05 July 2010

| Naik Belon |


Salam...

Entri kali ni di draft dalam penerbangan MH094 dari Kuala Lumpur menuju ke Los Angelas. Dari LA nnti akan pi ke Ohio pulak. Penulis bersama seorang rakan di hantar oleh KKM untuk berkursus di Ohio State University dari 6/7 hingga 31/7. Hampir sebulan juga la. Tapi kalu nak ikutkan kursus ni agak pendek jika dibandingkan dengan Nuclear Pharmicists yang penah pergi sebelum2 ni. Ada yng sampai 3 bulan. Tapi dpt pergi pon dah kira bertuah. Bukan semua orang dapat peluang camni.

Macam-macam masalah jd sebelum dapat gi US ni. Memula dengan lambat isi borang. Pastu permohonan visa member yg pi skali ada masalah. Derang hold appliction tu almost sebulan. Risau gk kalau kene pi sendiri. My english is not very good. Stkt cakap sket2 bleh la. Alhamdulillah 2 minggu sebelum tarikh berangkat, visa application dia diluluskan.

Sekarang ni cuaca tak bape baik. So kapal terbang ni sedikit bergegar. Tapi sempat gak nak blogging. Huhuhu... Flight dari KLIA tadi dalam kul 1515. Terima kasih untuk Shah sebab tolong hantar tadi. Oggy(kereta kesayangan aku) terpaksa letak kat umah Shah. Tak berani nak tinggal Oggy kat parking luar umah aku. Sebulan plak tu. Mell, Miki ngan Mika pun terpaksa hantar kat kg. Bercuti la sebulan diacing kat kampung tu. Jadi kucing kampung jap. Huhuhu....

Dari KL flight ni singgah sekejap kat Taiwan sebelum meneruskan perjalanan ke LA. KL ke Taiwan amik masa 6 jam. Pastu dari Taiwan ke LA plak amik masa 12 jam. Flight dijangka sampai LA dlm kul 1840, 3/7 hari sabtu. Kat LA akan transit sebelum pi Ohio. Dari LA ke Ohio plak amik masa dalam 5 jam. Sampai Ohio maybe dalam kul 5 pagi. So lebih kurang 24 jam jugak la duk dlm flight ni. Boleh kematu bon**t dibuatnya.

Lupa nak bgtau. Kitaorg dapat seat kat Bisnes Class. Memang luas giler. Makanan kat MAS memang mabeles. Berlepas dari KL je dh serve makan. Berlepas dari taiwan pon dia serve dinner plak. Perut ni memang penuh. (yeay germany menang!!!) Selain dari makan, penulis hbiskan mase tengok muvie. Tadi dah tgk Adnan Sempit. Pastu How to train your Pet Dragon (suka sangat toothless. Meingatkan kat Mell yg mmg sangat comel) Skang ni tgh tgk Chicago sambil mengarang entri ni.


Ok la. Nak concentrate tgk muvie. Pastu nak tdo. Flight msih lagi bergegar. Doakan selamat pergi, selamat di tempat orang dan selamat kembali ke tanah air tercinta...

Nota Kaki
1. Selamat sampai Ohio kul 6.30am (6.30pm waktu M'sia).
2. Masih jet lag lagi... so hari ni duk hotel jer...
3. Sok nak jalan2 tengok OSU...

8 comments:

thesweetlittlecat said...

rindu kt ko lah!!!! ngeheheh

ateng, ni list aku:

1.sila survey kan harga iphone yg lama tu n ipad boleh??? kalo ok, aku bank in kat acc ko supaya ko belikan..

2.sila belikan saya housing blackberry kaler pink.. housing tau bukan casing.. nak yg ala2 paris hilton pakai (melampau!)

3. then, aku nk kirim brg2 pompuan ni.. hehehehe.. nnti aku inform

Lady Qay said...

aku sgt jelesss okehhhhhhhhhhhh..anyway slmt berjalan jalan...ateng sila carikan snow globe ohio utk aku oke...yang kcik comel aja...hadiah bday yang tertunda...hahaha

xplorer said...

wah best pi LA naik business class. kalu naik eco lagi le kematu b****t , he he . enjoy your trip

Model In Action said...

nanti balik kl jgn lupa bawa souvenier utk housemate u k! hehe
jaga diri ateng....


edu

nadwah said...

WAH ATENG, DH Dapat pi latihan dalam perkhidmatan beb. kat OHIO plak tu. aku memang salut ngn hang. doakan aku dapat ke U.S gak. amin. smoga hang happy dann selamat selalu. jangan lupa, bawak la balik tissue ke, sudu ke garpu ke dari MAS tu, yg free je lah.sian plak kat ko. hahahah.nadwahonwi

Gil Ra Im said...

bestnya dapat jenjalan fri. hehe.
amek la gmbr banyak2 & update blog ni nanti yer. :)

Rozailin-Rahman said...

betuah nyaa badan...jeles gak nih...tappe, anti aku pilih conference kat US, nak gi gak..nak naik business class gak..perghh..best bestt..

atengbest said...

TQ semua... Namanya pon rezeki... tak sangka plak bleh dapat g kursus obersea ni...