21 April 2011

| MPO Jam Busters with Rhythm in Bronze |



Salam...

Apakah Rhythm in Bronze ni? Apa kaitan dia dengan MPO? Kalau korang nak tau, Rhythm in Bronze atau lebih dikenali dengan RIB merupakan kumpulan gamelan. Bukan sebarang kumpulan gamelan tau? RIB memainkan alat muzik tradisional ini dengan kaedah dan cara baru. Kombinasi antara gamelan, suara dan alat muzik moden memberikan nafas baru dalam persembahan gamelan. Kalau dulu gamelan cuma dimainkan dalam upacara-upacara tertentu sahaja, sekarang ni dah boleh masuk Malaysian Philharmonic Orchestra lagi.

Kenapa tetiba tulis pasal RIB ni? Bukan apa, petang tadi, aku berkesempatan menyaksikan persembahan RIB ni dekat MPO. Tau pasal persembahan derang pun melalui FB. Tu pun setelah terbaca post derang kat FB. Nasib baik la sempat beli tiket. Lepas kerja tadi terus pergi KLCC, jumpa Edu ngan Pijon kat sana. Thanks to kawan Pijon sebab tolong belikan tiket untuk kami. Harga tiket cuma RM 10, tapi persembahan mereka memang tak ternilai. Kolaborasi Ribbers dan pemuzik MPO sangat menarik. Memula tu risau gak bawa kawan-kawan yang tak biasa dengan muzik gamelan ni, tapi bila RIB dah start main, kerisauan itu hilang bila derang bgtau yang show ni sangat best.

Persembahan RIB ini berkonsepkan pengembaraan di sekitar Nusantara melalui muzik gamelan. Semua lagu-lagu yang dibawa merupakan lagu-lagu tradisional yang digubah semula menjadikannya lebih kontemporari. Penonton dibawa ke Tanah Jawa melalui 2 lagu iaitu Kesatria dan Jauhkan Bibirmu Sayang. Lemah gemalai lagu dan cara Ribbers bermain gamelan sangat menarik. Kemudian penonton dihiburkan dengan alunan muzik dari Sunda melalui Dina Jendela dan Sapi Lulungan. Seterusya penonton dibawa ke Bali dengan rentak yang lebih rancak dengan lagu Sekar Anyar dan Lagu Untuk Teman Lama. Sangat kagum melihat Ribbers bermain dengar rentak yang sangat laju. Rasanya kalau aku yang kene main, mau 6 bulan baru boleh perform. Kemudian penonton dibawa ke Malaya dengan lagu Togok dan Drunken Fire Fly (Kunang-kunang Mabuk). Kedua-dua lagu tradisional ini digubah semula tanpa menghilangkan keaslian muzik asal lagu tersebut. Ketika RIB memainkan lagu-lagu ini, baru perasan memang terdapat perbezaan yang jelas antara Gamelan Melayu dengan Gamelan dari Indonesia. Persembahan diakhiri dengan medley lagu kontemporari iaitu Ten Cent dan Race.

Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh dari semua penonton. Walaupun pengacara telah mengumumkan tamat persembahan, semua penonton masih lagi duduk ditempat masing-masing. Sudahnya, Ribbers buat lagi satu persembahan iaitu Lagu Untuk Teman Lama. Yang menariknya lagu ini (selain dalam rentak yang sangat laju), bonang dimainkan oleh 2 orang secara serentak.

Apa yang uniknya Ribbers ni, mereka terdiri dari berbilang kaum. Sangat kagum bila tengok orang bukan Melayu memainkan alat muzik tradisional melayu dengan sangat baik. Mereka bukan sahaja bermain gamelan, malah turut menyanyi untuk sesetengah lagu. Cara mereka bermain sangat-sangat menarik. Dan yang paling unik, semua ahli Ribbers boleh bermain semua alat gamelan. Boleh dikatakan mereka bertukar main alat pada setiap lagu. Nak tau lebih lanjut pasal Rhythm in Bronze ni boleh pi SINI dan SINI. Khabarnya mereka akan buat lagi satu konsert, tapi bukan dalam masa terdekat ni la. Hujung tahun kalau tak silap. So, tungguuuuu......

Ribbers dan Pemuzik MPO

2 comments:

Anonymous said...

thanks for posting this.

atengbest said...

No probs... The performance was super duper awesome....