02 May 2013

Busan : Jagalchi Market, Taejongdae Park & Masjid Busan

Assalamualaikum...

Hari ke 7 & ke 8 kami ke Busan pulak. Dari Seoul ke Busan kami naik bas. FOC ok, sempena tahun melawat Korea. Tiket kene tempah online, pastu print out je tiket dia. Perjalanan dari Seoul ke Busan amik masa dalam 4 jam. Sepanjang jalan, aku tido je. huhuhuh..

Sampai di Busan, kami terus cari hotel. Banyak hotel budget kat area Busan ni. Kene explore sikit la. Kami pergi survey dua tiga hotel je. Lepas check in, rehat kejap, lepas tu kami cari tempat untuk makan tengah hari. Arah tuju kami, Jagalchi Market. Jagalchi Market ni merupakan pasar basah. Banyak hasil laut dijual kat sini sebab Busan ni terletak di tepi pantai. Banyak kedai menjual makanan laut. Uniknya Korea ni, kedai-kedai makan hanya jual beberapa jenis makanan. Kalau makanan laut tu, memang makanan laut je yang dijual. Tapi untuk orang yang was-was, cari je kedai halal, ada tapi susah nak jumpa.

Pasar basah Jagalchi
Fresh dari akuarium...
The King Crab
King crab masak stim. Sedap hingga menjilat jari.
Our big lunch. 
Untuk makan tengah hari, kami makan besar. Semua jenis makanan laut kami pilih. Memandangkan 'dong' kami masih berbaki banyak, kami tambah dengan seekor 'King Crab'. Sangat sedap woooo... Rugi tak beli 2 ekor. Dah kenyang, pusing pasar jap, pastu kami balik semula ke area hotel. Sebelum balik bilik, singgah pantai sekejap. Tak de apa pun sebab dah malam masa kami sampai.

Kat mana-mana ada mrt, bila la m'sia nak ada semua nih.
Pantai Busan
Pagi esoknya kami sambung jalan keTaejongdae Park. Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Terdapat sebuah ruma api di Taejongdae Park. Di bawah rumah api di resort ini adalah batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat. Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau, dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil 'Hujan Taejong' itu. 

Taejongdae Park
Trem @ Taejongdae Park
akhirnya dapat duduk dengan tenang
Di Taejongdae Park ni ada disediakan trem. Untuk yang tak berapa rajin nak jalan, boleh la naik trem ni. Ada 7 hentian di sepanjang jalan. Pengunjung boleh turun di setiap hentian dan tunggu trem berikutnya untuk meneruskan perjalanan.

Kami jalan halfway ke puncak. Trem penuh memanjang.
Taejongdae Park 
View @ Taejongdae Park
Tak igt apa nama patung ni
Ajumma2 ni selamba je jalan kaki panjat bukit
Dari Taejongdae Park, kami meneruskan misi mencari kedai makan yang menjual daging halal di. Dah seminggu tak makan daging atau ayam. Salin lagi kesian, sebulan tak makan daging. Kami pergi ke Masjid Busan. Biasanya kat kawasan masjid mesti ada kedai makan halal. Makan tengah hari kami di Cappodocia, Turkish Kebap House. Cappodocia ni betul-betul sebelah Masjid Busan. Kami order set yang ada nasi, ayam, daging dan kambing. Lengkap semua ada. Harga tak payah tanya la. Agak mahal, tapi berbaloi-baloi. Lepas makan, kami solat dan meneruskan perjalanan ke Gyeongju.

Cappodocia, Tirkish Kebab House, Busan
our first meat meal after 1 week

Masjid Busan


3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...nak tanya sikit..di jagalchi market...boleh ke kita just eat kat mana2 kedai yg masak seafood? Last question...apa nama kedai or restaurant yg you mkn seafood di jagalchi market tu.harap sangat boleh membantu. Tqvm -pn juridah

Anonymous said...

Salam, saya nak tanya, mcmmana ye nak pegi masjid busan from Taejongdae? Naik bas ke subway je?

Anonymous said...

Salam...
Sy nak tanya
Kalo Sy Dari airport busAn nak naik bas Ke seoul mcm mana ye??