19 January 2012

Anak Bulus Baru

Mya n Mell Jr
Assalamualaikum...

Hari Selasa lepas, Mya selamat melahirkan 7 ekor baby bulus. Dia mula beranak dalam pukul 10pm. Petang tu, balik dari kerja aku tidur. Sedar dalam pukul 9pm, aku keluar bilik. Si Mya ni duk sibuk ke hulu, ke hilir sambil mengiau-ngiau. Aku rasa dah sampai masa dah Mya nak beranak. So, aku masukkan dia dalam kotak yang memang dah sediakan lama dah. Memula tu dia tak nak duduk dalam kotak tu. So terpaksa la tunggu kat luar kotak sambil belai-belai dia sampai la keluar anak kucding pertama. Bila satu dah keluar, Mya stay dsalam kotak tu.


Beberapa jam selepas dilahirkan.

Sebelum masuk tidur, 4 ekor keluar. Semua putih-putih belaka. Aku ingat dah habis, jadinya tinggal la masuk tidur. Besok paginya bila aku tengok dalam kotak tu, ada 7 ekor. Wow... Banyaknya Mya beranak. Tapi malangnya seekor dah RIP masa tu. Belum keras lagi, tapi dah tak bergerak.  Mungkin Mya tak sempat nak jilat muka anak dia sebab penat sangat meneran. Sedih, tapi tak pe ada lagi 6 ekor. Banyak tu.

Malam semalam aku perasan ada seekor lagi yang nampak cam tak bape nak kuat. Cuba gak suakan kat puting Mya, tapi tak de respon. Petang tadi balik dah RIP juga. :( Hopefully yang baki ni hidup la semua. Dah ramai yang tempah. huhuhu... Kali ni nampak cam teruk sikit Mya beranak. Rasenya lebih 10 jam gak kot. Habis bulu-bulu dia yg putih melepak tu jadi warna lain.


Dah bersih dijilat...

Nota Kaki
1.  Terpaksa bawa Mell balik kampung lagi. Biar duk kampung lama sikit.
2.  Harap-harap semua hidup dengan sihat.
3.  Mya dah start bawa lari anak dia, sorok bawah cage. Sian anak2 bulus kesejukan sebab tak de lapik.

4 comments:

kucingorengemok said...

tujuh! gila letih dia...

comel² tapi, geramnya!!

..blindart.. said...

tu la pasal... bleh tolong tengok je... tu pun 4 pertama...

Zalia said...

ramainyaaaa....
keletihan si mya

..blindart.. said...

yup2... cian dia...