29 March 2011

| Catsitter |

DSC_0231

Salam...

Ada ke perkataan ni? huhuhuhu... kalau baby sitter ada, cat sitter pun ada jugak la kan? Dah lama rasenya tak citer pasal kucing2 kesayangan saya. Buat masa ni Mell ngan Miki tak de kat KL. Seekor kat kampung, seekor lagi kat Melaka. Yang ada kat KL ni Rockie, Marie ngan Dodie. Tambah seekor lagi Charcoal. Tapi Charcoal ni kawan punya. Jadi catsitter jap sebab dia tak ready nak bele kucing lagi.

Rockie, Marie ngan Dodie ni sama umur. Dalam 3 bulan. Skang ni tengah masa nakal nya. Berkejar2 satu rumah, semua tempat nak di panjat. Memula diacing berempat, tapi seekor mati. Sedih. Rokie ngan Marie sama warna, hitam legam. Nak bezakan pun susah. Melainkan tengok bon**t diacing, sebab seekor jantan dan seekor betina. Lagi satu kat perut si Marie ni ada bulu2 putih. Tenang bila balik rumah dari tempat kerja yang stress tu bila diacing main kejar2 dan datang bermanja-manja ngan kita.

Charcoal ni pulak baru je jaga dalam sebulan. Umur dalam 6 bulan, tapi besar gila sebab pure breed kot. Masa memula tu memang sombong. Nak pegang punya la susah. Kene main kejar2 dulu baru dapat pegang. Lagi satu suka panjat-panjat gril nak keluar dari rumah. Almaklumla masa ngan tuan lama duk rumah teres dan bebas keluar masuk rumah.

3 beradik ni jaga sekejap je. Next trip balik kampung, tinggal diacing ngan adik, pastu bawa balik Miki n Mell. Rindu plak kat diaorang.


DSC_0234
Charcoal aka Arang

DSC_0253
Rockie

DSC_0240
Marie

DSC_0241
Doddie

3 comments:

Khairiah Hamid said...

Charcoal tu comel gilaaaa!!

Khairiah Hamid said...

Abang Ateng pakai lens apa ni?

..blindart.. said...

hye- super comelssss... tapi orang punya. tolong jaga kejap je. Pakai lens AF-S DX NIKKOR 35mm f/1.8G.