Salam...
"Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang"
Ayat tersebut merupakan antara dialog dalam teater Siti di Alam Fantasi. Teater muzikal yang berdurasi lebih kurang 2 jam setengah ini sangat menarik dan patut di tonton. Di persembahkan dalam bentuk muzikal dan komedi tidak bermakna sesuatu persembahan tu kosong. Bagi saya, teater Siti di Alam Fantasi ni memberikan mesej yang berguna kepada kanak-kanak khususnya dan kepada semua penonton secara umumnya.
Saya sempat menonton persembahan ini di Istana Budaya pada hari Sabtu yg lepas bersama rakan-rakan yang juga pernah mempersembahkan teater muzikal ini semasa di kolej dulu. Kalau dulu, kami lah yang berlakon, mencari dana, membuat costume dan props, kali ni kami sekadar menonton dan mengimbau kembali kenangan dulu2. Seronok sekali sekala berkumpul ramai-ramai bersama kawan-kawan lama (walaupun ada yang jumpa hari2).
Berbalik kepada teater Siti di Alam Fantasi. Di awal persembahan, saya agak kecewa. Mengapa? Dalam jangkaan saya, teater ini di lakonkan sepenuhnya oleh kanak-kanak. Tetapi, diaawal persembahan, pelakon2 dewasa yang melakonkan watak rakan-rakan Siti. Mamat dan Siti (di alam nyata) yang sepatutnya dilakonkan oleh kanak-kanak juga dilakonkan oleh orang dewasa. Bila masuk babak kedua dan seterusnya baru kebanyakan watak dilakonkan oleh kanak-kanak seperti geng lebah, geng lipas, geng kelip-kelip, geng katak dan banyak lagi. Oh, lupa nak bagi tau. Bagi sesapa yang tak baca entri sebelum ni, Siti di Alam Fantasi ni macam cerita Alice in The Wonderland dimana semua binatang dan tumbuhan boleh berkata-kata dan mempunya saiz yang sama dengan manusia.
Cerita bermula apabila geliga sakti kepunyaan Siti (lakonan Liyana Jasmay) yang sombong dicuri oleh Bayang-bayang hitam. Kemudian Ayah Siti dan rakan-rakannya disumpah menjadi batu dan Siti diselamatkan oleh Mamat (lakonan Ebi Yus). Mereka kemudiannya dibawa ke alam fantasi oleh satu kuasa di mana Siti ditugaskan mencari geliga sakti. Di alam fantasi ini, Siti dan Mamat berjumpa dengan Pokok (lakonan Johan Raja Lawak) yang kemudiannya bersama-sama mengembara di alam fantasi. Oleh kerana sifat sombong dan bongkak Siti, dia bertukar menjadi separa keldai (bertelinga, kaki dan ekor keldai). Untuk kembali ke dirinya yang sebenar, Siti mesti menyedari kesilapannya dan tidak sombong-sombong. Sepanjang pengembaraan, mereke berjumpa dengan pelbagai ragam haiwan seperti Lipas, Ulat Bulu, Kelip-Kelip, Katak, Lebah, Burung Bayan, Labah-Labah dan Ikan Duyung Mereka juga sentiasa dikejar oleh Sesumpah yang di takuti oleh seluruh warga alam fantasi. Binatang-binatang ini ada yang membantu dan ada juga yang menggangu pengembaraan mereka. Akhirnya dengan bantuan binatang-binatang ini terutamanya oleh Sesumpah, Siti berjaya menemui Geliga Sakti kepuyaannya disamping mendapat pengajaran iaitu Selalu Berkasih Sayang, Sepanjang Hayat akan di Kenang.
Pengarah Siti di Alam Fantasi membuat sedikit perubahan dari skrip asal. Beberapa watak baru diwujudkan dan ada watak lama yang tiada. Watak Andan digantikan dengan Pokok manakala geng Tikus diganti dengan geng Duyung. Pengarah juga mewujudkan watak baru iaitu Putera Raja yang disumpah menjadi sesumpah. Bagi saya, teater ini menarik kerana watak Mamat dan Pokok yang sentiasa membuatkan penonton tidak kering gusi. Dialog spontan mereka berjaya menghidupkan teater ini disamping menutup kelemahan watak Siti. Seperti biasa, props, background serta costume sangat cantik. Untuk persembahan kali ini, penggunaan "lighting" dan laser amat unik dan cantik. Namun begitu muzik untuk persembahan kali ini adalah secara playback bukan secara live. Bagi saya teater ini akan menjadi lebih menarik jika 80% pelakon adalah kanak-kanak terutamanya watak utama. Namun mungkin kerana kekangan masa (difahamkan teater ini menggantikan Muzikal Budak Kampong), produksi terpaksa mengambil Pelakon dewasa. Pujian diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya menjadikan teater ini kelihatan comel.
Untuk teater kali ini saya berikan 7.5/10. Rasanya ini merupakan penutup persembahan untuk tahun ini. Kepada yang belum lagi menonton, bolehla datang ke Istana Budaya kerana persembahan akan berlangsung hingga 31 Dis ini.
Geng Lipas yang nakal
Geng Lebah yang comel
Geng Kelip2 yang baik hati
Burung Bayan, Sesumpah, Perempuan Sihir, Ratu Labah2
Geng katak lincah
Geng Duyung dan Ikan
Para pelakon Siti di Alam Fantasi
Vee yg Vouge
Mamat oleh Ebi Yus
Pokok oleh Johan Raja Lawak
Siti oleh Liyana Jasmay
Bersama Pengarah Siti di Alam Fantasi
Antara rakan-rakan yg hadir sama (Shah, Farid, Fairus, Rosmizan, Hafizun)
me & Poster Siti di Alam Fantasi
No comments:
Post a Comment