03 April 2011

| Gadget Baru |

Nikon D7000

Salam...

Dah lama sebenarnya plan nak upgrade kamera. Dari tahun lepas lagi. Memula dulu nak beli D90. Tapi bila dengar Nikon nak kuar model baru, D7000 utk gantikan D90, kene la tunggu dulu. Sejak awal bulan lepas, ada la survey2 kat internet apa bestnya D7000 ni. Pastu ada gak tgk2 harga kat kedai. Kat Time Square range harga dari RM4500 ke RM4800. Kat Pertama Complex paling murah. Kedai Photo Selangor boleh dapat RM4400.

Nak dijadikan cerita, MA kat jabatan ada bagitau pasal exhibition Nikon kat Mid Valley. Hari Khamis lepas, terus singgah ke Mid Valley lepas kerja. MA tu pun ikut skali sebab nak survey lens utk D3100 dia. Hari Khamis tu hari pertama pameran. Ikutkan flyers, macam-macam program ada. Dari pertandingan fotografi, pameran barang2 Nikon, ceramah dari Photographer2 tersohor dan macam-macam lagi. Semestinya ada jualan kamera-kamera dari Nikon.

Konsep derang, pekerja-pekerja Nikon jadi jurujual, bila customer setuju nak beli mereka akan bawa ke booth pengedar. Harga derang bagi memang sangat-sangat memberangsangkan. Tanpa fikir banyak kali, terus aku sambar D7000. Harga dia RM4360, sangat rendah berbanding harga-harga dari kedai lain. Pakej dia termasuklah:

-body D7000
-AF-S DX nikkor 18-105 f/3.5-5.6G ED VR Lens
-Nikon N70 Tripod
-2 x class 4, 8gb SD card
-Nikon Leather Strap
-Nikon Leather Handstrap
-Nikon DSLR Bag
-Luggage Tag

Ciri-ciri D7000 :
  1. A new DX-format CMOS image sensor and new image-processing engine, EXPEED 2
  2. The camera offers an effective pixel count of 16.2-million pixels
  3. Standard sensitivity range of ISO100 – 6400 and up to Hi 2 (ISO 25600 equivalent)
  4. A compact, elegant magnesium alloy body that offers both authenticity and flexibility
  5. A new 2,016-pixel RGB metering sensor
  6. A new 39-point AF system
  7. D-Movie for recording and editing of full HD movies
  8. A glass pentaprism for viewfinder frame coverage of approximately 100% and magnification of approximately 0.94x
  9. High-speed continuous shooting of up to 100 shots at approximately 6 fps, and a very precise and durable shutter unit that has passed testing for 150,000 cycles
  10. New U1 and U2 settings on the mode dial allow users to assign frequently used settings including ISO sensitivity and exposure compensation, for instant recall, by simply rotating the mode dial
  11. Live view function that can be smoothly enabled with the dedicated live view switch
  12. Double SD memory card slot that enable use of two SD memory cards (SDHC, SDXC also supported)
  13. The Rechargeable Li-ion Battery EN-EL15, which enables capture of 1,050 shots, when fully charged
  14. Support for the new Multi-Power Battery Pack MB-D11 (sold separately), which holds not only Rechargeable Li-ion Batteries EN-EL15, but also AA batteries
  15. Nikon's image browsing and editing software, ViewNX 2

Kalau nak bandingkan Nique ngan D7000 ni, sangat jauh berbeza. Nique tu model lama, D7000 ni model baru. Paling ketara adalah saiz dia la, lebih besar dan sedikit berat. So far gambar memang cun. Paling best, amik gambar dengan ISO tinggi pun, gambar masih cantik. Lagi satu lens dia dari wide ke zoom. tu yang paling aku suka. Nak tengok hasil gambar? Nanti2 la. Sempat amik gambar kucing2 je kat umah. Lom sempat lagi amik gambar outdoor. Tunggu la wikend ni mase cuti2 Malaysia.


Nikon D7000 body

AF-S DX Nikkor 18-105 f/3.5-5.6G ED VR Lens

D7000 with Kit Lens

belakang

Beg Nikon yg besar gabak

Nota Kaki
1. Tak sabar nak tggu wikend ni. Tak kira lulus ke tak, aku pegi jugak...
2. Tak suka upload gambar guna picasa. Tak boleh nak pilih saiz yg kita nak.
3. Selamat hari Isnin....

2 comments:

celine said...

akhirnyaaa.. ahli keluarga baru.. hehe.. tak sabar nak tgk hasil kamera baru.. :)

Nur Qalby said...

ateng! gile lah..aku dah try D7K..mmg best..gambar mmg cantek tp sayangnyer bukan aku punye, harta adik aku..ngeh~

aku masih kempunan..