25 October 2011

| Cuti-Cuti Bali : Pura-pura di Mengiwi, Tasik Bratan, Monkey Forest, Tanah Lot |


Salam...

Ini merupakan kali kedua menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Kali ni ke Bali pula. Bali merupakan sebuah pulau peranginan yang terkenal di Indonesia. Pulau Bali terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Banyak tempat yang boleh di lawati di sini. Ada pantai, ada tanah tinggi, ada shopping mall dan yang paling banyak Pura atau kuil Hindhu.

nry
Untuk percutian kali ni, pergi dengan geng2 yang sama pergi ke Jogja-Bandung awal tahun ni. Sorang masih tertinggal sebab disenarai hitamkan angkara PTPTPu. Sian dia, tapi nak wat cam ne. Dah penat ingatkan suh settlekan, tapi tak juga settle2.

Penerbangan ke Bali berlepas jam 6pm. Sebelah pagi, kami sempat singgah ke Big Bad Wolf Bookfair. Oleh kerana dah buat online check in, so tak de la terkejar2 sangat. Sekarang AA kenakan bayaran tambahan RM10 kalau 'check in' kat kaunter. So kalau dah buat on line check in, datang untuk 'check in' bagasi je.

Penerbangan AA selama lebih kurang 3 jam berjalan lancar. Sebelum naik tu agak risau juga sebab dengar berita ada gempa bumi kat Bali. Tapi member kat sana bagitau takde apa nak risau sangat. Cuma kat pusat gempa je yang teruk sikit. Tempat-tempat lain tak de masalah. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang prihatin.

Sun Set from the airplane

Kami tiba di Bandara (lapangan terbang) Ngurah Rai pada jam 9pm. Urusan di imigresen agak cepat memandangkan mereka sudah ada rekod kami. Untuk yg pertama kali masuk ke Indonesia, gambar dan semua cap jari perlu diambil untuk rekod.

Di luar bandara, kawan kami Andre sudah menanti. Sepanjang cuti-cuti kali ni, kami menginap di rumahnya dan menggunakan kenderaannya untuk berjalan-jalan di Bali. Jimat sikit belanja. Huhuhu... Selepas makan malam, kami terus balik ke rumah dan tidur.

first meal @ Bali
Bendang depan rumah Andre

Hari pertama di Bali, kami ke Pura Taman Ayun, Mengiwi. Pura merupakan tempat masyarakat Bali mengadakan upacara keagamaan yang melibatkan adat atau dengan kata mudahnya kuil. Di sini, tidak perlu memakai sarung, pakaian yang sopan sudah memadai. Tiket masuk Rp 10k kalau tak silap. Pura Taman Ayun merupakan sebuah pura yang dikelilingi oleh air. Untuk maklumat lanjut mengenai pura ini sila klik sini.

Pura Taman Ayun 


Pura dikelilingi air
Seterusnya kami ke Pura Ulun Danu Bratan di Budeg. Perjalanan menaiki tanah tinggi ini mengambil masa lebih kurang satu jam. Pura ini dibina di kawasan tasik yang terjadi apabila matinya sebuah gunung berapi iaitu Tasik Bratan. Tiket untuk memasuki pura ini adalah Rp 10k. Kebetulan ketika kami sampai, ada upacara keagamaan sedang dijalankan. Sempat la tengok sekejap sebelum sibuk amik gambar di sekitar pura ini. Di sini cuaca agak sejuk jika dibandingkan di bandar. Sesiapa yang berminat untuk menaiki bot atau permainan air yang lain juga boleh disini. 

Pura Ulu Danu, Bratan
Upacara keagamaan masyrakat Bali

Pura di tepi Tasik Bratan

Tasik Bratan, ada kabus lagi...

main lompat-lompat


Kemudian kami ke Pura Dalem di Desa Pakraman Kukuh, Marga Tabanan. Pura ini terletak di kawasan 'Ubud monkey Forest'  dan terkenal kerana terdapat monyet yang banyak. Pengunjung diingatkan agar tidak memakai cermin mata, tidak membawa beg atau makanan kerana monyet-monyet disini agak agresif. Makanan2 untuk monyet2 ini boleh dibeli dari penjual yang ada di dalam. Tiket untuk masuk ke sini juga Rp 10k.
Pura Dalem

Dah jd cam zoo monyet

Cari Kutu


Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot. Pura Melanting yang ada disini terkenal kerana terletak di atas batu besar di tepi pantai. Di bawah pura ini terdapat mata air yang tawar walaupun berada di tepi laut. Selain dari Pura Melanting, terdapat pura2 lain disini. Biasanya pelancong akan datang agak lewat untuk melihat matahari terbenam seterusnya menyaksikan persembahan Tarian Kecak.
Pintu Gerbang ke Tanah Lot


Pura Melanting, Tanah Lot

Pura Batu Mejan, Tanah Lot

Blakang tu pentas Tarian Kechak

View dari restoren di Tanah Lot

Sun Set @ Tanah Lot

Tanah Lot

Setelah penat berjalan seharian, kami ke spa untuk mengurut. Jika datang ke Bali, rugi jika tidak ke spa. Kami ke Cozy yang terletak di Kuta. Harga untuk pakej mengurut selama 2 jam hanya Rp187k iaitu lebih kurang RM 65. Urutan yang diberikan adalah bagus dan fasiliti yang mereka ada sangat memuaskan. Saya sangat mengesyorkan tempat ini buat sesiapa yang ingin berurut di Bali.

Kemudian kami makan malam. Di Bali agak mudah untuk mencari makanan halal. Cumanya, harga makanan dan barang-barang di sini agak mahal berbanding di Jogja atau Bandung. Tapi makanan boleh tahan sedapnya.

Nak  tgk gambar lain, sila klik Muka Buku saya.

8 comments:

ainna baijan said...

best nyer...
gambar pun cantik2...
giler lah.....
huahuahua....

..blindart.. said...

sekali skala balik 'kampung'... btw aina photography is my passion...

Aku Budak Nerek said...

Best bro..nice trip!

Gil Ra Im said...

urgh.dulu x pegi pun tasik tu. jeles ok!cantik sgt! huhu.

..blindart.. said...

ABN-memang best... rase cam tak cukup je 5d5n...

GRM-ada alasan utk pergi lagi... aku tak sempat nak tgk tarian kechak...

Anonymous said...

Nice pics.Pls share your guide cum driver contact number. Thx n rgds, Shah

..blindart.. said...

Shah- Tq... I'm using my frens car n sleep at his house... If I know some contact, i will let u know...

Anonymous said...

nx year punya plan ni...agak2 nk kna ada bajet brape ek?