10 January 2013

Seoul : Hanouk Village

Assalamualaikum...
@ Hanok Village


Dah masuk tahun baru, tapi cerita Korea tak habis-habis lagi. Huhuhuhu... Maaf la ya, sangat malas nak menulis dan mengedit gambar. Rasanya masih belum lewat untuk ucapkan Selamat Datang 2013.

Ok, sambung cerita. Hari ke-5 di Korea dan ke-2 di Seoul kami berjalan banyak tempat jugak la. Masa tu orang kat Malaysia sibuk wat program 1000 langkah (warga KKM), kami buat beribu-ribu langkah kat Seoul. Seawal pagi, kami dah keluar. Singgah 7 Eleven dulu untuk breakfast seperti biasa, sebelum meneruskan penjelajahan kami. Plannya hari ni kami ke Bukchon Hanok Village, Gwanghwamun Square, Gyeongbok Palace dan sebelah malam tengok Nanta : Musical Theater. 

Bukchon Hanok Village merupakan sebuah kawasan diantara dua istana (Gyeongbokgung dan Changdeokgung). Dulu, kawasan ini menempatkan keluarga diraja, pembesar-pembesar istana dan orang-orang ternama. Sekarang ia dipenuhi dengan rumah-rumah tradisional Korea. Terdapat hampir 900 rumah lama yang masih diduduki. Ada sesetengah rumah dijadikan museum dan bengkel kraftangan. Kalau nak rasa cara hidup orang Korea pun boleh. Ada sesetengah rumah provide servis ni. Fee untuk Hanok Village ni percuma. Tiada sebarang bayaran. Tapi nak masuk museum atau bengkel kraftangan ni ada dikenakan bayaran. Harga dia berbeza-beza ikut tempat.

Perkara pertama perlu buat bila sampai sini, mestilah ambil gambar. Huhuhuh... Itu perkara wajib, tak sampai lagvi pun dah banyak gambar aku tangkap. First thing first kene dapatkan peta Hanok Village ni. Senang nak bergerak dan tau tempat yang kita tuju. Kalau sesat pun tak de masalah. Kat sini ramai tourist guide dan kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris. Lepas dapatkan peta, bermula la penjelajahan kami. Di sini ada 8 tempat/photo spot yang wajib pergi. So misi hari ni, amik gambar di kesemua 8 Pemandangan Bukchon.

Tourist Guide berbaju merah ada dimana-mana. Dapatkan peta dari derang. tanya jalan pun boleh.


Photo Spot untuk '8 view of Bukchon'

Kalau nak pergi sini, elakkan pergi masa hujung minggu dan hari cuti. Orang ramai, sebab orang Korea pun suka jalan-jalan. Lagi satu, pergi awal pagi. So bleh ambil gambar tanpa gangguan. Hampir setengahari juga la kami explore Hanok Village ni. Semua photo spot kami berjaya pergi. Sempat jugak masuk salah satu workshop buat kraftangan, Gahoe Folk Village. Dapat la merehatkan kaki sekejap sambil belajar kraftangan Korea.

Photo Spot 4 : The Hill, No. 31, Gahoe-dong. 

Photo Spot 5 : Downhill Alley, Gahoe-dong

Photo Spot 6 : Uphill Alley, Gahoe-Dong

Binaan tradisional 

quiet please

Photo Spot 7 : Gahoe-dong

Salah satu tempat yang dijadikan museum

Photo Spot 8 : Stone stair alley, Samcheong-dong

Maksud tulisan hangeol = Clear sky road

Add caption

Rumah burung

Photo Spot 3 : The picturesque neighbourhood of No. 11 Gahoe-dong

Folk Painting workshop

Blok untuk buat hiasan tradisional

Ajuma yg ajar buat kraft

Khusyuk main chop2. Buat souvirnir sendiri

kami dengan hasil kerja yg cun melecun

Add caption

Another tradisional building yg cantik


Photo Spot 2 : Arts & crafts street, Wanseo-dong 

Patung burung atas kayu

photo spot terakhir. Aku dah sakit2 kaki sebab pakai selipar. Padan muka

Photo Spot 1 : Panoramic view of Changdeokgung

Royal Palace of Changdeokgung

Dah habis jelajah Hanok Village, kami makan tengahari kat restoren berdekatan. Tak ingat nama dia. Lepas lunch kami ke Korean Tourist Organisation Centre untuk solat sebelum sambung jalan.

Makanan tengahhari kami, Bibimbap with kimchi 

Bangunan KTO. Tumpang solat dan online. Ada free wifi 

3 comments:

Dede Ruslan said...

bestnya korea ni..

23 said...

nice photo! pakai camera apa ni eh? hehe

..blindart.. said...

Dede-memang best... akan ada 2nd trip... :)

23-TQ, Nikon D7000