30 April 2012

Short Trip to Kuala Terengganu 1

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak jalan-jalan. Kali terakhir pun ntah bila. Tu yang modal nak update blog takde (alasan semata-mata). Tengah bulan lepas aku dengan tak sengajanya terpergi ke Kuala Terengganu. Sebenarnya ni cuti yang tak dirancang. Kawan aku, Remy bagitau yang dia nak balik kampung tapi tak tau nak naik drive ke atau naik bas. Tetiba terpikir nak ikut dia balik kampung. Bukan kali pertama pun, sebelum ni pernah gak pi rumah dia. Tapi saja gatal. 

Kami bertolak hari Jumaat dalam pukul 4 petang. Aku ambil 'time off' petang tu since banyak sangat kerja hari minggu dan tak boleh claim duit. Kesian kami kan. Tapi untungnya bebila kalau kerja dah selesai, boleh ambil 'time off'. Kami singgah ke Bentung dulu amik kawan lagi sorang sebelum teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sampai dalam pukul 10 malam dan kami makannnnnn. Makanan laut segar memang best.

Keesokkan harinya selepas sarapan Nasi Dagang yang maveles, kami ke Pasar Payang. Misi mencari baju batik. Aku kan tipikal gomen servent, kene la ada baju batik untuk dipakai hari Khamis. Kat Pasar Payang ni, macam-macam ada. Kalau duit banyak, kompem tak cukup tangan nak pegang barang yang dibeli. So bila nak ke sini kena la rancang siap-siap, takut terlebih belanja. Tapi selalunya memang terlebih pun. Hahaha... Lepas dapat 2 pasang baju batik, kaftan & kain batik untuk mak ngan adik beradik. Mak aku pulak kirim 'ceta'an muruku'. Dulu kat umah ada yg buat dari kayu, tapi cari kat sini tak de. Yang ada dari tembaga. Belikan je la dari takde langsung.

semua ada kat sini....


Soft toys yg comel2...
Makcik-makcik jual makanan duduk kat atas... 
keropok keping... macam-macam jenis ada.

Baju Batik... Gambar ni je sempat ambik... lain2 sibuk pilih baju...
Kain Batik Terengganu.

Sebelah petang pulak kami ke Taman Tamadun Islam. Nak naik river cruise dia. Sampai sana cuma kami bertiga je yang nak naik. Tapi minimum kene ada 4 orang. Kene la tunggu sekejap. Dalam 15 minit tunggu tak ada orang, jadi kami tanya, kalau bayar untuk 4 orang boleh jalan tak. Derang kata ok. Masa kami siap-siap nak naik, datang satu famili nak naik juga. Rezeki kami, jimat sikit. Bayaran RM 15 sorang kot. Perjalanan dalam masa 40 minit menyusuri sungai Kuala Terengganu. Perancangan untuk masa depan, derang nak buat sampai ke Pulau Kapas.


Taman Tamadun Islam River Cruise

Sekitar TTI

Kincir air yang mengangkut air ke TTI

Antara replika masjid di TTI

Masjid Kristal TTI

Peta TTI

Petang plan nak caari sotong celup tepung, tapi dah lewat sangat. So kami lalu je tepi pantai menghirup bayu petang di Kuala Terengganu....

5 comments:

Fabulous Me said...

Cantikkkkk Terengganu!

eMayuKie said...

soft toys penyu tu semua muka sedihlah.. btw, byk beza x harga batik dia kalo compare beli kt sini?

..blindart.. said...

FM-Memang cantik... pergi banyak kali pun tak pe....

Ema-banyak la jugak... dan banyak pilihan... rambang mata weh...

eMayuKie said...

really miss reading ur entries, huhu..

..blindart.. said...

yelah2... tggu short course ngan budak2 baru habis... tiap2 malam kene study...