01 March 2011

| Maher Zain Live In Consert 2011 |


maher

Assalamualaikum...

Kelmarin aku berkesempatan menyaksikan 'Maher Zain Live in Concert 2011' di Stadium Melawati. Konsert ni berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Feb. Tiket semua kawan aku yang uruskan. Lagi pun dia yang beriya-iya ajak. Kalau konsert2 lain boleh pi, kenapa konsert ni tak bleh pi plak kan.

Sampai Stadium Melawati, Shah Alam dalam pukul 7.30 malam. Parkir kat stadium dah agak penuh. Menapak la jugak nak ke pintu masuk stadium. Sebelum tu solat dulu kat surau stadium. Yang tak bestnya, lampu plak tak de kat surau tu. So, kami solat dalam gelap. Dah selesai solat, terus pergi ke pintu masuk.

Masyaallah, ramai betul orang beratur nak masuk stadium. Bayangkan la ratusan/ribuan penonton nak masuk, tapi cuma ada 2 entrance je. Berasak2 la jugak masa nak masuk tu. Ada la dalam 20 minit sebelum dapat masuk. Memula ingatkan free seating, rupanya setiap seat ada nombor. Jadinya semua orang duduk ikut nombor. Yang tak bestnya seat kami bahagian kiri stadium, tingkat 2. Pemandangan plak terhalang dengan tiang-tiang pentas. Dah la tak de skrin yang boleh kami tengok. Agak kecewa la juga. Tapi tiket murah kan, terima je la seadanya.

Konsert yang sepatutnya bermula jam 8.30 malam hanya bermula pada jam 9.00 malam. Dimulakan dengan persembahan dari kumpulan In-Team. Kelima-lima anggota asal In-Team bergabung tenaga menyampaikan 1 lagu dan satu medley lagu-lagu popular mereka iaitu Kasih Kekasih, Impian Kasih, Rabiatul Adawiyah dan Setanggi Syurga. Masa lagu2 medley tu, teringat plak zaman study dulu. Lagu-lagu In-Team menjadi halwa telinga mase kat bilik.

Kemudian persembahan diteruskan oleh Irfan Makki. Penyanyi/komposer ini merupakan kelahiran Pakistan yang menetap di Canada. Tak penah dengar pun pasal dia ni. Tapi yang pastinya masa dia menyanyikan salah satu lagu dia, ada di selitkan lirik dalam bahasa Melayu. Agak kagum jugak la. Irfan menyanyikan 2 buah lagu sahaja. Tetapi atas permintaan, Irfan menyanyikan satu lagi lagu sebelum giliran Maher Zain.


DSC_8579
Maher Zain Live

DSC_8559
Maher Zain lagi...

Saat yang ditunggu-tunggu tiba dengan kemunculan Maher Zain. Persembahan dimulakan dengan lagu Always Be There dan diikuti dengan beberapa lagu lain yang tak ingat gilirannya. Tapi untuk set pertama ni, Maher manyanyikan 5 lagu sebelum disambung pada sesi kedua. Semasa menyanyikan lagu InsyaAllah, Maher menjemput vokalis Padi, Fadhil untuk berduet bersama di mana Fadly menyanyikan versi Melayu. Gabungan mereka berdua memang menarik. Semua penonton turut menyanyi bersama-sama untuk setiap lagu. Mujur pihak penganjur menyediakan buku lirik, bersuluh la dengan hp untuk tengok lirik lagu tu.


DSC_8257
Jemputan khas, Fadly (vokalis Padi)

DSC_8501
Berduet bersama Irfan Makki

Sebelum Maher Zain berehat, dia sempat berduet dengan Mesut Kurtis. Mereka menyanyikan lagu Every Night and Every Day (klik utk dengar) di bantu oleh 5 orang anak-anak kecil yang begitu bersungguh-sungguh menyanyi bersama. Sangat comel ok. Mesut Kurtis penyanyi kelahiran Macedonia ini menyanyikan 3 lagu sebelum Maher Zain meneruskan persembahannya. Kebanyakan lagu-lagu Mesut Kurtis berbentuk zikir harian.

DSC_8400
Anak-anak kecil yang comel

DSC_8456
Mesut Kurtis

Sesi kedua dimulakan dengan lagu Allahi Allah Kiya Karo. Rasanya tempo masa lagu ni sangat cepat berbanding tempo asal. Tercungap la jugak back up singer kami. Siapa kata artis profesional tak lupa lirik masa konsert? Buktinya kelmarin, Maher Zain silap masuk masa buat persembahan. Bukan sekali, tapi 3 kali. Isk, Isk, Isk... Nasib baik ada back up singer kami. Kalau tak tak tau la. huhuhuhu... 2 kali dia minta musician main sekali lagi. Satu lagi dia biarkan back up singer penonton nyanyi dahulu, masa korus baru dia nyanyi. Semasa konsert ni, Maher ada menyanyikan satu lagu baru bertajuk Freedom yang di tujukan kepada pejuang di timur tengah. Lagu ni baru je dia cipta beberapa minggu lepas.


DSC_8232

Lagu terakhir pada malam tersebut adalah Insyaallah versi Melayu. Boleh tahan la sebutan Melayu dia. Takde pelat langsung. Selesai lagu Insyaallah, penonton masih tak berganjak. Jadinya Maher menyanyikan semula beberapa lagu. Tapi kami tak tunggu pun. Malas nak bersesak-sesak masa keluar. Secara keseluruhannya, konsert ni best. Persembahan artis jemputan best. Persembahan Maher sendiri sangat best. Berbaloi-baloi.

Cumanya ada beberapa perkara yang pihak penganjur perlu ambil perhatian. Pertama, pintu masuk kene la banyak sikit.Kesian penonton bersesak-sesak. Lagi bagus kalau dapat asingkan lelaki ngan perempuan. Keduanya, untuk konsert berskala besar ni, cari la venue yang besar jugak. Kesian kami penonton yang duduk di kiri dan kanan stadium. Dah la tak de skrin, speaker pon tak de yang terarah ke kiri dan kanan stadium. Tak nampak Maher Zain satu hal, suara Maher Zain nyanyi pun tenggelam timbul je kami dengar dari tepi tu. Ketiga, pastikan la keperluan asas cam surau, tandas dalam keadaan baik. Tapi yang aku perasan, sebelum menyanyikan lagu, Maher akan baca bismillah, dan di akhiri dengan alhamdulillah.

So, untuk lain-lain konsert yang nak pegi akan datang, biar la beli tiket yang mahal siket, asal puas hati.

(gambar2 credit to En Azmeer ngan lens tele zoom yg buat aku jeles gila)

The Chosen One by Maher Zain. Enjoys....



2 comments:

ainna said...

best nyer!

..blindart.. said...

Memang best... Jeles x? Huhuhu...