21 February 2011

| Patah Kaki |


Assalamualaikum...

Sape yang patah kaki? Teruk ke? Huhuhuhuhu.... Aku yang patah kaki sebenarnya. Bukan patah cedera tapi patah sebab tak de kereta. Oggy masuk sepital. Masuk lama plak tu. Alaaaa, kes yang bon**t dia yang kene cium tu. (sila baca sini)

Kalau nak ikutkan dah agak lama la sebenarnya. tapi tak dan nak settle kan dokumen2 yg kene amik kat balai polis. Pastu nak kene cari masa plak nak hantar kereta ke servis centre. Tak nak la hantar kedai tepi2 jalan. Alang-alang wat claim kat 3rd party, baik pi tempat yang betul.

Jadinya, setelah dapat semua dokumen (report polis, keputusan sapa yg salah, report polis 3rd party, gambar bon**t oggy), makanya oggy telah selamat di hantar ke workshop. Yang tak bestnya, lama plak tu. Dalam 23 hari maksimum. Maknanya dalam masa 23 hari bermula hari ni, aku tak de kereta. Pi kerje jalan kaki, naik LRT & jalan kaki. Balik kerja pun jalan kaki, naik LRT & jalan kaki (rumah-stesen LRT-HKL-stesen LRT-rumah). Takde pasar malam, tak de jogging kat Tasik Permaisuri, tak de shopping kat JJ/SOGO. Waaaaaaaaaa......

Ok la, nak tidur awal. Sok kene bangun lebih awal untuk berkejar ke LRT.

No comments: