17 December 2011

| Semerah Padi |

Assalamualaikum....


Jom tengok teater? Kali ni cerita Semerah Padi yang akan di persembahkan di Istana Budaya bermula 22/12 hingga 31/12. Rasanya ini merupakan persembahan penutup di Istana Budaya untuk tahun ini. Rancangnya nak tengok 29/12, lepas cuti panjang balik kampung. Jadi untuk entri kali ni, saya coretkan (copy paste dr web Istana Budaya) sedikit latar belakang teater ini. 

Sinopsis

Inilah ceritera tentang keteguhan seorang wakil sultan yang acap dipanggil Penghulu atau 'Merah' menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah 'mukim padi' (mukim kecil). Se-Merah Padi itu sebuah mukim yang terletak di sebuah negeri dalam gugusan pulau-pulau Melayu pada zaman awal kedatangan Islam ke Nusantara.

Tok Penghulu (atau Dato' Merah) sentiasa tekal berpegang kepada ajaran Islam. Dua pendekarnya, Aduka dan Taruna bersahabat baik. Kedua-dua pemuda yang menjadi pengapit kanan dan kiri itu ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang dan peraturan mengikut hukum hakam Islam. Tanpa diketahui Tok Penghulu, anak gadisnya Dara, diam-diam mencintai Aduka. Sudah menjadi tradisi, Tok Penghulu mengikat Dara dengan Taruna dalam ikatan pertunangan. Lantaran Dara tidak sanggup menderhaka kepada ayahnya dan Aduka yang enggan melukakan hati Taruna, percintaan sepasang remaja itu putus.

Pada suatu ketika, tatkala negara mereka diserang lanun, Taruna dihantar oleh Tok Penghulu untuk berkhidmat kepada baginda sultan yang memerintah negara. Sepeninggalan Taruna, Kampung Se-Merah Padi diserang Borek dan gengnya. Dara diculik Borek. Aduka diperintahkan oleh Tok Penghulu untuk memburu Borek dan menyelamatkan Dara. Dalam usaha untuk menyelamatkan Dara, pasangan yang pernah bercinta ini menghadapi kemelut jiwa yang hebat lantaran mendapati perasaan cinta mereka masih membara lalu terjadilah kejadian yang tidak disangka-sangka

Aduka ditunggangi rasa bersalah kerana terperangkap di antara 'kesucian dan dosa'. Konflik memuncak sesudah Taruna pulang dari medan perang. Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Apakah Tok Penghulu sanggup melaksanakan hukum Islam kepada keluarganya sendiri? Apakah pergolakan Se-Merah Padi seterusnya? Mampukah Tok Penghulu, Aduka dan Taruna berpegang teguh kepada hukum daripada kitabullah? 

Saksikanlah... 

Pelakon:

Khir Rahman - Aduka
Jue Aziz – Dara
Fauzi Nawawi - Taruna
Datuk Baharuddin Hj Omar - Tok Penghulu
Baby Erin - Galak
Bohari Ibrahim - Jejaka
Opie Zami - Borek
Azizah Mahzan - Emak Dara
Azlan Komeng - Kelana
A Efendy Zasdar - Bapak Taruna
Roszilawati Ab Rahim - Emak Aduka
Siti Habsah - Emak Taruna
Ash Fizam (AF) - Kachiwa

Tenaga Produksi

Penerbit - Nora Aisyah Binti Abdul Razak
Penerbit Bersama - Zizie Izette Samad
Pengarah - Rosdeen Bin Suboh
Penulis Skrip - Rahimah Muda
Pengarah Muzik - Datuk Suhaimi Mohd Zain


Tiket berharga RM30, RM50, RM150, RM180, RM200 dan boleh didapati di kauter tiket Istana Budaya atau boleh beli secara on-line di tiket2u.biz. Nanti dah tengok baru bleh review teater ni. 

Selamat menonton....

2 comments:

ainna baijan said...

untunglah dekat dgn istana budaya~

..blindart.. said...

sangat untung yer...