27 June 2010

| Kembara Mahkota Johor |

Salam...

Kembara Mahkota Johor kembali lagi. Acara tahunan ini sering mendapat sambutan dari rakyat negeri Johor. Acara yang dimulakan sejak tahun 2001 ini sedikit sebanyak mendekatkan hubungan Istana dengan rakyat jelata.

Sedikit latarbelakang KMJ

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, raja atau sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, ada kalanya raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh. Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat. Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuan sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Kembara Mahkota Johor mempunyai beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (pedalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum. Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi.
Sumber :Laman web rasmi KMJ

Untuk edisi tahun ini, KMJ menggunakan keretapi yang dipandu sendiri oleh Baginda Sultan akan singgah di 10 stesyen keretapi dari Stesyen JB Central hingga ke Stesyen Gemas. Kembara ini bermula dari 26-28 Jun 2010. Ini merupakan kali kedua penulis dapat menghadiri KMJ. Tahun lepas ketika KMJ : Jelajah Pendalaman (klik sini utk baca), penulis bertugas di tapak pameran Kenali Ubat Anda, KKM. Tahun ini pula, penulis membawa ibu dan anak buah bersama. Pekan Rengam antara pekan bertuah kerana menjadi tempat persinggahan Baginda Sultan dan keluarga. Pekan yang biasanya sunyi menjadi meriah dengan pelbagai acara sempena KMJ tahun ini.

Ketibaan keretapi yang di pandu oleh Sultan Ibrahim pada jam 2.00 petang di sambut meriah oleh rakyat jelata. Seterusnya baginda mengadili pertandingan masakan dan turut serta dalam memasak Gulai Kawah untuk hidangan makan. Kemudian Baginda mengadili pertandingan tarik tali dan seterusnya upacara lelongan basikal yang pernah di naiki oleh Baginda. Selepas melawat ke tapak pameran dan santap hidangan tengahhari, Baginda Sultan dan rombongan meneruskan perjalanan ke Stesyen Kluang.

Kembara Mahkota Johor ini sering dinantikan oleh rakyat jelata. Yela, bukan selalu kita dapat bertemu dengan Baginda Sultan dan keluarga. Peluang yang ada digunakan sebaiknya. Secara tidak langsung, kawasan yang dilawati oleh KMJ mendapat sedikit pembangunan.

Sedikt gambar ketika Kembara Mahkota Johor 2010 di Rengam yang sempat dirakam.

menanti kehadiran rombongan KMJ


Keretapi yang di pandu oleh Baginda, Tanjung Kupang


Sultan Ibrahim mengadili pertandingan tarik tali


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail


Pameran Vespa

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar

Tunku Ismail beraksi

Kerabat di Raja Johor

6 comments:

Unknown said...

Abang Ateng! Nicely captured! Eeeee *pengsan.

atengbest said...

Hye-huhuhuh.... Tq2..

g_mulan said...

teringat zaman naik keretapi masa sekolah dulu kan?

atengbest said...

rozy-huhuhu.... klu ada mase kene wat satu entri pasal balik kg naik ketapi... tp yg paling aku x lpa, tggu ketapi kul 2 kat pekan bahau.... giler ah...

Cinda... said...

betul arr.. teringat nek ketapi balik ke Pilah.. TUnggu ketapi kol 11 kat stesen kluang ngan Rozie..

smpai kat bahau, terkedek2 lintas jalan.. hehehe

aku tak lupe aku penah jatuh terduduk dlam ketapi masa ketapi mule2 nak gerak.. malu betol..

atengbest said...

linda-huhuhuh... tu la pasal... cma jadual balik ke kluang je tak masuk sket... terpaksa naik bas bila balik kluang..