Salam
Natrah...
Cinta, Perjuangan dan Air Mata.
Apa yang saya dapat katakan mengenai teater Natrah 2 ni, sangat-sangat menarik dan berbeza dari teater yang penah saya tonton. Garapan Eirma Fatimah untuk Natrah ni sangat unik. Walaupun saya tidak berkesempatan menyaksikan persembahan Natrah yang pertama, tapi berdasar komen-komen yang saya baca, persembahan kali ini sedikit berbeza dari persembahan yang lalu.
Saya telah menyaksikan Natrah pada hari Khamis yang lepas. Tu pon beli tiket kedua setelah tersalah tengok tarikh untuk first tiket dulu. Tapi memang tak menyesal. Tempat duduk kat atas kayangan, tapi untuk Natrah ni, duduk kat atas pon masih ok. Tak banyak scene dilakonkan di depan pentas. So tak de la kene panjang-panjangkan leher untuk tau apa yang berlaku (ayat menyedapkan hati)
Adegan mansor dan Natrah menari lagu bollywood...
Persembahan dimulakan dengan klip video/flashback semasa Natrah atau namanya ketika itu Maria diserahkan oleh ibunya kepada Aminah (dilakonkan oleh Umi Aida) yang merupakan sahabat baiknya. Ketika itu Ibu Natrah berada dalam kesusahan kerana kehilangan suaminya yg dibawa askar Jepun ke sempadan Thailand dan dia pula diburu oleh askar-askar Jepun. Kemudian di ikuti dengan monolog dari Natrah (umur 70 tahun) yang dilakonkan oleh Sofea Jane. Monolog yang bagi saya sangat penuh perasaan. dan kemudian bermula la kisah Natarah yang dibesarkan oleh Aminah di Kemaman, di temui oleh Pegawai dari Belanda, di bawa ke Singapura, dipisahkan dari Aminah, dibicarakan di mahkamah, dikahwinkan dengan Mansor Adabi (lakonan Remy Ishak), di bicarakan semula dan seterusnya dilarikan ke Belanda selepas mahkamah memihak kepada ibu bapa kandungnya.
Adegan perebutan natrah selepas mahkamah memihak kepada ibu bapa kandung nya.
Apa yang menarik bagi saya pada Teater Natrah ni adalah yang pertama barisan pelakon yang menjayakan teater ini. Yang kedua adalah garapan Eirma Fatimah sendiri. Teater ini cukup ramuannya. Ada monolog, ada muzikal, ada tarian dan nyanyian dari para pelakon dan props yang sangat menarik. Setiap kali saya menyaksikan teater di Istana Budaya ni, saya akan perhatikan perubahan set pentas untuk setiap babak. Saya suka lihat jika pertukaran set, tidak menggangu konsentrasi penonton. Untuk Natrah, bagi saya kebanyakan pertukaran set adalah kurang menggangu tumpuan dan lancar. Maknanya, walaupun set sedang di ganti, perjalanan teater masih berlaku dengan babak2 di depan pentas. Dan yang paling menarik adalah ketika Mansor dan Natrah menyanyi dan menari lagu dari filem Mohabattain yang telah diubah lirik dan komposisinya. Nyanyian Remy Ishak juga tidak kurang hebatnya. Tapi saya tak pasti samaada beliau menyanyi secara live ataupun miming kerana Teater Natrah tidak menggunakan Live Muzic.
Barisan pelakon yang menjayakan Natrah
Secara keseluruhannya saya bagi 5/5 bintang. Pengajaran dari kisah Natrah ni, semua penduduk di Malaya bersatu membantu Natrah. Walaupun pada zahirnya mereka tewas mempertahankan Natrah tetapi mereka menjadi lebih bersatu menentang penjajah. Bagi sesiapa yang belum menonton dan mahu menonton, Teater Natrah ini dilanjutkan sehingga 7 Disember 2010. Dengar kata, untuk tayangan sehingga 2/12 sudah habis dijual. So cepat-cepat la ke Istana Budaya untuk mendapatkan tiket Natrah.
Nota Kaki
1. Gambar diambil dari blog orang lain sebab tak bawa kamera. Lagipun duduk tempat tinggi sangat...
2. Minta ampun pada kengkawan yang saya tersabotaj.
No comments:
Post a Comment