02 May 2013

Busan : Jagalchi Market, Taejongdae Park & Masjid Busan

Assalamualaikum...

Hari ke 7 & ke 8 kami ke Busan pulak. Dari Seoul ke Busan kami naik bas. FOC ok, sempena tahun melawat Korea. Tiket kene tempah online, pastu print out je tiket dia. Perjalanan dari Seoul ke Busan amik masa dalam 4 jam. Sepanjang jalan, aku tido je. huhuhuh..

Sampai di Busan, kami terus cari hotel. Banyak hotel budget kat area Busan ni. Kene explore sikit la. Kami pergi survey dua tiga hotel je. Lepas check in, rehat kejap, lepas tu kami cari tempat untuk makan tengah hari. Arah tuju kami, Jagalchi Market. Jagalchi Market ni merupakan pasar basah. Banyak hasil laut dijual kat sini sebab Busan ni terletak di tepi pantai. Banyak kedai menjual makanan laut. Uniknya Korea ni, kedai-kedai makan hanya jual beberapa jenis makanan. Kalau makanan laut tu, memang makanan laut je yang dijual. Tapi untuk orang yang was-was, cari je kedai halal, ada tapi susah nak jumpa.

Pasar basah Jagalchi
Fresh dari akuarium...
The King Crab
King crab masak stim. Sedap hingga menjilat jari.
Our big lunch. 
Untuk makan tengah hari, kami makan besar. Semua jenis makanan laut kami pilih. Memandangkan 'dong' kami masih berbaki banyak, kami tambah dengan seekor 'King Crab'. Sangat sedap woooo... Rugi tak beli 2 ekor. Dah kenyang, pusing pasar jap, pastu kami balik semula ke area hotel. Sebelum balik bilik, singgah pantai sekejap. Tak de apa pun sebab dah malam masa kami sampai.

Kat mana-mana ada mrt, bila la m'sia nak ada semua nih.
Pantai Busan
Pagi esoknya kami sambung jalan keTaejongdae Park. Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Terdapat sebuah ruma api di Taejongdae Park. Di bawah rumah api di resort ini adalah batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat. Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau, dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil 'Hujan Taejong' itu. 

Taejongdae Park
Trem @ Taejongdae Park
akhirnya dapat duduk dengan tenang
Di Taejongdae Park ni ada disediakan trem. Untuk yang tak berapa rajin nak jalan, boleh la naik trem ni. Ada 7 hentian di sepanjang jalan. Pengunjung boleh turun di setiap hentian dan tunggu trem berikutnya untuk meneruskan perjalanan.

Kami jalan halfway ke puncak. Trem penuh memanjang.
Taejongdae Park 
View @ Taejongdae Park
Tak igt apa nama patung ni
Ajumma2 ni selamba je jalan kaki panjat bukit
Dari Taejongdae Park, kami meneruskan misi mencari kedai makan yang menjual daging halal di. Dah seminggu tak makan daging atau ayam. Salin lagi kesian, sebulan tak makan daging. Kami pergi ke Masjid Busan. Biasanya kat kawasan masjid mesti ada kedai makan halal. Makan tengah hari kami di Cappodocia, Turkish Kebap House. Cappodocia ni betul-betul sebelah Masjid Busan. Kami order set yang ada nasi, ayam, daging dan kambing. Lengkap semua ada. Harga tak payah tanya la. Agak mahal, tapi berbaloi-baloi. Lepas makan, kami solat dan meneruskan perjalanan ke Gyeongju.

Cappodocia, Tirkish Kebab House, Busan
our first meat meal after 1 week

Masjid Busan


21 March 2013

Nami Island

Assalamualaikum...


Sambung lagi setelah bertangguh lama. Hari ke 6, kami pi Nami Island. Seperti biasa, seawal kul 8 pagi kami dah keluar. Makan dulu kat 7 Eleven, pastu terus naik train. Perjalanan dari Seoul ke Nami Island ni agak lama juga, hampir 2 jam. Kene tukar beberapa train. Sebab ada orang bawa, aku ikut je. Huhuhuhu... Sampai station Gapyeong dalam pukul 10 pagi. Dari sini kene naik teksi pulak untuk ke jeti Namiseom.

Sedikit latar belakang Nami Island @ Namiseom (dikopi pes sahaja)


"Namiseom Island was formed as a result of the construction of the Cheongpyeong Dam. It is a half moon shaped (462,809㎡) isle, and on it is the grave of General Nami, who led a great victory against the rebels in the 13th year of the 7th king of the Joseon Dynasty, King Sejo (reign 1455 ~ 1468). Namiseom Island is 63 km away from Seoul in the direction of Chuncheon, and is famous for its beautiful tree lined roads. The island is 30 minutes away from Chuncheon and an hour away from suburbs of Seoul. Since it is not far from Seoul, many couples and families come to visit. 


A special feature of Namiseom Island is that there are no telephone poles. This is because all electric wires were built underground to keep the natural feeling of the landscape. The complex is 553,560 square yards with chestnut trees and poplar trees around the isle. In the middle of the isle, there is a grass field about 316,320 square yards. It is composed of education and training facilities, camping sites, swimming pools and water-sports facilities for motorboats and water skiing. There is also a theme park with merry-go-rounds, a shooting range, roller skating rink, and there are lodging facilities such as resort villas and bungalows."


sumber : http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264244

entrance to Nami Island 

Nami Island ni macam sebuah negara sendiri. Nak masuk kene beli tiket dan dapatkan pasport dulu. Harga tiket nak masuk KRW 23,000 je. Dah dapatkan tiket dan pasport, terus kami naik feri. Perjalanan dalam 15 minit je. Pagi tu orang tak berapa nak ramai sebabnya kami pi hari Isnin. Kalau ikut rancangan asal, nak pergi hari Ahad, tapi kami tukar plan masa kat Jeju lagi. Nasib kami memang baik, hari tak hujan, orang pun tak ramai.

salah satu cara ke Nami, absailing.

Jeti @ Nami Island

Bendera Nami Island

Pintu  gerbang lama

Sejarah Naminara

Mascot Nami Island

Some art @ Nami Island

Rehat jap. Me, Salin & Oyeen

Nami Island ni glamer sebab cerita Winter Sonata. Siap ada patung hero dan heroin citer tu lagi kat sini. Masa kami kat Nami, ada juga pameran lukisan dari pelukis Malaysia, Yusuf Gajah. Lukisan dia semuanya bermotifkan gajah. Walaupun masa kami pi dah masuk autumn, tapi pokok-pokok belum tukar warna lagi. Masih banyak yang hijau. Ada la beberapa yg dah mula tukar warna. Kecewa sikit, tapi takpe, ada alasan untuk pi Korea lagi. Huhuhuhu...

Jun Sang Kang & Yoo Jin Jung of Winter Sonata

Art by Yusof Gajah from Malaysia

Gajah yang comel

pokok-pokok

main lompat-lompat

Add caption

the famous road

Autumn in the air


 Kat Nami Island ni semua benda ada. Dari kedai makan, pejabat pos, kedai survirnir dan lain-lain. Surau pun ada juga kat sini. Untuk makanan halal, ada satu kedai yg kami tau. Nami Island Winter Sonata Cafe. Kedai ni jual nasi kocak. Nasi, telur dan kimci dalam bekas kotak aluminium. Sebelum makan, kena kocak dulu bekas makanan tu. Pastu baru boleh makan. Dekat area cafe ni jugak ada surau. Dalam Art Gallery, tingkat 2. Agak besar dan selesa jugak la surau dia. Dah sudah makan, solat, sambung lagi jalan dan posing2.

Tourist Information Centre aka Naminara Bank

Tempat membaca

kedai souvirnir

Winter Sonata Cafe, Halal Food

Nasi Kocak ngan lempeng kimchi

Kene pakai sarung tangan, sebab panas gile

To the musolla


Tupai yg tak takut orang

Dalam pukul 2 petang baru kami balik. Sebelum tu ada drama sket. Tertinggal purse dalam teksi. Seb baik pakcik-pakcik teksi yang tunggu depan station tu tolong. Dan nasib baik la Salin pandai cakap korea, maka purse tu dapat ditemui kembali.

sampai kesudah aku tak jumpa baju yang ajeshi ni pakai

20 March 2013

Seoul : Hangbok & NANTA Theater

Assalamualaikum...

Add caption

Sambung balik cerita. Dari Gyeongbokgung, kami ke Myeongdong. Ada appoinment pukul 6 kat Seoul Global Culture & Tourism Centre. Nak pakai hangbok. kat sini tak perlu nak sewa. Tapi kene booking dulu awal-awal. Mereka bagi satu jam untuk bersiap dan bergambar. Kat tempat-tempat lain pun ada gak. Ada yang kene sewa, ada yang FOC. So gugel je la nak cari mana tempat nak pakai hangbok.

Seoul Global Culture & Tourism Centre, Myeongdong
me in hangbok

saranghae

maharaja dan kuncu2nya


Dah puas bergambar, kami terus ke Myeongdong Nanta Theater. Nak tengok teater korea. Mesti korang pikir, gila ke hapa nak tengok teater kat Korea. Boleh faham ke? Bukan ada substitle. Ha, silap sebenarnya. Teater ni memang tak de substitle tapi korang sure boleh faham. Nanta merupakan non-verbal teater yang menggabungkan masakan, muzik tradisional dan seni mempertahankan diri. Derang guna simple word dalam korea dan english. Tu pun sangat minima. Basicly, tengok gerak badan dan lakonan, kita boleh faham cerita yang disampaikan. Nanta ni sangat glamer kat Korea dan kalau tak silap ada 3 lokasi teater ni dipersembahkan. Setiap hari ada show dan mereka ada banyak team pelakon untuk buat show. Kalau tak silap ada 10 team of 5 people.

Seacar ringkasnya, Nanta berlatar belakangkan sebuah katering yang terdiri dari seorang bos dan 3 orang pekerjanya. Anak buah bos yang baru habis belajar, mula bekerja di katering tersebut. Kehadirannya kurang disenangi oleh pekerja yang lain, terutamanya ketua chef. Tugasan mereka pada hari itu adalah untuk menyediakan makanan untuk satu majlis yang akan diadakan pada sebelah malam. 3 orang pekerja termasuk anak buah chef bertungkus lumus untuk menyediakan hidangan. Pelbagai aksi terjadi sepanjang tempoh tersebut. Berjayakah mereka menyediakan makanan sebelum majlis bermula? Tu korang kene la tengok sendiri.

At NANTA photo both

Actors for today, RED team

Small and simple stage and props

Add caption
Bagi aku, teater ni memang best giler. Kitaorang memang gelak terbahak-bahak sepanjang show. Ni menunjukkan batapa kami faham jalan cerita dia. Dengan aksi-aksi yang menarik di tambah dengan  penglibatan penonton, memang tak rugi tengok. harga tiket dalam KRW 50000. Memang mahal, tapi untuk peminat teater, memang berbaloi-baloi. Habis teater, nak cari tempat makan tapi tak jumpa. Akhirnya kami balik bilik, makan maggi je.

Myeongdong waktu malam.