15 November 2012

Cuti-cuti Korea : KL - Incheon - Jeju

our route : Incheon - Jeju - Seoul - Busan - Gyeongju -Seoul

Salam...

Kali ni nak story pasal perjalanan ke Korea pulak. Seperti biasa, tiket dibeli masa promo AA setahun yang lalu. Kami dapat dalam RM700 plus2. Thanks AA, now everyone can fly. Iklan jap. Huhuhu...

Untuk trip kali ni, kami pergi berlima. Style backpackers. Aku, Lat, Ku  & Oyeen dari KL. Salin (tour guide merangkap perancang segala2) dah tunggu kat Pulau Jeju. Dia pi awal seminggu sebab bawa kawan dia dulu. Lepas kawan dia balik, baru sambung jalan dengan kami.

Sampai LCCT agak lewat sikit. Tapi tak de la lewat sangat. Lepas check in terus masuk boarding. Tak sempat nak sarapan. Padahal dah preorder Nasi Lemak Pak Nasir. Huhuhu. Tepat kul 9 flight berlepas. Perjalanan mengambil masa 6 jam 30 minit. Lupa nak bagi tau, nak ke Korea ni tak perlu buat visa. Cukup ngan passport. yang penting tak kene black list sebab tak bayar PTPTPu

Tiba di Incheon International Airport jam 4.30 petang waktu tempatan. Masa kat Korea ni sejam lebih awal dari di Malaysia. Sesampai je kami terus cepat2 untuk check out sebab nak kejar flight dari Gimpo ke Jeju pulak. Takut tak sempat sebab Salin bagitau untuk urusan kat imigresen dan kastam akan ambil masa. Flight ke Jeju ni kene naik dari Airport Gimpo, lebih kurang 30 minit naik train.

Alhamdulillah, Urusan kat imigresen dan kastam amik masa dalam lebih kurang sejam je. Banyak flight sampai serentak. Nasib baik AA antara yang terawal sampai. Tapi kena jalan jauhhhhhhh baru la sampai ke imigresen check out. Dari departure hall kami kene ke Airport Railway pula. Kalau tak de direction dari Salin, rasanya amik masa la juga. Direction bergambar yg di whatsapp memang banyak membantu. Tapi rasanya kalau tengok signage pun boleh jumpa gak. Tiket train dari Incheon ke Gimpo cuma 4000. Boleh beli kat kaunter atau machine. Kalau nak senang beli je kat kaunter.


Di Incheon International Airport

Kami sampai ke Gimpo agak awal. Terus ke kaunter Eastar Jet untuk chek in beg. EJ ni macam AA la jugak. Syarikat penerbangan tambang murah. Tiket ke Jeju Salin dah belikan awal2. Pi je kaunter, tunjuk iterinary dan pasport je. Flight boarding pukul 7.55 malam. Sementara tunggu boarding tu, posing2 dulu la kat airport. Perjalanan ke Jeju amik masa dalam sejam. Sampai kat Jeju dalam pukul 9.15 malam. Salin dah tunggu kat balai ketibaan. Terus kami naik bas untuk ke bacpackers. Naik bas dalam sejam la juga.

@ Gimpo Airport

Di Jeju kami menginap di Jeju Hiking Inn untuk 3 hari 3 malam. Harga untuk dalam 54k. Bilik dia tak de la besar mana. Takde katil, cuma ada tilam yg boleh tipat/gulung sebab kami ambil yg paling murah. Percutian budget la katakan. Ok la la setakat nak lelapkan mata, bukan nak honeymoon pun. Dalam bilik ada toilet yg ber'bath tub', tv (yg kebanyakannya berbahasa korea), kipas, air cond, mini fridge & heather. Yang paling penting ada 'free wifi'. Backpackers ni pun ada dapur, bilik komputer, free laundry (letak je kat washing machine, malam dah siap berlipat kat lobi). Owner dia pun fasih berbahasa Inggeris. So tak de masalah komunikasi. Kalau setakat nak minta tolong carikan teksi, takde masalah. Kami tiba dah lewat malam. Lepas makan maggi dan roti bersama serunding, minum milo 3 in 1dan mandi kami terus tidur. Penat naik turun flight. Sekian laporan hari pertama.

Senyum gembira dah sampai Jeju

Bilik ala orang Korea dulu-dulu

LCD tv, mini fridge dan meja comel. Sangat basic

Jeju Hiking Inn, Jeju Island

Jeju Hiking Inn roof top.

dapur



23 comments:

Anonymous said...

thanks for this entry. more on your korea trip please. thanks

atengbest said...

otw, banyak sangat gambar nak pilih.. :)

Tyra❤️Zami said...

salam..
sy dlm plan nak g springtime next year.. dlm bulan April.. nak budget jugak ni.. hehehe... kononnye nak gamble je travel sendiri ngn husband.. x nak ikut agncy or etc. selain naik flight ke Gimpo utk ke Pulau Jeju, ada x alternatif lain? naik train ke... bus ke... boleh share tips?

atengbest said...

kapal laut ada kot. tapi tak pasti. sebab naik flight pun amik masa sejam lbh. dah macam KL-Kuching. cer tengok blog http://budgettravel2korea.blogspot.com/ Malaysian yg dah lama duk sana dan ada gak bawa malaysian utk jalan. ok je kalau nak pi sendiri, tapi kene banyak study la. good luck...

Tyra❤️Zami said...

bugdettravel tu dah survey, min diorang nak 4 org... ni tgh gigih study le ni...
*bkn main excited nak g. setahun wat preparation*

atengbest said...

Oooo... memang dia tak nak amik 2 orang ke? cuba la pujuk2. last time masa pi sana ada terserempak ngan dia. rasanya masatu dia bawa 2 orang je. Tapi rujuk je blog dia. agak detail jugak la. Naik train mana, tukar kat mana, keluar pintu mana, harga tiket nak masuk, mana nak makan. rasanya kalau setakat pusing seoul & jeju boleh pi sendiri. untuk train pun ada apps.

Tyra❤️Zami said...

ok.... mekasih ye!

Anonymous said...

Tyra .. nak p jeju kena by flight or by ferry je .. x dak jambatan lagi nak ke pulau tu ..

flight blh ambil samada dari seoul atau busan
ferry dari busan 11 jam .. tido dlm ferry le

Anonymous said...

salam nak tanya..kalo jalan2 kat jeju..transport macam mana for d backpackers..cukup tak 2 hari???

atengbest said...

utk cover seluruh Pulau Jeju utk 2 hari mmg tak cukup la. Tapi boleh la cover tempat2 yang wajib pergi. kat sana boleh naik bas, tapi leceh. So sama ada sewa kereta atau charter teksi.

Tyra❤️Zami said...

Ano: Mak ai.. Ferry dr busan 11 jam? Tapi dari seoul 4 jam kan? Betul x? Ke sy yg silap...?

anne said...

Salam,

Interested dgn tmpt awak pergi kt jeju..Kitorg pergi May ni..
blh share mcmmana nk contact ajusshi taxi utk bw trip by day..

my email: nurul2303@gmail.com

Thanks a lot.

atengbest said...

anne-hari tu guest house tempat kami duduk yang tolong carikan taxi. nanti saya try tanya geng lain kalau2 derang ada contact no.

Anonymous said...

boleh saya tau, encik naza pi korea nie brape hb n bulan brape ek? sy nak pergi korea 13hb sept nie..agak2 dah view musim luruh tak masa tu? harap sgt nak tengok daun wane kuning, coklat n merah...hehe

Anonymous said...

Sy pun dgn bakal isteri pegi bulan april...sbb nk tgk sakura..hehe...kami pin gamble wat sndr2...copy paste travel agent punye ittenary...tiket jeju gune korean air..bli sndr

Anonymous said...

Jeju adalah 3x lebih besar dr singapura...kalo pegi 2 hari mmg x cukup utk kesemua tmpt..teksi mahal siot...1hari rm300...mmg kalo pandai mengkaji n buat ittenary sndr..boleh jimat dan lagi murah dr amik pakej travel agent

Aznie Ruslan said...

Lau dpt bg tau no bas dr epot ke hiking inn pun bagus gak..huhuhu.lau igt laaa.akk cdng pun nk gamble gak hujung thn ni.nk g sndiri. :-)

atengbest said...

Aznie-kami pun tanya kat information counter kat airport tu. Signage pun reliable. So tak perlu risau. Dlm bas pun cam dlm lrt, ada indicator dah sampai stesyen mana. Good luck...

monic said...

untuk kamar 54000 won itu harga 1 kamar atau per orang?

atengbest said...

monic-per kamar

Unknown said...

Hai nk tnya,kalo flight smpi incheon pkul 3.20 ptg n consider pjul 4.20 ptg la kan..agak2 smpt x kalo sy amik flight ke jeju pkul 6.40 ptg?urusan immigration n pjlanan ke airport gimpo lama sgt x?

Unknown said...

Brpa lama korg amik masa dri airport incheon ke gimpo?n transport apa korg pakai?sori byk soklan plk

Ibnushukran said...

Assalam, boleh whatsapp tak, sy nk tnya banyak pasal pulan jeju, teringin nk g sana tp xtau cost perjalanan. Klu tak keberatan, 0133247929