23 January 2013

Seoul : Gwanghwamun Square & Gyeongbokgung (Palace)

Assalamualaikum

Korea Tourism Organisation. Banyak bleh dapat info pasal Korea kat sini. nak solat pun ada surau.

Lepas solat kat KTO, kami terus ke Gwanghwamun Square dan Gyeongbokgung. Dekat je dari KTO, dalam 10 minit perjalanan. Gwanghwamun Square terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seoul.  Dataran ini menghubungkan Gwanghwamun  Gate (pintu masuk Gyeongbokgung) dengan Cheonggye Square.
Cheonggye Plaza

Di sini terletaknya patung King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangeul (tulisan Korea). Sebelum kewujudan Hangeol, orang Korea menggunakan tulisan China. Dengan kebijaksanaan beliau, wujudla tulisan Hangeul yang mudah digunakan oleh orang ramai. Nak tau lagi pasal beliau, sila klik sini.

Monumen King Sejong

Cerita sebalik  Gwanghwamun Square

Huruf Hangul ciptaan King Sejong

Dekat dataran ni pun ada satu lagi monumen iaitu monumen Admiral Yi Sun-Shin. Yi Sun-Shin merupakan seorang Komander Tentera Laut yang bertanggungjawab mengetuai peperangan menentang Jepun. Inovasi beliau menggunakan kapal yg diilhamkan dari kura-kura berjaya menewaskan tentera Jepun. Dekat dataran ni juga ada air pancut. Biasanya waktu summer ramai la bebudak akan main air kat tempat ni.

Monumen Admiral Yi Sun-Shin

Air Pancut at Gwanghwamun Square

Melompat di Seoul

Pintu gerbang Gyeongbokgung
Kat Gyeongbokgung ada pengawal-pengawal berpakaian tentera korea zaman dulu-dulu. Mereka ni duk berkawal kat pintu masuk istana. So boleh la kalau nak bergambar sakan. Derang ni ada tukar shift. Kalau tak silap 2 kali sehari. Satu kul 11 am, satu lagi kul 3 pm. So kalau nak tengok 'Changing Guard Ceremony' ni, kene la budget masa betul-betul. Ceremony dia ni sama macam dulu-dulu punya ceremony. Agak menarik la jugak. Kami sampai just nice sebelum majlis bermula. Berlari-lari la jugak nak berebut spot menarik. Huhuhuhu. Acara dia dalam 15-20 minit jugak la. Lepas tengok dan bergambar ngan guard yang tinggi-tinggi ni, kami memulakan explorasi ke Gyeongbokgung. Bayaran nak masuk ni cuma 3,000. Since Salin dah pernah masuk sebelum ni, so kami je masuk. Jumpa balik kul 5 dekat The National Folk Museum of Korea. Museum ni dekat ngan pintu belakang Gyeongbokgung. 

Changing Guard Ceremony at Gyeongbokgung

Muka guard dia semua sepesen je. 

Changing Guard Ceremony at Gyeongbokgung
dengan abg pengawal yg tak reti senyum.

Gyeongbokgung ni sangat besar ye. So sebelum nak masuk, pastikan amik booklet pasal istana ni kat pintu masuk. So tak de la jalan tanpa arah tujuan. At least tahu kita kat mana dan apa yang ada depan kita. Penat kaki berjalan. Ada la sejam lebih. Pastu sambung pulak dalam museum. Dalam kul 5 pm, kami beransur dan menuju ke destinasi seterusnya.

Inside Gyeongbokgung. Dataran luas sebelum masuk istana

Inside Gyeongbokgung

Inside Gyeongbokgung

Inside Gyeongbokgung

Inside Gyeongbokgung

Inside Gyeongbokgung

Tempat simpan kimchi
Inside Gyeongbokgung

The National Folk Museum of Korea

The National Folk Museum of Korea
Pelancung berjalan pakai pakaian tradisional korea aka Hanbok


To be continue...

No comments: