09 October 2011

| The Secret Life of Nora |

DSC_6888

Salam

Dah berbulan dah blog ni tak terjaga. Bukan sawang je banyak, semak samun dah meninggi. Huhuhu... Nak buat camne, pengaruh muka buku ngan tv sangat kuat. Balik kerja je terus ngadap tv. 

Berbalik kepada tajuk, semalam sempat tengok teater kat Istana Budaya. Ni teater pertama kat Istana Budaya tengok untuk tahun ni. Almaklum la, harga tiket dah naik gila2. Tiket yang harga bawah RM50, tempat duduk kat atas sekali. Sangat la tak syiok kalau tengok. Susah nak dapat kawan-kawan yang tak kisah tengok walaupun harga mahal. Huhuhu...

Love, Cry and Enjoy...

DSC_6899
Set Pentas Secret Life Of Nora

The Secret Life of Nora merupakan produksi Enfiniti Vision Media, sebuah teater muzikal dwibahasa (bahasa melayu & english) pada era 60-an. Jalan cerita berdasarkan watak Nora Zain dari cerita penyiasatan zaman 60-an. Teater selama hampir 3 jam ini membariskan pelakon-pelakon mantap yang terdiri dari Tiara Jaquelina (Nora), Adibah Noor (Khatijah), Tony Eusoff (Farouk), Aznil Hj Nawawi       (Mr J), Aaron Khaled (Sharif), Stephanie Van Driesen (Betty) dan pelakon broadway kelahiran Canada, Ryan Silverman (Roger Foss).

Sinopsis The Secret Life of Nora

Pembukaan teater Nora
(ihsan GUA.com)

Nora merupakan penyanyi/primadona utama di Kelabu Malami. Setiap hari beliau mendapat surat dari peminat no 1 yang tidak diketahui identitinya. Hinggalah beliau mendapat tawaran dari sebuah produksi baru untuk menjadi tunjang utama di layar perak untuk satu filem perisikan. Nora yang ditemani Khatijah (rakan baik merangkap manager) pergi untuk sesi uji bakat berjumpa Farouk dan diterima menjadi watak utama iaitu sebagai Nora Zain. Namun begitu sebelum pergambaran dimulakan, Nora dikehendaki menjalani latihan khas dibawah seliaan 'pengarah' filem tersebut iaitu Roger Foss.

Ryan, Tiara, Adibah dan Tony 
(ihsan GUA.com)

Tanpa Nora ketahui, Farouk dan Roger merupakan agen MI 5 yang ditugaskan untuk melatih Nora menjadi agen perisik di bawah arahan Hong Kong (Mamat Khalid) untuk menyiasat kes kehilangan gaadis-gadis di Esplanade. Semasa melatih Nora menjadi agen/pelakon, timbul bibit-bibit percintaan antara Nora dan Roger. Namun begitu, Nora berasa kecewa dan tertipu apabila mengetahui hal sebenar. Nora dan Khatijah membawa diri kembali ke Kelabu Malami dan mendapati Betty (pembantu peribadi Nora) pergi ke J's Heart New-New World Cabarate untuk memenuhi impiannya menjadi seperti Nora. New New World merupakan tempat di mana Nora sepatutnya menjalankan tugasan risikan pertamanya.

Dengan peralatan risikan yang diberi oleh Khatijah yang dibekalkan oleh Farouk, Nora memenuhi jemputan Mr J untuk membongkar kehilangan gadis-gadis di Esplanade termasuklah Betty. Tanpa Nora sedari, Mr J merupakan rakan Nora ketika waktu kecil tetapi sering dipinggirkan oleh rakan-rakan yang lain kerana rupa beliau. Dengan bantuan saintis jahat, Mr. J berjaya membina alat untuk memukau wanita menjadi pengantin yang petuh kepada Mr J untuk dijual kepada mereka yang senasib sepertinya. Berjayakah Nora menghalang niat jahat Mr J? Bagaimana pula dengan hubungan Nora dengan Agent Roger? Itu anda kene saksikan sendiri teater ini di Istana Budaya.

Komen Saya

DSC_6976
Barisan Pelakon SLON Aaron, Aznil, Ryan, Tiara, Tony, Adibah

Secara keseluruhan, teater ini sangat menarik. Bagi aku, watak Nora dalam cerita ini boleh diperbaiki lagi dari segi nyanyian dan penghayatan. Watak-watak pembantu seperti Khatijah, lakonan Adibah Noor dan Mr J lakonan Aznil sangat menonjol sehingga menenggelamkan sedikit watak Nora. Mungkin disebabkan aksi-aksi lucu yang di lakonkan oleh kedua-dua watak ini. Nyanyian dan penghayatan Adibah Noor membawakan watak Khatijah memang menakjubkan. Kesanggupan beliau di 'terbangkan' semasa babak membantu Nora di markas New New World amat dikagumi. Pelat watak Mr J lakonan Aznil yang pelat menyebut r-w (Nora ->Nowa) sangat menggeletek perut penonton. Watak Roger Foss lakonan Ryan Silverman sangat hebat. Lontaran vokal, penghayatan serta nyanyian beliau sangat bagus dan perlu dijadikan contoh oleh pelakon-pelakon lain. Ketara perbezaan pelakon broadway antarabangsa dengan pelakon teater tempatan.

Dari segi gubahan lagu dan susunan muzik sangat baik. Muzik serta nyanyian secara 'live' untuk teater TSLN ini sampai kepada penonton. Gerak tari untuk teater kali ini pula lebih kemas dan menarik. Solekan serta kostum pelakon menepati era yang cuba ditonjolkan. Set props untuk Nora pula amat menarik. Seperti teater-teater Enfiniti sebelum ini, konsep masih sama. Set yang sama diputar-putarkan untuk digunakan pada babak yang berlainan. Gabungan set yang menarik dan teknik pencahayaan yang lain dari yang lain, menambahkan lagi kelainan Nora.  

The Secret Life of Nora boleh dibanggakan dan boleh dipasarkan ke pasaran antarabangsa sekiranya jalan ceritanya diperkemaskan lagi. Tidak malu saya mencadangkan tetaer ini ditonton oleh semua kerana jalan cerita yang menarik, lakonan yang memberangsangkan serta gubahan lagu dan muzik yang menusuk kalbu. aku bagi 7.5 dari 10. 

The Secret Life of Nora kini masih lagi ditayangkan di istana Budaya sehingga 16 Oktober ini. Tiket-tiket berharga RM30 hingga RM 350 boleh didapati di kaunter tiket Istana Budaya ataupun secara online di www.airasiaredtix.com.

Layan gambar-gambar lepas habis teater. Ni je yang boleh diambil...

  DSC_6938
Betty lakonan Stephanie

DSC_6939
Farouk lakonan Tony dan Khatijah lakonan Adibah Noor

DSC_6945
Shawif (sebutan Mr J) lakonan Aaron dan Mr J lakonan Aznil

DSC_6948
Roger Foss lakonan Ryan

DSC_6953
Nora lakonan Tiara

DSC_6988
Ramah mesra bersama Timbalan Perdana Menteri yang turut menyaksikan persembahan malam itu

DSC_6997
Me after The Secret Life of Nora... Awesome
Nota Kaki
1. Makin senang nak edit entri sekarang. tak payah susah2 guna html code.
2. Tarikh hari ni cantek. 9-10-11
3. Malam ni ada 'halo' kat bulan. Fenomena yang jarang-jarang berlaku...

5 comments:

ainna baijan said...

bila aku dpt tengok teater ni..kat sbah xde lak panggung teater..huhu

..blindart.. said...

bila ko pindah KL... :)

thesweetlittlecat said...

Agreed v u, watak nora tenggelam oleh khatijah, betty and MrJ, but overall i did enjoyed the show.

ainna baijan said...

bile aku pindah kL ea..pastu hari2 aku paw ko tgok teater ea...hahaha..sile saving untuk saye dari skg!!!!!lalalala~

..blindart.. said...

kiera-tu la pasal... tapi ada baca komen dia kat paper hr tu, dia kata cerita ni lite2 je compare to PGL... tu yg nampak dia cam tak feeling sangat...

Aina-bila la tu agaknya ye... huhuhu....