20 March 2013

Seoul : Hangbok & NANTA Theater

Assalamualaikum...

Add caption

Sambung balik cerita. Dari Gyeongbokgung, kami ke Myeongdong. Ada appoinment pukul 6 kat Seoul Global Culture & Tourism Centre. Nak pakai hangbok. kat sini tak perlu nak sewa. Tapi kene booking dulu awal-awal. Mereka bagi satu jam untuk bersiap dan bergambar. Kat tempat-tempat lain pun ada gak. Ada yang kene sewa, ada yang FOC. So gugel je la nak cari mana tempat nak pakai hangbok.

Seoul Global Culture & Tourism Centre, Myeongdong
me in hangbok

saranghae

maharaja dan kuncu2nya


Dah puas bergambar, kami terus ke Myeongdong Nanta Theater. Nak tengok teater korea. Mesti korang pikir, gila ke hapa nak tengok teater kat Korea. Boleh faham ke? Bukan ada substitle. Ha, silap sebenarnya. Teater ni memang tak de substitle tapi korang sure boleh faham. Nanta merupakan non-verbal teater yang menggabungkan masakan, muzik tradisional dan seni mempertahankan diri. Derang guna simple word dalam korea dan english. Tu pun sangat minima. Basicly, tengok gerak badan dan lakonan, kita boleh faham cerita yang disampaikan. Nanta ni sangat glamer kat Korea dan kalau tak silap ada 3 lokasi teater ni dipersembahkan. Setiap hari ada show dan mereka ada banyak team pelakon untuk buat show. Kalau tak silap ada 10 team of 5 people.

Seacar ringkasnya, Nanta berlatar belakangkan sebuah katering yang terdiri dari seorang bos dan 3 orang pekerjanya. Anak buah bos yang baru habis belajar, mula bekerja di katering tersebut. Kehadirannya kurang disenangi oleh pekerja yang lain, terutamanya ketua chef. Tugasan mereka pada hari itu adalah untuk menyediakan makanan untuk satu majlis yang akan diadakan pada sebelah malam. 3 orang pekerja termasuk anak buah chef bertungkus lumus untuk menyediakan hidangan. Pelbagai aksi terjadi sepanjang tempoh tersebut. Berjayakah mereka menyediakan makanan sebelum majlis bermula? Tu korang kene la tengok sendiri.

At NANTA photo both

Actors for today, RED team

Small and simple stage and props

Add caption
Bagi aku, teater ni memang best giler. Kitaorang memang gelak terbahak-bahak sepanjang show. Ni menunjukkan batapa kami faham jalan cerita dia. Dengan aksi-aksi yang menarik di tambah dengan  penglibatan penonton, memang tak rugi tengok. harga tiket dalam KRW 50000. Memang mahal, tapi untuk peminat teater, memang berbaloi-baloi. Habis teater, nak cari tempat makan tapi tak jumpa. Akhirnya kami balik bilik, makan maggi je.

Myeongdong waktu malam.


1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum,

saya nak bertanya berkenaan Nama restoran makanan laut yg akak makan di Busan tu. sbb saya pun akan ke Busan 15-17januari depan.