28 March 2011

| Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011 |

DSC_0018

Salam...

Lamanya blog ni tak berupdate. Disebabkan ada permintaan dari orang jauh, maka sekarang ni tengah mengadap tv, sambil edit gambar, sambil update blog. Multi tasking sungguh saya ni kan. Ok la, kali ni nak cerita pasal Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011. Ini merupakan kali ke-3 pesta ni diadakan di Putrajaya. Tahun lepas ada pergi juga sebelah petang, tapi kecewa sebab belon tak dapat nak naik sebab cuaca tak baik (hujan). So, tahun ni pergi belah pagi pulak. Macam tak percaya sebab bangun pagi2 seawal jam 6.30 pagi untuk tengok belon pada hari AHAD.

Kami tiba di Putrajaya dalam jam 7.15 pagi. Masa ni pun dah banyak belon yang naik dan belon-belon lain tengah ambil giliran untuk naik. Belon-belon ni bukan dari malaysia je, tapi dari serata dunia. Negara luar yang mengambil bahagian ialah Belgium, Switzerland, Belanda, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Jerman, United Kingdom, Thailand, Vietnam, India dan Perancis. Antara belon2 yang unik adalah belon Darth Vedar, Belon Doraemon, dan Clown.

Sesapa yang berminat untuk naik belon2 ni pun boleh. Tiket cuma Rm 10 je. Tapi kene beratur awal2 pagi la. Ni pun untuk naik sekejap je. Belon tu di ikat pakai tali. Pastu naik ke atas ada la dalam 20 meter, pastu turun balik. Rasenya ada jugak yg bawa jalan jauh. Tapi bayaran dia lagi mahal la.

Selain dari pertunjukan belon udara panas ni, ada jugak gerai2 jualan, pertunjukan paraglider, wall climbing dan macam-macam aktiviti. Tapi kami malas nak tunggu lama. Bila semua belon2 dah naik, kami pun balik. Tu pun dalam kul 9.30 am juga la.


DSC_0006
tengah isi udara panas

DSC_0019
tunggu giliran berlepas

DSC_0040
belon2 di ruang udara Putrajaya

DSC_0056
the upside down hot air baloon

DSC_0065
deretan belon udara panas

DSC_0055
bentuk doraemon pon ada

DSC_0081
Clown Sedih...

DSC_0100
Darth Vedar

DSC_0117
tinggi ni je boleh naik

DSC_0131
yg ni belon helium je ye...

5 comments:

WanYgBest said...

teruskan usaha mengupdate! hehehe

suke la belon helium tu...kui2

celine said...

belon yang last paling aku suka.. hehe

..blindart.. said...

wan-huhuhu... dah agak dah, mesti semua suka belon yg last tu...

celine-ko sempat g tak hr tu?

xplorer said...

tahun ni tak sempat nak pegi , maybe next year

celine said...

sempat2.. tapi tingggal belon yang bulat2 je.. belon macam2 dah takde..