08 February 2011

| Insomnia |

ihsan : En Google
Salam...

Smenjak dua menjak ni, rasa agak sukar untuk tidur pada waktu malam. Kalau masuk bilik tu, golek2 atas katil sampai pukul 3 pagi pun tak tidur lagi. Ni semua gara-gara kerja malam hari Jumaat lepas. Akibatnya kitar tidur dah berubah. Badan dah terbiasa tidur siang dan berjaga malam.

Semalam masuk kerja dengan tak cukup tidur. Dah macam zomba dah. Pagi masih boleh tahan lagi lepas minum nescafe secawan. Masuk tengahari, badan dah tunjuk simptom-simptom tak cukup tidur. Badan rasa sakit-sakit, nausea atau rase nak muntah dan rasa sangat letih. Nasib baik memang dah rancang awal untuk half day sebab nak amik report polis kat Polis Trafik Jalan Bandar. Lepas selesai kat Balai, terus balik rumah dan tidur. Dapat lena dalam 2 jam la jugak. Tak boleh lama-lama takut tak boleh tidur malam pulak. Alhamdulillah, malam tadi dalam pukul 2 pagi dah lena.

Sedikit info berkenaan dengan insomnia yang diambil dari Ensiklopedia Petua Melayu Lama:

Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4 - 5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-gejala
  • Kesukaran untuk tidur.
  • Tidur yang putus-putus atau resah.
  • Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
  • Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
  • Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Punca-punca
  • Tekanan dan kerisauan
  • Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising
  • dan kotor, sejuk atau panas.
  • Persekitaran baru – contoh: Berpindah ke rumah baru.
  • Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
  • Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
  • Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang
  • pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
  • Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.

Apa Yang Harus Dibuat?
  1. Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
  2. Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
  3. Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
  4. Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
  5. Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur.
  6. Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.
  7. Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
  8. Baca sebuah buku yang membosankan.
  9. Dengar muzik yang lembut.
  10. Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda.
  11. Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.


Apa yang boleh dilakukan oleh doktor?
  • Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
  • Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
  • Ubat tidur, jika perlu.
  • Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. Dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur.

5 comments:

WanYgBest said...

jet lag kot....kan bru balik obersea =)

..blindart.. said...

ye kot... hahahaha...
(alasan paling x logik)

ps-apa jadi ngan blog ko?

muhsin aminudin said...

dah tak tdo malam dekat stgah taun.. im a vampire

..blindart.. said...

muhsin aminudin-apasal? sebab kerja waktu malam ke memang tak bleh tido malam?

muhsin.aminudin said...

dari dulu dah terbiasa tak tdo malam.. susah gak la nak ubah. kadang2 jadi, tp last2 same gak