27 December 2009

|Gema Zafana 2009|


Salam....

Apekebenda Gema Zafana nih? Hurm, buat sesapa yang tak tahu, Gema Zafana ni merupakan satu persembahan Tarian Zapin yg dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor di Istana Budaya yang bermula dari 26/12/2009 hingga 29/12/2009. Persembahan yang berlangsung selama 3 jam terasa begitu sekejap dek tarian zapin, nyanyian lagu2 asli/ghazal serta persembahan muzik yang sangat MANTAP dan BERTENAGA dari penari, penyayi dan pemuzik. Memang berbaloi-baloi datang tengok semalam. Sebagai anak jati Johor, aku sangat banggan dengan persembahan semalam.

Sebelum aku membebel lagi, elokla aku citer sket latar belakang Tarian Zapin ni. Menurut wikipedia:

Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.

Johor merupakan antara negeri yang memartabatkan Tarian Zapin ini. Tarian Zapin kini menjadi salah satu acara yang memeriahkan suasana pelancongan, temasya, pertandingan dan majlis-majlis rasmi sekitar ngeri johor. Ada juga sesetengah daerah yang mempersembahkan tarian zapin ini ketika majlis perkahwinan. Tarian Zapin disertai oleh semua generasi tak kira muda atau tua. Tidak ketinggalan kanak-kanak yang merupakan pewaris budaya. Usaha Yayasan Warisan Johor memartabatkan Tarian Zapin ini diharap dapat membuka mata masyarakat terhadap Warisan Budaya Melayu.

Berbalik kepada persembahan yag aku pi tengok semalam. Persembahan dimulakan dengan nyanyian dari Papa Rock, Ramli Sarip dengan diiringi terain zapin la.. Kami dapat lihat dengan sangat jelas sebab duduk kat depan sekali. Dapat tengok tarian plus dapat tgk musician main. sangat kagum. Secara kasarnya persembahan semalam ada jalan ceritanya. Ia menunjukkan bagaimana tarian zapin dapat dipersembahkan tak kira tempat dan masa serta tujuan. Ia di bahagikan mengikut beberapa segmen iaitu masyarakat biasa dan di Istana dan yg terakhir sekali Zapin Kontemporari.

Bermula dengan sambutan ketika memotong jambul, berkhatan, majlis persandingan dan juga majlis keagamaan untuk masyarakat biasa. Kemudian upacara2 di Istana serta persembahan diraja. Segmen2 di kampung sangat menarik bagi aku. Zapin yang lebih santai dan menghiburkan. Dengan gerak tari yang menarik dan mimik muka penari yang membuatkan aku tertawa. Segmen2 di istana pula lebih serius dan teratur. Pelbagai jenis tarian zapin seperti Zapin Putar Alam, Zapin Lenga Batu 28, Zapin Sri Bunian, Zapin Pekajang, Zapin Tenglu, Zapin Padang Sari Zapin Sarawak dan Zapin Terengganu dipersemabahkan. Lagu-lagu yang disampaikan juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan adalah lagu-lagu asli lama. Lagu-lagu terkini terutamanya nyanyian Papa Rock juga turut di muatkan. Kebanyakan penyanyi adalah dari YWJ sendiri.

Oleh sebab persembahan terlalu panjang, dia dibahagi kepada dua segmen. Ada rehat sekejap kat tengah2. Memandangkan seat depan sekali kosong, kitaorang pindah duduk lagi depan. Disamping dapat tgk tarian dengan lebih jelas, kita org dapat mengitai pemuzik main. Segmen lepas rehat ni lebih formal dan ke arah Zapin Kontemporari. Rentak semakin rancak dan tarian semakin menarik. Kesemua penari yang dibahagi kepada 2 kumpulan saling bertukar ganti menarikan rentak lagu yang dialunkan. Sangat la kagum. Derang bleh menari dengan sangat laju tanpa berlaga antara satu sama lain. Ada juga segmen Satu Malaysia dimana Tarian India Dan Tarian China dipersembahkan. Di akhir persembahan, pentas dibuka kepada penonton utk turut menari bersama2. Malam semalam, Menteri Besar Johor turut hadir memeriahkan persembahan terakhir. Beliau dan isteri turut sama naik kepentas untuk menari bersama org ramai dan penari2 Gema Zafana.

So overall performance sangat best. Tak rugi datang tgk. Tarian yang meletop, muzik yang sangat best (aku suka tgk live orkestra), nyanyian pun best jugak. Harap-harap Gema Zafana ni jadi acara tahunan le. Tapi kalu nak ikutkan kalendar IB yg dah kuar, cam tak de je tahun depan. So buat sapa2 yang belum tgk, sila la meramaikan istana budaya pada 28 dan 29 December 2009. Tiket boleh didapati di Tiket2u.biz.

Sedikit video dari tahun 2004




Sedikit Gambar semasa persembahan semalam yg sempat aku curi2 amik...

Pemuzik YWJ

Penari cilik sedang beraksi...

Papa Rock

Pak Menteri Besar Johor Menari sama...

2 comments:

Gil Ra Im said...

alor, ruginye tak tengok.. x taw pun ade event nih. tp kalau taw pun, tader sapa pun nak teman kan kot sbb tader sorang pun kwn2 yg minat seni.. huhu. T__T

i minat tgk zapin maybe sbb dulu study kat utm jb, so bleh dikatakan setiap event misti kitorang masukkan zapin as selingan or entertainment.

klu nak menari sndri mmg x reti ah. susah giler.dulu ade kwn yg amek kelas zapin ajar i menari zapin, tp fail. keras sgt kot. haha.

atengbest said...

huhuhu... sama la... i suke tgk je, nak suh menari, takde la... tak pe, kot2 taun ni dia buat g.. bleh la tgk...