Lamanya dah tak update blog ni. Banyak mende yang nak dikongsi, tapi tak menyempat. Lagipun kat umah baru ni tak de berokban lagi. Tak dan nak masukkan strimik. Kat HKL pun derang dah blok blogspot. So memang tak bleh update mase waktu kerja. Update raya pun baru nak dibuat. Sedar tak sedar dah 22 hari raya dah. Tinggal 8 hari je aku nak menghabiskan baki puasa 6.
Tahun ni aku cuti raya lama gak la. Dalam seminggu lebih. Tahun ni semua beraya kat kampung. Abg ipar aku tak cuti lama, so derang tak balik Gombak. Cuma akak ipar aku je tak de, berpantang kat kgnya. Tapi tak jauh pun, dalam 30 minit je dr umah aku. Sehari sebelum raya, seperti biasa la, tugas2 dah siap2 di bagi2. Aku seperti biasa tukang cari janur (dalam bahasa jawa daun kelapa yg nak buat ketupat). Pastu tukang anyam ketupat. Semenjak abah tak de, aku la yg kene buat. Masa arwah abah ada pun, aku gak yg kene buat, tapi biasanya dia la yg akan tolong.
Pagi2 raya, lepas solat sunat aidilfitri kami pi ziarah kubur arwah abah, atuk2, mbah2(dalam bahasa jawa nenek), ngan abang. Kalu dulu2, pi umah mbah, pastu baru beraya sakan. Sebab semuanya dah tak de, kita p melawat 'rumah' dia la plak. Abang aku lepas beraya ngan keluarga mentua, join kami kat kubur. Dari kubur, terus je pi umah Pak Long belah arwah abah, pastu umah Pak Long belah emak. Habis dua rumah je dah masuk Zohor. Lepas solat Zohor, habiskan beraya umah pakcik2 ngan makcik2 aku. Kebanyakkan sedara mara aku duk satu kampung, so senang sikit. Raya pertama dah boleh cover semua.
Raya kedua duk umah je. Biasanya raya kedua ni adik2 mak yg duk jauh sket baru nak datang. So hari tu melayan tetamu sambil tgk tv, sambil main2 ngan anak2 kucin yg comel. Raya ke-3 plak aku ngan sepupu2 aku yg ramai pi beraya umah makcik aku kat Ayer Hitam.
Mase minggu raya ni jugak, sepupu aku bertunang. Aku dah ditugaskan utk jadi photographer. Hurm, ntah apa2 ntah gambar aku amik. Main belasah je la. Ye la, aku bukannya serius nak jadi wedding photographer. Tapi hasilnya, boleh la tahan. huhuhuhu... Malamnya plak, aku pi beraya kat umah kawan aku kat Kahang Timur. Pi satu rumah tapi, duk sampai kul 12 mlm. huhuhu.... Macam2 cerita keluar. Dari citer2 mase kat sekolah dulu, sampai la gosip2 terkini.
Aku naik keje hari Isnin. Kat opis tak buat pe pun. Menyiapkan kerja2 sebelum berpindah dan kemas2 meja. Sedih beb. huhuhuh... Tapi malam Selasa, pi beraya lagi. Ye la, raya kan sebulan. Kawan2 aku ramai gak yang duk JB, so member aku plan utk pi beraya umah derang sebelum aku tinggalkan JB. terharu beb.... Kali ni beza sket. Kami wat stail marhaban. Aku terkejut gak sebab derang tak bagi tau pape. Aku datang ngan rambut tercacak, ngan pakai t-shirt je. Apa2 je la labu... yang penting niat kita kan. huhuhuh... 5 umah je pergi. Start umah pertama pukul 8 pm, sampai umah last dalam kul 1 am. Penat makan dan penat berjalan. Akibatnya, semua masuk kje lambat. Termasuk la aku.... huhuhuhu...
Nota Kaki
1. Besok hari ke 8 aku keje kat HKL. Film Badge ngan TLD Ring (alat2 keselamatan utk org yg kerja ngan radiasi) tak dapat lagi. So hari2 just observed je la.
2. Hari jumaat lepas buat BBQ raya ngan kawan2 di KL. Best.... gambar2 tak dan lagi nak upload kat Facebook.
3. Dah tgk teater Gamat the Musical ngan citer Papadom. Akan review nnti....
No comments:
Post a Comment