12 October 2010

| ان شاء الله by Maher Zain |


Salam....

Pernah dengar nama Maher Zain? Pernah dengar lagu-lagu dia? Sebenarnya dah lama dengar nama dia melalui fanpage Sami Yusof. Tapi mase tu tak amik port sangat pon pasal dia nih. Tapi bila member start download lagu dia, baru la rase sedap suara dia. Sebelum tu memang dah lama nak beli CD dia. Tapi disebabkan nak kumpul album Sami, so kiv dulu album dia.

Sedikit latar belakang Maher (yg aku amik dr En Wiki)

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

Lagu-lagu yang dibawa lebih kepada Islamik. Nak kata nasyid, x macam nasyid. Lebih kepada kontemporari. Suaranya yg ala-ala Kris Allen, lemak2 merdu memang sedap didengar. Kebanyakan lagu dalam album dia memang sedap didengar. Yang uniknya, dia bleh bawa dalam beberapa bahasa selain English dan Arab. Contohnya lagu InsyaAllah ni ada 4 versi.


Klik link kat bawah utk dengar dalam versi bahasa lain... Selamat Mendengar....






2 comments:

Lady Qay said...

aku load je dr 4shared.com then psg dkt mp3 modulator dlm, kete...tak perlu bli cd..save bajettt

atengbest said...

qay-bunyinye lain ye... CD sound lagi best... btw, lagu maher mmg best... kotemp yet soothing... Sami nyer CD pon semua aku ada... =p