21 November 2012

Exploring Jeju Island, Korea Selatan

Assalamualaikum...

Amaran awal : Entri ini penuh dengan gambar. Harap maklum.

Hari ke-2 kat Pulau Jeju, kami merancang untuk explore area timur. Kat area sana banyak tempat-tempat yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai 'Global Geopark &Natural Heritage Site'. Lupa nak bagi tau, kami duduk di bahagian selatan pulau iaitu di bandar Seogwipo. Cuaca ok, tak panas dan tak sejuk. Yang paling penting tak hujan. Tapi payung sentiasa stand by. Mana la tau tetiba hujan, tak de lah basah kamera. Huhuhuhu. BTW, sebelum kami tiba, Korea Selatan di landa taufan. Nasib menyebelahi kami, taufan rede sebelum kami sampai. Kalau tak, sampai sanan duduk hotel je la jawabnya. 


Sedikit latar belakang Pulau Jeju. Pulau Jeju merupakan pulau gunung berapi (volcanic island) yang terbesar di Korea Selatan. Terletak 130km dari tanah besar, Pulau Jeju merupakan salah satu dari '7 Wonder of Nature' yang baru. Hallasan yang merupakan gunung tertinggi di Jeju terletak di tengah-tengah pulau merupakan gunung berapi yang tidak aktif. Untuk ke Jeju, boleh menaiki feri atau kapal terbang.

Sarapan pagi sangat simple. Kami beli je nasi kepal kat Family Mart. Beli yang veggie atau tuna based je. Atau pun beli nasi segera dan makan dengan lauk dalam tin yang dibawa dari Malaysia. Rancangan hari ni jalan-jalan naik teksi. Mahal sikit, tapi cepat la. Senang nak bergerak. Kebetulan teksi tu saudara mara owner backpackers yang kami duduk. Dapat la murah sikit (100k untuk sehari. 1000 =RM3). Dalam pukul 8.30am kami bergerak ke destinasi pertama Seongeup Folk Village. Seongeup Folk Village merupakan perkampungan tradisional masyarakat Korea. Masa zaman Dinasti Joseon, kawasan ni merupakan pusat pentadbiran. Kat sini boleh tengok rumah-rumah Korea yang tradisional. Bayaran masuk, percuma. Ada sesetengah rumah dijadikan challet untuk memberi peluang kepada pelancong merasa duduk dalam rumah tradisional korea.

Pintu masuk Seongeup Folk Village


Rumah Tradisional Korea untuk orang kebanyakan

Rumah golongan bangsawan
Seongeup Folk Village 

Destinasi seterusnya, Trick Art Museum. Bayaran masuk 8000. Dalam 15 minit je perjalanan dari Seongeup Folk Village. Trick Art Museum ni ada beberapa buah kat Korea dan salah satu nya di Pulau Jeju. Kat sini dia tunjukkan hasil seni yang kebanyakannya lukisan 2D dan 3D dan dalam masa yang sama di masukkan element illusi optik. Dari sudut yang berbeza, gambar akan nampak seperti 3D dan  yang seronoknya, kita boleh masuk sekali dalam lukisan tu. Maksudnya, bila bergambar, kita jadi satu dengan lukisan. So bergambar sakan la kami dalam sini since boleh bawa masuk kamera tanpa bayaran tambahan.

Add caption

Some of the trick art. ohsemmmm...

me upside down

Jalan atas titi 

Dari Trick Art Museum, kami meneruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong. Seongsan Ilchulbong yang juga dikenali sebagai 'sunrise peak' merupakan bukit terjadi akibat letusan gunung berapi dasar laut yang berlaku lebih 5000 tahun dahulu. Dengan ketinggian 180m, di puncak Seongsan Ilchulbong ni ada kawah seperti di Danau Toba Cuma di sini, kawah tu kosong je. Tak de air. Kawah ni berdiameter 200m dengan tinggi 90m. Di keliling kawah ni ada batu-batu tajam dan jika dilihat dari udara ia seperti mahkota. Nak sampai ke atas tu kene panjat tangga lebih kurang 30 minit la jugak. Biasanya pelancong akan naik pada awal pagi untuk melihat matahari terbit. Bayaran untuk masuk cuma 2000.

Monumen matahari terbit @ Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong from the air. Ihsan google

View from different angel

Pendakian yg agak mencabar

Puncak Seongsan Ilchulbong. Rumput je, mati-mati ingat ada air.



Lagi satu tarikan di sini adalah persembahan penyelam wanita jeju. Persembahan berlangsung dalam jam 1 petang setiap hari. Di Korea Selatan, penyelam wanita atau lebih dikenali dengan 'korean mermaid' boleh menyelam sedalam 20m tanpa peralatan menyelam untuk mencari hasil laut seperti abalone, landak laut, sotong kurita dan rumpai laut. Tradisinya pekerjaan ini hanya dilakukan oleh wanita sahaja namun begitu sekarang jumlahnya berkurangan kerana tiada yang mahu mewarisi dan penyelam sedia ada sudah berusia. Sebagai salah satu tarikan pelancong, mereka membuat persembahan atau demo untuk memperkenalkan kepada dunia tentang kewujudan mereka.

Korean Mermaid

Korean Mermaid. Menyelam tanpa alatan khas. Tahan nafas je.

Korean mermaid in action

Berdekatan tempat ni ada restoran makanan halal. Jadi kami makan tengahari di sini je. Kalau dah kat Korea, makan kimchi la jawabnya. Kimchi biasanya akan dihidangkan awal dan boleh dijadikan pembuka selera dana dijadikan lauk. Kami makan sup ala-ala tomyam dengan pelbagai jenis makanan laut. Ini merupakan makanan korea pertama kami makan kat sini. Nasi Kepal masa sarapan tu tak kira la. Tekak boleh terima tanpa sebarang masalah memandangkan aku bukan jenis yang memilih sangat pasal makanan ni.

Kimchiiiiiii. Sedap dan boleh diterima tekak dan perut

Tomyam Seafood. Oyster tu hidup lagi ye masa dalam periuk.


Lepas Makan, kami ke destinasi ke-4, 'Manjanggul Cave'. Gua ini juga merupakan terowong lava yang paling sempurna terbentuk dan yang paling besar di dunia. Ia terjadi hasil laluan lava yang berulang-ulang sejak ribuan tahun dulu.  Hasilnya sebuah gua sepanjang 7.4 km. Tapi hanya 1 km sahaja yang dibuka untuk pengunjung. 'Manjanggul Cave' juga telah diiktiraf sebagai salah satu 'UNESCO World Herritage'. Terdapat pelbagai struktur menarik didalam gua ini seperti stalaktit, stalakmit dan yang paling menarik adalah 'stone turtle' yang bentuknya seperti Pulau Jeju. Suhu dalam gua ini agak sejuk dan sedikit berangi. Suhu 11 - 21 celcius bergantung kepada musim. Dalam gua ni sedikit berair dan licin tetapi kebanyakan tempat telah dibina laluan khas untuk memudahkan perjalanan. Ada sesetengah tempat dibina dengan jambatan. Terdapat juga lampu pelbagai warna untuk menambah lagi tarikan pelancung. Di hujung gua terdapat satu stalaktit setinggi 70cm. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit perjalanan masuk dan lagi 30 minit perjalanan keluar. Bayaran masuk 2000.

Manjanggul Lava Tube

Sejuk dan lembab. Dalam gua ni agak basah.

kat hujung sekali

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi. Sangumburi merupakan kawah gunung berapi dengan diameter 2 km. Jika dilihat dari udara, ia seperti  sebuah stadium. Uniknya kawah ini di tumbuhi dengan pelbagai flora dan fauna. Pemandangan waktu senja di sini sangat cantik. Bayaran masuk 3000.

@ Sangumburi Crater


Sangumburi Crater

Rusa gangsa


Senja di Sangumburi

Malam ke dua di Pulau Jeju, kami tak keluar. Makan makanan yang ada sahaja di hostel. Penat berjalan di hari pertama dan mengumpul tenaga untuk Olle keesokan harinya.

Hari ke 3, kami ber "OLLE". Apakejadahnya Olle ni. Bahasa mudahnya berjalan menikmati keindahan alam melalui lorong-lorong dan denai-denai. Bahasa susahnya, sila baca kat bawah.

"For the global traveler looking for a unique destination, the olle walking paths on Jeju Island are highly appealing. These are 200km of connecting paths that will take travelers all along the south coast of Jeju Island. The Jeju Olle, which were inspired by the famous Pilgrim’s Trail in Spain, was made from the hidden, forgotten routes of Jeju Island, which cars cannot access.The route will take you to forests, mountains, beaches, and remote places and offer unrivalled views over Jeju’s unique, dramatic, volcanic landscape.

In the local Jeju dialect “Olle” was originally used to refer to the narrow path between the street and one’s doorstep. In the past, the word was quite commonly used, as children would often say, “let’s meet at the olle”. However, later this word came to be used more widely across Korea and the word came to mean the series of coastal walking paths in Jeju Island. The olle walking paths of Jeju start at the east point of the island and wind their way along the coast all the way to the island’s southwest point. The charms of the olle walking paths are their proximity to nature and the picturesque combination of the blue ocean, dark green forests, and the charming local villages."

Olle kat Jeju ni ada banyak 'route'. kalau tak silap 13 route kot. Kami amik keputusan untuk ikut 'Route 6 : Seosokkak to Oedalgae Rock'. Ada la dalam 14 km. Rancangan awalnya, ikut route ni sampai separuh jalan je, pastu balik ke hostel. Tapi bila dah sampai tempat tunggu bas, ada la seorang pelancong ni bagitau pemandangan kat depan lagi cantik. Jadinya kami meneruskan la perjalanan. Total distance ada la dekat 10 km kami jalan. Memang sakit kaki la memandangkan aku tak pakai kasut yang sesuai. Peringatan untuk diri sendiri dan sesapa yang baca blog ni (ada ke?) sila pakai kasut yang paling selesa kalau nak jalan ke Korea. Lagi pasal Olle, boleh jenguk sini Olle Korea

Kiri-Logo Olle, Kanan-Riben sebagai penunjuk jalan

Starting point Route 6

Halfway of Route 6. Tunggu bas sebelum tukar fikiran

Sojeongbang Waterfall. Satu-satunya air terjun yang terus ke laut. Nak turun bawah kene bayar, so kami amik gambar dari jauh je.

@ Jeju World Cup Stadium lepas late lunch

Malam terakhir di Jeju, kami ronda-ronda area hostel kami. Berdekatan dengan hostel (tak de la dekat sangat sebenarnya) ada air terjun dan jeram. Yang istimewanya, pemandangan taman ni pada sebelah malam lagi cantik sebab dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna warni. Dah puas jalan, balik bilik, packing barang dan tidur. Flight kami dari Jeju ke Gimpo awal pagi. Nak di jadikan cerita, kawan kitaorang silap tengok masa. Makanya terkejar2 kami nak ke airport. Asalnya nak naik bas, tapi sebab dah lambat, kami naik teksi. Lari sikit la budget, tapi nak buat camne, daripada kene beli tiket flight baru, baik naik teksi je. Memandangkan kawan kami pandai berbahasa korea, dapat la kami naik 5 orang dalam satu teksi dan kami sampai just on time sebelum boarding. Huhuhuhu... Memang rasa macam tengan ber'Amazing Race' je.

Cheonjiyeon Waterfall.

Saeyeon Bridge



13 comments:

~Beb~ said...

PUAS H A T I!!!

Gil Ra Im said...

timekaseh sbb update!! hehe. banyak jugak korang jalan masa Day 2 tu ekk.. btw.. kat mana restoran halal yg dekat dgn seongsan illchubong tu? haishh.. xtau la plak ada restoran halal.. T___T

ceklala said...

aritu sempat gi seoul je xsempat gi jeju...mcm best! bole masuk next plan nih hihi

..blindart.. said...

Beb-sangat... kalau ikut hati, tak nak balik... huhuhu

GRM-tak igt... huhuhu... pakcik teksi yg bawa. tapi dekat je, tak sampai 5 minit pun... tu pun tak habis jalan...

ceklala-sila2... banyak tempat tak sempat nak pi sebenarnya...

An said...

Salam..

srnk baca ur blog..jmp ur blog masa search abt jeju.anyway bole tak nk dpt kan contact utk taxi driver tue..TQ.

miss scofield said...

bestnye jalan2 kat korea!

jumpe running man x???!!!

Zie Noorzail said...

Terbaekkkk, Bro!

~uG0giRL~ said...

salam,

sye nak p jeju april ni. Nak sewa teksi keliling jeju. ada contact x utk teksi yg 100k won tu? mcm paling murah je. selalunya 120k -150k won. terima kasih ya

..blindart.. said...

@an, @~uG0giRL~-actually kami pun kene 120k won. tapi kawan kami pandai cakap korea, dia minta diskaun ngan uncle teksi tu
@Zie Noorzail-tq2
@miss scofield-x jumpa la. derang run tempat lain... huhuhu..

Norharyani Sanusi said...

Salam Kenal...
Wah best dah smpi ke Jeju!Jelesnya...;-)

In shaa Allah ada masa yg sesuai mmg nak ke Pulau Jeju + Busan sekali.

kta orang akan ambik info dr blog ni.
tqvm

Norharyani Sanusi said...

Salam Kenal...

teringin jgk nak ke Pulau Jeju.In shaa Allah musim luruh thn ni klu ada kelapangan...;-)

naza wakiran said...

Norgaryani-salam kenal. No problem. actually banyak lagi tempat boleh pergi. kami pergi yang belah selatan ngan timur je. tak sempat nak cover the whole jeju.

Mazura Yuslaili said...

boleh x bg emel p.taxi yg korg dpt 100k won tu..please..mazurayuslaili@yahoo.com