Salam....
Jumaat lepas penulis sempat menyaksikan Konsert Klasikal di Istana Budaya. Konsert yang di persembahkan oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan ni menampilkan 2 bakat muda yang dicungkil dari program Permata Seni iaitu Verena Koay (violinist) dan Celestine Yoong (pianist). Konsert ni cuma satu malam je, 22/10/2010 berlangsung hampir 2 jam mempersembahkan 3 lagu klasikal dan satu overture.
Sedikit latar belakang Orkestra Simfoni Kebangsaan...
Sejarah penubuhan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bermula pada tahun 1989, apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia telah melantik seramai 17 orang Ahli Muzik Profesional sepenuh masa sebagai asas kepada penubuhan orkestra tersebut. Pada tahun 1993, OSK telah pun dilancar secara rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Semenjak ianya dilancarkan, OSK telah berjaya mengadakan pelbagai corak persembahannya selaras dengan kehendak semasa. Di peringkat antarabangsa, OSK telah menjalin hubungan erat dengan Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Kedutaan asing di samping menerima pimpinan dari Konduktur Undangan terkenal dunia.
OSK telah banyak mengadakan persembahan di luar negara. Antaranya, di Esplanade, Singapura (2003), Tokyo dan Osaka, Jepun sempena Asia Orchestra Week 2004. Kini, OSK dianggotai seramai 34 orang Ahli Muzik profesional sepenuh masa dibawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi. Selain itu, khidmat tenaga pemuzik bebas profesional tempatan dan luar negara sering diundang bagi mengisi keperluan persembahannya.
Sumber : Istana Budaya
Sebelum konsert bermula, bakat-bakat kecil Permata Seni Muzik membuat persembahan di Lobi Istana Budaya. Sangat kagum melihat anak-anak kecil memainkan lagu-lagu klasik yang penulis pun jarang dengar. Maklumla masa kat sekolah dulu main lagu2 biasa je dan tak didedahkan ngan lagu2 klasik ni.
Konsert bermula tepat jam 8.30 mlm. Dimulakan dengan overture dari semua ahli OSK. Diikuti dengan lagu Mozart Piano Cocerto No. 13. Soloist adalah adik Celestine Yoong yang berumur 9 tahun. Kemudian diikuti dengan lagu Vivaldi the Four Seasons - Spring, soloist adalah adik Verena Koay yang berumur 11 tahun. Manakala lagu terakhir adalah Brahms Symphony No. 2.
Persembahan secara keseluruhan adalah menarik bagi orang yang pertama kali pi tgk persembahan klasikal secara live. Ukuran penulis, kalau tertidur x best. Oleh kerana penulis tak tidur so, boleh tahan la. Lepas ni boleh pergi lagi. Next konsert kat Istana Budaya pada bulan Disember ni, Konsert Perdana Permata Seni. Sila layari laman web Istana Budaya untuk maklumat lanjut.
1 comment:
kurun lamanya aku tak p tengok konsert okestra ni.. :p
Post a Comment