12 December 2010

| Bontot Oggy kene Cium |



Salam...

Siapa Oggy? Siapa yang sanggup cium bontot? huhuhuhu... Oggy ni kereta My Vi kesayangan. Hari Khamis lepas, sedang relaks2 memandu balik dari hospital, ada la sorang budak ni langgar aku. Tak ada angin tak ada ribut, tetiba je rasa kereta aku bergegar. Masa tu dekat ngan simpang empat dekat Institut Pediatrik HKL. Lampu isyarat bertukar merah, so tekan la break.

Bila keluar dari Oggy je, budak tu dok marah-marah aku kata aku break secara mengejut. What the h**l???? Dik, saya drive slow je ye. Lagi pun dekat ngan lampu isyarat. Takkan la saya ni bodoh bijak sangat nak drive laju2 pastu tekan break. Ke awak yang ikut saya rapat-rapat sambil guna telefon bimbit? Tapi itu bukan dialog yang aku luahkan la. huhuhuhu... Aku kan baik. Budak tu terus marah-marah sambil telefon mak ayah dia. Lepas tu telefon semua geng dia suruh datang ke tempat kejadian nak gertak aku. Aku pulak nak telefon sape? Dah la time balik kerja. Mesti la semua orang sibuk nak balik dah. Silap-silap dah ada atas motor. Berdebar jugak la.

Masa dia duk telefon semua orang tu, sempat la saya snap gambar kereta dia depan dan belakang. Nak dapatkan no pendaftaran dia. Senang nanti nak buat report. Tak lama lepas tu sorang lelaki datang. Rupanya bapa budak tu. Dia nampak aku pakai name tag HKL, so dia cool sikit, sebab dia pun staff HKL. Pas bapa dia tengok keadaan kereta, aku rasa bapa budak tu tau tu salah anak dia. Sah-sah la dia yang langgar aku dari belakang. Dekat ngan lampu isyarat plak tu. Jadinya dia minta no telefon aku dan akan telefon kemudian. Anak dia yang bodoh bijak tu dah gila meroyan. Siap nak hempok aku ngan topi keledar bapa dia lagi. Lepas dapat no bapa dia, aku terus blah. Tak nak la menyebabkan jem kat jalan yang dah sedia jem tu. Maklum la peak hour.

Nak dijadikan cerita, mak budak tu telefon bila saya sampai rumah. Nak settle luar katanya, tapi pi bengkel yg dia tau. Cakap ngan makcik tu, tunggu saya bincang ngan kawan saya dulu. Almaklumlah tak penah terlibat dalam kemalangan sebelum ni. Lepas berbincang ngan kawan-kawan yang ada pengalaman, derang nasihatkan buat je laporan polis pastu claim kat insurans dia ataupon settle luar tapi kene buat kat perodua. So aku telefon la balik dan bagitau mak budak tu. Makcik tu tetap nak menangkan anak dia dan kata aku salah dan tak nak claim insurans. Bila aku tanya betul-betul, rupanya anak dia masih lesen P lagi. Padan la beriya nak settle luar. So dah setuju, pagi-pagi besok, pi Perodua dan check kerosakan. Kalau setakat rosak luaran je, buat kat bengkel lain. Tapi kalau rosak benda lain kene buat kat Perodua. Aku pon setuju la.

Nak dijadikan cerita lagi, dah siap-siap nak tidor, dia telefon dan bagi tau dia nak wat report polis je. What the h**l!!!! Aku dah nak tidor ni, baru ko telefon la. Kenapa tak bagitau besok pagi yang ko dah buat report? Sekali lagi hati aku je yang cakap. Aku pon cepat2 pi Balai Polis Trafik, Jalan Bandar untuk buat report. Nak mendahului dia katanya. Lepas buat report, jumpa pulak Pegawai penyiasat trafik, Sarjan Aman rasanya. Dia baca report tu, pastu dia bagi slip untuk amik gambar. Dia kata tak payah susah-susah. Bawa slip yang dia bagi tu, pi memana bengkel/perodua, nanti derang tau la apa nak buat. Sebelum tu, dia suruh aku telefon budak tu, suh dia datang buat report malam tu jugak.

Oleh kerana masa datang tu naik kereta kawan aku, terpaksa la balik Cheras dan datang balik balai untuk amik gambar. Masa sampai tu kebetulan budak tu dah siap buat report dan nak amik gambar jugak. Tapi aku buat tak tau je, lepas selesai proses amik gambar, dengan tak pandang muka budak tu dan parents dia, aku terus je blah. huhuhuhu...

Teruk ke kereta aku? sikit je pon, tapi risau gak kalau bumper tu dah tak cangkuk betul. Karang tak pasal2 tengah memandu tetiba bumper tu jatuh. Minggu depan baru nak pi perodua. Tu je la ceritanya. Tapi berbulu juga la. Sebab salah orang lain, kereta aku jadi mangsa. Dah la tak nak mengaku kesalahan dia, pastu nak salahkan aku pulak. Hurm.... Tapi bersyukur, cuma kereta je yang cedera, pemandunya ok je.


kereta dia... Agak teruk gak la...

kereta saya... sikit je... alhamdulillah

3 comments:

celine cute said...

kesian oggy.. isk2

Ms.Rainna said...

ateng! nape kamu sgt baek ati?? kalo aku dh lame aku marah balik budak tu tau.. sbb mmg dia salah langgo dr blakang.. dan sah2 dia sgt dekat dgn kete ko sampai xsempat brek!

aishh aku plak emo bace..

dan biasa la bebudak P ni perasan diorang ni cam driver f1 padahal baru P.. ko claim x insurans dia?

atengbest said...

ina-aku tak reti la nak marah2 ni... dah la time tu tgh gabra... maklum la first time xcident... seb baik sikit je..

yup, claim insurans dia.. tp x wat lagi.. x berkesempatan nak pi balai polis nak amik report n dok2 yg perlu..