07 October 2010

| Moviethon |


Salam...

Dah bersawang dah belog aku ni. Banyak cerita nak di kongsi (cerita2 raya), tapi malas tahap cipan. huhuhuhu. Berbalik pada tajuk di atas. Ada ke istilah moviethon ni? Istilah ni start guna masa zaman study kat UKM dulu. Tengok wayang sampai muntah... huhuhu... Masuk panggung, keluar panggung, masuk panggung lagi, kuar panggung dan masuk panggung lagi sekali... giler tak? Tapi tu la yg aku buat semalam. Amik cuti semata nak tgk wayang....

Sejak balik dr US, boleh dikira bape kali pi panggung. Sampai tak igt dah cite apa yg last tgk. So, semalam pi sorang2 tengok waynag kat KLCC. Sempat la tgk 3 citer. Eat Pray Love, Alpha and Omega dan Magika. So sikit review dari aku (malas sebenarnya, tapi atas permintaan Pn Kiera aku rajinkan diri )

Eat Pray Love

"Liz Gilbert (Roberts) had everything a modern woman is supposed to dream of having - a husband, a house, a successful career - yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life. Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery. In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali."

Written by Sony Pictures




Macam sinopsis kat atas, citer pasal sorang pompuan yang ada segala-galanya. Tapi dia rasa kosong. So dalam mencari diri dia yg sebenar, dia putuskan untuk mengembara selama setahun. So tempat yang dia pilih ialah Italy sebab bahasa dan makanan yang best, India sebab fahaman salah sorang bf dia adalah budha, dan Bali sebab tilikan sorang bomoh yang penah dia jumpa masa kat bali.

Part paling aku suka masa kat Italy n Bali. Kenapa? Sebab aku suka scene/pemandangan mase kat dua tempat ni. Sangat cantik. Mase kat Italy (eat) makanan dia mmg menarik. Cara JR makan memang sangat2 bersungguh. Smpaikan kita yg tengok ni bleh rase terliur. huhuhu... Part kat India, tak bape nak best. Tapi kat sini JR belajar cara menenangkan diri dan mengosongkan minda aka meditasi. Part mase kat Bali adalah yang paling best. Semua tempat2 dalam citer tu sangat cantik. Paling best pantai yang sangat lawa (rindu nak pi pantai). Watak2 sampingan kat bali pun menjadi. Lagi2 watak Ketut (dukun lelaki) n Wayan (dukun perempuan). Kat sini juga JR jumpa cinta sejatinya dan cuba cari keseimbangan dalam hidup. Nak tau kene la tgk sendiri....

(Pn Kiera, kalau nak baca review lain sila ke sini dan sini)

Magikan ngan Alpha n Omega nanti2 la aku review... Nak siapkan presentation...

4 comments:

thesweetlittlecat said...

best best.. i pi tgk esok lah.. i love JR! :)

btw, tq for d review.. nice one!

celine cute said...

akhirnya.. ada jugak updatenya.. :)
sila teruskan review anda..
sb aku dah lama tak tgk wayang..
tak tau pun cita ni ada kat wayang skrang.. :p

ainna baijan said...

huhu...jom p sabah..g pantai..pulau2..hehe

atengbest said...

kiera-dah tgk ke lom?

celine-huhuhu... try to merajinkan diri....

aina-dah pegi dah... sapi, manukan, sipadan, mabul, kapalai... huhuhu...