25 January 2012

Wordless Wednesday : Local Fruits

Assalamualaikum...

Buah Pulasan dan Rambutan

20 January 2012

It's My Birthday

Assalamualaikum...


Happy Birtday to me. Tahun ni dah masuk 3 series. Tu je nak cakap. Okbai

19 January 2012

Anak Bulus Baru

Mya n Mell Jr
Assalamualaikum...

Hari Selasa lepas, Mya selamat melahirkan 7 ekor baby bulus. Dia mula beranak dalam pukul 10pm. Petang tu, balik dari kerja aku tidur. Sedar dalam pukul 9pm, aku keluar bilik. Si Mya ni duk sibuk ke hulu, ke hilir sambil mengiau-ngiau. Aku rasa dah sampai masa dah Mya nak beranak. So, aku masukkan dia dalam kotak yang memang dah sediakan lama dah. Memula tu dia tak nak duduk dalam kotak tu. So terpaksa la tunggu kat luar kotak sambil belai-belai dia sampai la keluar anak kucding pertama. Bila satu dah keluar, Mya stay dsalam kotak tu.


Beberapa jam selepas dilahirkan.

Sebelum masuk tidur, 4 ekor keluar. Semua putih-putih belaka. Aku ingat dah habis, jadinya tinggal la masuk tidur. Besok paginya bila aku tengok dalam kotak tu, ada 7 ekor. Wow... Banyaknya Mya beranak. Tapi malangnya seekor dah RIP masa tu. Belum keras lagi, tapi dah tak bergerak.  Mungkin Mya tak sempat nak jilat muka anak dia sebab penat sangat meneran. Sedih, tapi tak pe ada lagi 6 ekor. Banyak tu.

Malam semalam aku perasan ada seekor lagi yang nampak cam tak bape nak kuat. Cuba gak suakan kat puting Mya, tapi tak de respon. Petang tadi balik dah RIP juga. :( Hopefully yang baki ni hidup la semua. Dah ramai yang tempah. huhuhu... Kali ni nampak cam teruk sikit Mya beranak. Rasenya lebih 10 jam gak kot. Habis bulu-bulu dia yg putih melepak tu jadi warna lain.


Dah bersih dijilat...

Nota Kaki
1.  Terpaksa bawa Mell balik kampung lagi. Biar duk kampung lama sikit.
2.  Harap-harap semua hidup dengan sihat.
3.  Mya dah start bawa lari anak dia, sorok bawah cage. Sian anak2 bulus kesejukan sebab tak de lapik.

09 January 2012

Fibox

Assalamualaikum

Apa tu Fibox? Fibox ni adalah shoutbox tempat pembaca blog tinggalkan jejak atau komen. Ada sesetengah pembaca yang lebih suka tinggalkan komen kat sini berbanding kat entri yang kita buat. Sebelum ni aku guna shoutmix. Memandangkan Shout mix dah kene bayar, so alternatif lain adalah Fibox.

Camne nak dapatkannya? Senang je.

1. Pergi kat laman web dia, www.fibox.ws/


2. Pastu daftar kat situ. Fibox akan hantar ke e-mail kita.


3. Pergi pada e-mail korang, klik pada link yang dia bagi.
4. Masukkan e-mail dan pasword korang, klik 'continue'
5. Bagi nama 'shout box' korang, klik 'continue'.
6. Klik 'Settings'. Pastu korang bleh ubah 'shoutbox korang ikut citarasa memasing.


6. Dah puas hati, 'copy html code' dia dan 'paste' pada blog korang.


7. Fibox sedia untuk digunakan.

Selamat mencuba


04 January 2012

Review Teater Semerah Padi

Assalamualaikum...

Dua minggu lepas aku dan beberapa orang teman sempat menyaksikan teater Semerah Padi di Istana Budaya. Kami beli tiket yang agak murah, jadi dapat la tempat duduk yang tak berapa menarik. Nasib menyebelahi kami sebab penonton tak ramai hari tu. Jadi kami pindah tempat yang lebih menarik. Tak tau mana silapnya. Mungkin sebab promosi yang agak kurang atau barisan pelakonya yang kurang popular.

Persembahan yang sepatutnya bermula jam 8.30 malam dimulakan sedikit lewat kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi kami suspect VVIP sampai lambat. Tapi tak de la lambat mana pun. Sinopsis teater ni boleh baca kat sini. Untuk persembahan hari tersebut, watak Dara dilakonkan oleh 'understudy' Abby Nadzri bukannya Jue Aziz seperti yang aku nyatakan dalam entri lepas..

Persembahan dimulakan dengan lagu seperti dalam cerita asal. Semua pelakon menyanyikan secara 'live'. Cumanya latar muzik adalah menggunakan minus one, bukan 'live music'. Sedikit kecewa. Suara masing-masing ok2 je. Tak de la wow sangat. Dari segi penghayatan watak oleh pelakon-pelakon ni aku rasa watak Aduka lakonan Khir Rahman dan Borek lakonan Opie Zami yang paling menonjol. Alunan suara Khir menanyikan lagu serta melaungkan azan sangat merdu. Watak antagonis yang dibawa oleh Opie yang kita  tahu sebagai pelawak juga amat menjadi.  Watak Dara lakonan Abby Nadzri agak lemah. Namun begitu lontaran suara dia agak baik untuk teater. Lain-lain pelakon, biasa-biasa je.

Bagi aku adegan paling menarik adalah ketika Borek membelasah Dara. Sangat-sangat real ok. Borek memijak-mijak kepala dan badan Dara tanpa belas kasihan. Siap sepak-sepak tu. Memang tabik la kat Opie dan Abby. Aksi perang pulak bagi aku agak mengecewakan. Teater Melayu yang menampilkan cerita melayu klasik, tetapi pencak silat yang ditunjukkan oleh para pelakonnya kurang meyakinkan aku. Sangat nampak tak real. 

Props yang digunakan tak segah teater-teater sebelum ni. Seperti lain-lain teater, props digunakan dengan baik. Perubahan dari satu babak ke satu babak agak kemas. Cumanya bunyi roda pada props ketika props dibawa keluar masuk agak mengganggu. Mungkin kami duduk dekat dengan pentas, jadinya aku dengar dengan jelas. Props paling wow bagi aku ialah gua. Produksi menggunakan kanvas yang dicetak dengan gambar batu gua dan digantungkan membentuk gua. Setiap perubahan props akan diselangi dengan babak di depan pentas ataupun aksi-aksi 'NAFSU' yang digambarkan dengan makhluk-makhluk pelik. 'Nafsu-nafsu' ini melakukan aksi-aksi seram dan akrobatik manakala ketua 'NAFSU' akan menyuarakan apa yang terpendam dalam hati/perasaan pelakon. 

Teater Semerah Padi juga ada menggunakan efek cahaya dan projektor. Semasa adegan kebakaran di kampung, mereka memancarkan gambar api di props dan ia kelihatan seperti terbakar. 

Secara keseluruhannya, teater Semerah Padi ni biasa-biasa je. Sebelum ni pernah juga menonton teater yang diadaptasi dari cerita klasik iaitu Seri Mersing. Bagi aku, Teater Seri Mersing lagi best.

Salah satu babak dalam Teater Semerah Padi. Ehsan dari Sinar Harian...

Nota Kaki
1. Kali ni tak de gambar. Lepas kerja terus pi Istana Budaya, malas nak bawa kamera pi kerja.
2. Terima Kasih pada kawan-kawan yang join.