20 June 2010

| Kita The Musical |


Salam....

Hari Khamis yang lepas, penulis (nak jadi sopan sikit, tiru stail Reds) berpeluang menyaksikan satu persembahan teater muzikal di Istana Budaya. Itu pun kawan penulis ajak pada saat-saat akhir. Kami dapat tiket percuma sebab Cikgu Gamelan kami merupakan antara pemuzik yang mengiringi persembahan teater tersebut. Yang kami sangat tak sangka, dapat tiket VIP. Memula tu rase sangat bangga la. Tapi mase makan kat Cafe IB tu, ramai pulak yang pegang tiket VIP. Rupa-rupanya malam tersebut persembahan untuk jemputan sahaja. Tapi ada gak yang tak de tiket duk tunggu-tunggu kat luar. Kalau ada tempat kosong, baru la derang bleh masuk.

tiket vip tuh... huhuhuhu

Berbalik kepada teater 'Kita The Musical' ni. Teater ni cuba menangkat konsep 1 Malaysia yang di perkenalkan oleh PM. Teater ini menggunakan 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Tapi hampir 70% menggunakan Bahasa Inggeris.

Mengisahkan kehidupan 3 sekawan berlainan bangsa dan berlainan agama dan budaya iaitu Rahman (Hafiz AF 7), Cheong (Eric Lin Jian Hui) dan Ganesh (Michael Rao). Namun begitu mereka disatukan dengan satu persamaan iaitu MUZIK. Kisah yang berlatarkan tahun 1970 an, bermula apabila Rahman, Cheong dan Ganesh menyertai pasukan pancaragam sekolah mereka. Namun begitu, Ganesh yang merupakan anggota baru dibuli oleh anggota2 lama. Cheong dan Rahman membantu Ganesh dari dibuli. Dari situ bermulalah persahabatan mereka mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

Rahman merupakan anak seorang penghulu yang sangat patriotik. Namun begitu, ayahnya meninggal dunia pada malam sambutan kemerdekaan. Bapa Cheong pula seorang peniaga yang berasal dari China dan sangat ingin kembali ke negara kelahirannya. Namun Cheong yang dilahirkan di Malaysia merasakan, tanah tumpah darahnya adalah di sini dan tidak mahu mengikut ayahnya pulang. Ganesh pula tinggal bersama neneknya yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan wang untuk mengubati penyakitnya. Untuk membantu nenek Ganesh, mereka bertiga memasuki pertandingan nyanyian yang menawarkan sejumlah wang. Mereka menamakan kumpulan mereka 'KITA'. Setelah menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, akhirnya mereka berjaya ke peringkat akhir. Ingin tahu samaada mereka menang atau tidak, kene la tonton teater ' Kita The Musical ' yang bermula dari 17 hingga 27 Jun ini di Istana Budaya.

Pada pendapat penulis, jalan cerita teater ini sangat biasa. Tapi apa yang cuba ditonjolkan dalam teater ini, iaitu sikap bantu membantu dan tolak ansur dalam hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum ini berjaya disampaikan. Lirik-lirik lagu yang digunakan dalam teater ini juga agak kurang menarik berbanding teater muzikal yang pernah penulis tonton. Bait-bait lirik seperti dialog biasa yang cuba disampaikan dalam bentuk lagu. Namun begitu susunan muzik serta gerak tari yang dipersembahkan sangat menarik. Sistem bunyi di Istana Budaya juga semakin baik. Namun begitu, ada satu perkara yang menganggu penulis semasa menonton teater ini. Pergerakan props semasa petukaran babak kurang lancar. Ada ketikanya ia mengambil masa yang agak lama. Ini sedikit sebanyak menganggu tumpuan penonton.

Ketiga-tiga tunjang utama teater ini merupakan pelakon baru yang mempunyai bakat besar dalam seni teater. Namun begitu lakonan dan nyanyian mereka amat memberangsangkan. Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman seperti Dato' Jalaludin Hasan, Lim Cheng Hock, Sukania Vernugopal dan Norsiah Mohd Yatim yang berjaya menghidupkan teater ini.

Kepada yang ingin menonton teater ini, boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Istana Budaya atau secara online Axcess Ticket. Hopefully you all will enjoy the show....

No comments: