless wednesday. Tapi cam pelik pulak kalau tajuk dia wordless saturday. Huhuhu...

Mell tengah tidur...

5 comments:

Zalia said...

Mell da bam bam :)

eMayuKie said...

boleh x saya nk cakap yg mell seekor 'jejaka' yg sgt hebat dan produktif! :p berapa ekor dah anak mell sbnrnye?

..blindart.. said...

Zalia-Huhuhu...

Ema-sangat... sebab dia sekor2 je jantan... tak terkira dah bape anak dia....

Rafiz said...

Aku tumpangkn Shiro utk Mell impregnate leh x? Rupe2nye Shiro x mandul hehe, sbb ari2 die berjaya lahirkn 1st and the only baby kitten, tp she didn't made it huhu :(

..blindart.. said...

Rafiz-bleh je... tapi ko amik Mell bawa umah ko la. Umah aku tgh bersepah. Tgh baiki paiping umah...