20 July 2010

| Kursus Farmasi Nuklear @ OSUMC |

senja @ Ohio... ni dalam kul 8 malam...

Salam…

Dah masuk 3rd week kat US ni… Jet Lag pon dah hilang. Tu pon amik masa seminggu jugak. Yela, kat Malaysia siang, kat sini malam. Tu yang bengong sket tu. Blog pun tak terudate sebab balik bilik je membuta. Huhuhuhu. Pagi2 plak dah amik kopi utk bertahan masa kat hospital.



Lupa nak bagitau, kat sini aku duk kat University Plaza Hotel. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Tu yang duk memerap je dalam bilik. Bukan per, skang ni summer. Panas sangat ka luar tuh. Suhu cam lebih kurang kat KL, tapinya sangat la kering. Abih kulit mengelupas. Tak penah2 aku pakai moisturaiser sebelum pi keje, kat sini terpaksa pakai. Kalu tak kulit sangat2 kering sampai mengelupas.

katil besar... puas golek2...

antara meja study dan tv... tv la yg selalu aku guna... huhuhuh...

Rutin harian aku kat sini, seawal jam 7.00 pagi dah ada kat Ohio State University Medical Centre. Maklumla datang sini untuk kursus 'Nuclear Pharmacy Certificate Program' bukan bercuti-cuti. Tapi sambil2 tu adala jalan2 tengok tempat orang. huhuhuh... Pi OSUMC tumpang kete salah seorang peserta kursus. Kali ni ramai sket. Ada 6 orang termasuk kami dari Malaysia. Setiap pagi attach kat unit2 yang ada guna Nuclear Medicine. Tengok apa derang buat n camner handle ubat-ubat yang ada radioaktif. Pukul 10 ada kelas. Pastu lunch dan sambung lgi kelas sampai pukul 3 ptg. Balik hotel kne study n buat homework plak. Pastu tidur. Hurmmm…. Dah macam waktu undergrad plak dulu mase klinikal attachment kat HUKM. OSUMC berkali2 ganda lagi canggih dari HKL. Huhuhuhu…. Kalau la dapat kije kat sini….

Ohio State University, Columbus.


TLD ring & TLD batch... sape yg kije ngan radiasi msti tau....


Laminar Flow dalam hot lab

Makanan tak jadi masalah sangat kat sini. Sebelah hotel ada kedai Bangla jual makanan halal. Nasi pon ada jual gak. Kalau nak rase yg lain, kene jalan jauh sket. Ada lagi satu kedai Afghan. Tapi tak penah rase lagi. Kat kafe hospital plak ada banyak pilihan. Ada tuna salad, tuna sandwich, seafood pasta, veggie pizza. Portion dia besar plak tu. Kadang-kadang tapau separuh bawa balik hotel utk dinner. Duit lebih bleh bli menda lain. huhuhuhu….

Ok la… nak pi sambung study n wat homework. Nanti2 aku update jalan-jalan pi Bandar Columbus plak…

5 comments:

thesweetlittlecat said...

super jealous!!

..blindart.. said...

ko bukan selalu jalan ke ngan MOA?

xplorer said...

ohio tu dah dekat sgt dengan KANADA . kena amik peluang pi kanada sebab cantik sgt

..blindart.. said...

Xplorer-x smpt la. Mase limited... Wikend je pon ada...

shahspenser said...

ateng.... jgn luper tgk kan i nyer iphone... =)