"Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba Mengkuang Layu,
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat,
Dagang Hamba Musafir Lalu."
Salam...
Korang penah tak tengok filem hitam putih Seri Mersing? Best kan? Teater adaptasi dari filem ni lagi best. Minggu lepas aku berpeluang tengok teater Seri Mersing kat Istana Budaya. Teater ni arahan Rosdeen Subuh dan skrip ditulis oleh Hairul Anuar Haron (penulis lagu Cindai). Olahan teater ni memang menarik. Tak seperti yang kita tengok dalam filem dia la, tapi jalan cerita asal tetap tak berubah dan yang penting best.
Sinopsis
Teater yang menggabungkan pelakun baru dan lama ni mengisahkan sebuah keluarga yang hidup di perantauan. Damak (lakonan Adi Putra), Deli dan ibunya yang berasal dari Pahang, memulakan hidup di Mersing. Kebaikan dan keramahan Damak disalahertikan oleh sesetengah penduduk terutamanya Awang (lakonan Yus Raja Lawak) dan konco-konconya. Seri (lakonan Elly Mazlin), gadis yang menjadi rebutan antara Damak dan Awang merupakan gadis cantik di Mersing sehingga di gelar Seri Mersing. Pelbagai helah dilakukan oleh Awang untuk mendapatkan Seri, sehinggakan Awang sanggup menculik Seri dan memfitnah Damak. Oleh kerana Awang anak penghulu, kata-katanya lebih dipercayai. Seri yang cuba memberitahu cerita sebenar kepada ayahnya, Pak Malau (lakonan A Galak) tidak di endahkan. Akhirnya Damak dihalau dan Seri di kahwinkan dengan Awang. Namun begitu, semasa majlis keramaian berlangsung, Seri melarikan diri ke pondok Damak di tepi hutan. Menyedari kehilangan anaknya, Pak Malau pergi kerumah Tok Penghulu. Penghulu, Awang dan konco2nya pergi ke pondok Damak untuk membawa semula Seri. Sesampainya di sana, berlaku pergelutan antara Damak dan Awang serta konco2nya. Di saat Damak hampir tewas, Deli membawa bantuan dari orang2 asli yang tinggal di hutan tersebut. Mereka berjaya menewaskan konco2 Awang. Oleh kerana terasa di pulaukan, Damak dan keluarga meninggalkan Mersing. Walaupun dipujuk oleh Pak Malau, hati Damak yang telah terluka tak dapat diubati. Tinggallah Seri di Mersing dengan hati yang lara...
Cerita dalam teater ni tak habis kat sini je. Ada sambungannya. Ni la apa yang berlainan dari filem. Anak Damak, Merah (lakonan Hairi Anak Wayang) yang berlayar mencai ilmu, singgah sebentar di Mersing untuk mencari cerita sebenar tentang ayahnya Damak. Di sini, Merah diberjumpa dengan Melati (lakonan Liz AF), anak angkat kepada Seri (lakonan Mak Nani). Namun begitu, keadaan dan sikap masyarakat setempat masih tidak berubah. Masih memandang serong terhadap orang luar. Apa yang berlaku pada Seri dan Damak berlaku juga pada Merah dan Melati. Scene mase ni la aku paling suka. Dialog-dialog yang di ucapkan oleh para pelakon yang melakonkan watak Damak dan Seri dan Merah dan Melati adalah sama. Suasananya pon sama cuma pada masa yang berlainan.
Secara keseluruhannya para pelakon berjaya membawa watak masing2. Namun begitu, lakonan pelakon2 veteran seperti Mak Nani, Mustapha Maarof, A Galak, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Azizah Mahzan dan Melisa Saila amat membanggakan. Paling suka watak Siantan lakonan Melisa Saila. Penuh dengan emosi dan sangat menjiwai watak yang di bawa. Nyanyiannya pon membanggakan juga. Setanding dengan pelakon yg ada latar belakang nyanyian.
Memula, sebelum tengok teater ni, aku ingat cerita dia cerita berat. Tapi bila berada dalam Panggung Sari, ternyata sangakaan aku meleset. Konco-konco Awang lakonan bebudak Sepah menghidupkan suasana. Lakonan Azizah Mahza dan Mellisa Saila juga menjadikan teater ini menarik. Ketawa terbahak-bahak satu panggung dibuatnya. Lagu-lagu yang disampaikan pon best. paling suka lagu Gurindam Jiwa yang dinyanyikan oleh Seri dan Damak dan Merah dan Melati. Koreografer tarian dalam cerita ni pon menarik. Paling kreatif mase para penari menari tanpa muzik. Mase nih Seri tengah bersedih2 dalam bilik, so muzik latar untuk tarian di berhentikan, tapi penari tetap terus menari. Props2 yang digunakan pon sangat cantik. Peralihan dari satu plot ke satu plot yang lain sangat smooth. tak de la nampak sangat orang tolak2 props tuh.
So, secara keseluruhannya aku bagi 7/10. Hopefully ada teater2 yang mendatang ni lagi best la...
Damak dan Seri Mersing
Penari Yayasan Warisan Johor...
bergambar ngan poster pon jadi la...
Nota Kaki
1. Tak dapat nak tengok Konsert Amy... tiket mahal jer yg tinggal.
2. Tunggu Konsert Syahadah plak lepas nih.
3. Keciwa sebab tak dapat tgk Belon Udara Panas berterbangan di langit putrajaya...