09 February 2009

Cuti-Cuti Malaysia-Langkawi (part 1)

Aku baru balik dari Langkawi. Cuti-cuti Malaysia yang pertama untuk tahun ni. (singapore hari tuh tak kira... sebab dekat sangat... huhuhuh ). Plan asal nak g ngan bebudak KL. Tapi tak jadi. Kebetulan housemate aku mengajak... cam dah ngantuk, dibagi bantal plak. Kali ni trip dari 4-8/2/2008. Lamakan... Tapi bukan kat Langkawi je la. Kami pg Kedah, Perlis ngan Penang skali. Yang bestnya, penginapan masa kat Perlis ngan Penang tak payah nak bayar sebab duk umah akak ngan abang housemate aku (Zaen)

stesyen bas larkin

Bergerak dari Johor Bahru ke Butterworth dalam pukul 10 malam. Aku kalut sket malam tu sebab aku ingat tiket bas kul 11 malam. Rupanya, kul 10. Kelam kabut aku packing baju. Masukkan je apa yg ada. Nasib baik aku dah plan semua dalam kepala baju pe yg nak pakai mase kat sana. So dalam 9.45 pm dari rumah, sampai Stesyen Bas Larkin dalam kul 10. Nasib baik bas gerak lambat sket. Yang tak bestnya bas tu bas lama, tak berapa selesa la nak tidur. Pulak tu, kat Perak, bas tak ikut highway. Jadinya, kul 8.30 am baru la sampai ke Butterworth.

kereta pinjam....

Sampai BW, kami bertiga (aku, pie ngan zaen) amik teksi ke rumah abang member aku (Zaen). Nak amik kereta untuk di bawa berjalan2 ke Kedah dan Perlis. Dalam pukul 10, gerak ke Perlis, melalui Kedah. Singgah jap kat Bandar Alor Star. Pusing2 jap (sebab tak tau nak jalan mana), pastu meneruskan perjalanan gi Perlis.

bendang kat kedah (padi dah di tuai)

Sampai bandar Kangar dalam kul 1.00 pm. Kami makan kat kedai makan kat sana. Aku order cendol pulut (menu special kat situ) ngan nasi ayam. Kakak ngan abang ipar zaen join skali. Derang lecturer kat UiTM Perlis. Pas solat, kami p Padang Besar. Tengok2 je apa yg ada kat sana. Takde apa yang menarik pun kat situ. Lagi best g Pasar Payang/Pasar Siti Khadijah. Mayb sebab tak de tujuan kot kat sana.

pemandangan kat padang besar

Dari Padang Besar, kami singgah kat Gua Kelam. Gua Kelam ni sebenarnya bekas lombong bijih. Dulu orang kate banyak tahi kelawar dala ni. Tapi dah tak de dah. Mayb sebab dia pasang lampu dah kot dalam tu, Semua kelawar lari. Dalam gua ni, ada sungai bawah dia. So dengar la air mengalir. Dinding2 gua ni pun unik2 gak. Tapi tak nampak la plak stalaktit ngan stalakmit (betul ke aku eja ni).



Malamnya plak, makan seafood kat Kuala Perlis. Semah aka Fairus si ayu yang bawa. Makan besar gila. Ikan jenahak bakar, Ketam masak rempah, kerang rebus, sotong goreng tepung ngan kalian ikan masin..... sedap hingga menjilat jari.... semua nya cuma RM95 utk 4 orang. Kira murah la tu.....

to be continued.....

2 comments:

nor said...

cantik rumah kayu bumbung merah dengan kereta kelisa ka apa ntah kat bawah tu...kat mana lokasi umah tu cantik la sesuai untuk shoting drama

..blindart.. said...

Padang Mat Sirat, Langkawi. Kat tempat beras terbakar... rumah tuh didirikan atas tapak beras terbakar, citer mahsuri... tp tak jumpa dah beras terbakarnyer... dah abih org kutip...