14 November 2012

Short trip Kuala Terengganu 2 : Pulau Kapas

Assalamualaikum...

Bersawang habis blog ni. Lama sungguh tak jenguk & update. Banyak bahan nak dikongsi, cumanya tak sempat nak mencuri masa. Sebelum buka cerita pasal Korea, sambung dulu cerita kat Terengganu eh.

Hari kedua di Kuala Terengganu, kami ke Pulau Kapas. Rancangan nak ke pulau memang dari awal tahun buat. Nak pi Perhentian, tapi asyik batal je. Since Pulau Kapas dekat je dari tanah besar (6km), one day trip pun cukup. Untuk ke Pulau Kapas, kene naik jeti di Marang. Sewa bot laju dalam RM30-RM50 untuk pergi balik. Tengok skil korang tawar menawar la. Kalau rasa nak bermalam kat sana pun boleh cari pakej-pakej menarik kat jeti Marang.

Perjalanan dari jeti ke pulau tak sampai 15 minit pun. Sampai di sana, kami sewa satu bilik di Makcik Gemuk Beach Resort untuk letak barang. Kelakar kan nama dia. huhuhu.. Kat Pulau Kapas ni tak banyak resort. Ada la dalam 5 resort. Ok la, tak ramai sangat orang. Mungkin masa kami pergi, hari bekerja dan bukan peak hour.

Lepas tukar baju dan simpan barang, kami terus ke pantai. Pantai Pulau Kapas tak besar mana. Cuma ada beberapa kawasan je yg ada resort. Dari satu pantai ke satu pantai dihubungkan dengan jambatan sebab pantai2 ni dipisahkan dengan batu-batu. Kebanyakan resort ada menawarkan khidmat sewa alatan untuk snorkling. Jadinya kami sewa je kat Resort Makcik Gemuk. Kami juga amik pakej 'island hopping'. Sebenarnya lebih pada pantai hopping. Murah je pun RM30 dengan sewa alatan snorkling.

Pantai Pulau Kapas ni macam pantai-pantai lain kat perairan terengganu. Putih dan bersih dengan pasir halussss. Sangat suka. Walaupun batu karang dia tak secantik Pulau Redang atau Pulau Perhentian, tapi ikan-ikan kat sini banyak juga. Yang paling best, senang gila nak jumpa Nemo. Banyak anemone kat sini. Lepas gian la juga dapat snorkle, mandi pantai, berendam dan berjemur. Huhuhuhu. Dalam pukul 2, kami balik semula ke resort dan bersiap-siap untuk balik ke tanah besar.

Kesimpulannya, percutian tak dirancang kali ni best. Dapat jalan-jalan, lepak2 pulau, shopping baju batik dan yang penting dapat makan banyak. huhuhu... Enjoy the picture...

Jeti Marang

Jeti Marang
Peta Pulau Kapas, Terengganu

Makcik Gemuk Beach Resort, Pulau Kapas
Bilik-bilik kat Makcik Gemuk Beach Resort

Tempat sewa alat-alat snorkle
 
Harga perkhidmatan yg ditawarkan. Berpatutan la.

Pantai Pulau Kapas

Pantai Pulau Kapas
Pantai Pulau Kapas
relaxing...
me @ Pulau Kapas Terengganu

laluan/jambatan yang menyambungkan satu pantai ke pantai yg lain

Jeti @ Pulau Kapas, Terengganu

Ikan @ Jeti

wajib makan kalau ke KT





2 comments:

ceklala said...

tak pernah lg ke pulau kapas..perhentian penah la..tp cantik jugak kan..ikan kt jeti tu bestnyeee!

..blindart.. said...

pulau2 kat terengganu memang tak pernah mengecewakan. 15 minit je pun dari tanah besar. ikan2 memang best...