Assalamualaikum...
Hari ke 7 & ke 8 kami ke Busan pulak. Dari Seoul ke Busan kami naik bas. FOC ok, sempena tahun melawat Korea. Tiket kene tempah online, pastu print out je tiket dia. Perjalanan dari Seoul ke Busan amik masa dalam 4 jam. Sepanjang jalan, aku tido je. huhuhuh..
Sampai di Busan, kami terus cari hotel. Banyak hotel budget kat area Busan ni. Kene explore sikit la. Kami pergi survey dua tiga hotel je. Lepas check in, rehat kejap, lepas tu kami cari tempat untuk makan tengah hari. Arah tuju kami, Jagalchi Market. Jagalchi Market ni merupakan pasar basah. Banyak hasil laut dijual kat sini sebab Busan ni terletak di tepi pantai. Banyak kedai menjual makanan laut. Uniknya Korea ni, kedai-kedai makan hanya jual beberapa jenis makanan. Kalau makanan laut tu, memang makanan laut je yang dijual. Tapi untuk orang yang was-was, cari je kedai halal, ada tapi susah nak jumpa.
|
Pasar basah Jagalchi |
|
Fresh dari akuarium... |
|
The King Crab |
|
King crab masak stim. Sedap hingga menjilat jari. |
|
Our big lunch. |
Untuk makan tengah hari, kami makan besar. Semua jenis makanan laut kami pilih. Memandangkan 'dong' kami masih berbaki banyak, kami tambah dengan seekor 'King Crab'. Sangat sedap woooo... Rugi tak beli 2 ekor. Dah kenyang, pusing pasar jap, pastu kami balik semula ke area hotel. Sebelum balik bilik, singgah pantai sekejap. Tak de apa pun sebab dah malam masa kami sampai.
|
Kat mana-mana ada mrt, bila la m'sia nak ada semua nih. |
|
Pantai Busan |
Pagi esoknya kami sambung jalan keTaejongdae Park. Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Terdapat sebuah ruma api di Taejongdae Park. Di bawah rumah api di resort ini adalah batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat. Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau, dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil 'Hujan Taejong' itu.
|
Taejongdae Park |
|
Trem @ Taejongdae Park |
|
akhirnya dapat duduk dengan tenang |
Di Taejongdae Park ni ada disediakan trem. Untuk yang tak berapa rajin nak jalan, boleh la naik trem ni. Ada 7 hentian di sepanjang jalan. Pengunjung boleh turun di setiap hentian dan tunggu trem berikutnya untuk meneruskan perjalanan.
|
Cappodocia, Tirkish Kebab House, Busan |
|
our first meat meal after 1 week |
|
Masjid Busan |
3 comments:
Assalamualaikum...nak tanya sikit..di jagalchi market...boleh ke kita just eat kat mana2 kedai yg masak seafood? Last question...apa nama kedai or restaurant yg you mkn seafood di jagalchi market tu.harap sangat boleh membantu. Tqvm -pn juridah
Salam, saya nak tanya, mcmmana ye nak pegi masjid busan from Taejongdae? Naik bas ke subway je?
Salam...
Sy nak tanya
Kalo Sy Dari airport busAn nak naik bas Ke seoul mcm mana ye??
Post a Comment