07 February 2011

| Cuti-cuti Indonesia : Bandung |

Salam...

Perjalanan dari Jogja ke Bandung mengambil masa hampir 10 jam. Sepatutnya 8 jam dah boleh sampai. Tapi sebab ada accident keretapi lain, tu yg delay sket tu. Sampai Bandung dalam jam 8.00 pagi.

Selepas sarapan Lontong Kari yang boleh tahan sedapnya, kami check in kat Scarlet Hotel kat Jalan Siliwangi dekat2 ngan Jalan Dago yg banyak Factory Outlet. Harga satu malam Rp1.8 juta per night per room. Tapi kami dapat harga dalam Rp 1 juta. Maksimum bleh masuk sampai 7 orang. Tapi 4 orang duduk paling selesa la. Tu pun kalau rakan sekatil tidur tak berdengkur.

DSC_0648
di hadapan Hotel Scarlet, Jalan Dogo

Lepas mandi dan bersiap, kami bergerak ke Pasar Baru. Pasar Baru ni tempat shopping pelbagai barang. Macam Pasar Payang kat Terengganu cumanya kat sini lagi banyak kedai dan barang. Kalau dari hotel (mana2 hotel) boleh naik beca atau angkut. Tapi jalan kat sini jem sangat2 atau dalam bahasa Indonesia macet.

DSC_0654
Angkut di Bandung

DSC_0613
Pasar Baru, Bandung

Di Pasar Baru, paling best adalah shopping kain. Macam2 jenis kain ada. Cakap je nak kain apa, boleh cari. Yang penting ongkosnya ada. Harganya memang murah dan boleh ditawar. Siapa yang tak reti menawar memang rugi. Kalau nak nak buat sut pon boleh. Beli kain, nanti kedai akan call tailor utk amik ukuran, buat bayaran, besoknya kedai akan hantar ke hotel. Kalau nak amik sendiri pon boleh. Harga sut blazer dan seluar bergantung pada harga kain. Dalam RM250 boleh dapat. Kawan buat dalam RM330 dengan kain yang agak berkualiti. Jahitan dia pun kemas. Walaupun x buat fitting, hasilnya sangat memuaskan.

DSC_0615
Antara kedai di Pasar Baru

DSC_0618
Peniaga jalanan di depan Pasar Baru

Lepas puas shopping di Pasar Baru, kami lunch di Kartika Sari. Kat sini selain dari ada restoren, ada juga jual pelbagai jenis kek dan kuih seperti brownies kukus/bakar, bingka ambon, pisang bolong dll. Kat Amanda pun ada gak brownies yang sedap. Lepas makan rehat2 di hotel. Cadangnya nak shopping kat Factory Outlet kat sekitar Bandung. Tapi penat sangat.

Sebelah malamnya kami makan di Paris van Java. PVJ merupakan shopping complex yang besar dan baru. Lepas makan2, gossip pasal Sinetron Kuala Lumpur Bandung. Lepas sambung makan lagi. Kali ni makan surabi plak. Sirabi ni macam lempeng apam. Tapi dia ubah suai sikit. Letak macam2 benda macam piza.

Besoknya, pi shopping kat Factory Outlet pulak. Kat bandung ni ada banyak tempat. Tapi yang glamer kat Jalan Dago, Jalan Riau dan Jalan Champlas. Kat sini bleh jumpa pelbagai branded item dengan harga murah. Tapi kene berhati2 sebab ada yg imitation. Banyak gak la berabih duit kat sini. Seb baik ada kad plastik. Swipe dengan tutup mata je.

DSC_0681
Antara Factory Outlet @ Jalan Dago

DSC_0678
Lagi FO di Jalan Dago

DSC_0689
Shopping @ FO

DSC_0699
Teman-teman di Bandung

DSC_0706
Makanan Sunda. Ada pes cendawan, pes ikan, pes tahu, ayam bakar/goreng, lalapan

DSC_0711
Ais krim potong

Malam tu juga balik Jogja semula naik keretapi. Perjalanan 8 jam kali ni selesa sikit sebab x de tante2 kepoh. Sampai Jogja dalam jam 4.00 pagi terus naik teksi pergi lapangan terbang. Flight kul 8.50 pagi. Kali ni proses check in lebih lancar berbanding mase nak masuk Jogja.

DSC_0743
Hasil tangkapan di Bandung

DSC_0746
Dalam Keretapi. Bantal kecik dan selimut disediakan

DSC_0756
Kaunter check in kat Jogjakarta

Selamat sampai LCCT kul 12.15 tghri. Sekarang ni tengah bagi2 barang sambil kira2 bape banyak terbelanja utk cuti kali ni. Sesapa yang berminat, ada pakej menarik kalau nak pergi Jogja or Bandung. Nanti2 la hapdate pasal pakej tu.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments: