10 February 2009

Cuti-Cuti Malaysia-Langkawi (part 2)


sambung balik...

Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersiap-siap untuk pergi jeti. Abg ipar Zaen (tak ingat nama dia, sufian kot) bawa kami ke Jeti Kuala Perlis. Dekat je dari umah dia (perlis bukan besar sgt pon). Sampai sana je dah ada orang approach untuk sewa kete ngan tempat tinggal kat Langkawi. Tapi k telah dinasihatkan agar tidak amik apa2 pelawaan dari derang. Lebih baik cari sendiri kat Langkawi. Boleh dapat harga yang lagi murah. Tiket feri (RM 18) pukul 10. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah tak sampai sejam.


Sampai-sampai kat jeti, kami terus ke kaunter untuk sewa kereta n challet. Kat sini pun akan ada 'ulat-ulat' yg offerkan tempat tinggal dan pakej-pakej cuti-cuti di Langkawi. Sekali lagi dinasihatkan, cari la challet sendiri. Direct pergi ke challet, tengok dan pilih sendiri. Kalau terima dari 'ulat-ulat' takut dapat bilik yang tak memuaskan hati. Lagi satu, 'ulat-ulat' ni amik upah sket (dalam RM5-10). Kalau nak jimat n puas hati, pegi la challet tu sendiri. Kalau rase malas, amik je pakej dr ulat2 ni. Tgk nasib la...


Lepas dapat kereta (kereta iswara)(sewa rm50/24jam), pergi ke CD Motel kat area Pantai Cenang. Kat kawasan ni ada banyak challet. So kalau cari sendiri, buleh la buat pilihan. kannnn... Bilik dia ok la (untuk orang tak cerewet ca aku). Boleh la utk tido dan melepaskan lelah. Harga satu malam RM80. Sangat budgetkan.


Lepas lunch, terus drive ke Padang Matsirat. Destinasi pertama, Beras Terbakar. Orang citer, buleh jumpa kesan2 beras terbakar. Tapi dah takde pown. Yang tinggal, ada la sepinggan je. Tu pun disimpan dalam bekas kaca. Tak buleh pegang pun. Tapi kalu nak shopping souvirnier, better shopping kat sini. Harga barang2 dia murah banyak dari pekan Kuah. Siap boleh tawar menawar lagi. huhuhuhu....


Dari Beras Terbakar, terus pi Makam Mahsuri (bayaran masuk. Kat sini ada la segala macam pasal Mahsuri. Kat sini gak la aku tau ade 3 versi cerita pasal Legenda Mahsuri. Nak tau, kene la pergi sendiri. Huhuhuhu....


Pastu kami p naik kereta kabel langkawi. Harganya cuma RM25 je. Tapi dapat diskaun RM10 kalu tunjuk MyCard. So kene bayar RM15 je la. Pemandangan kat gunung Mat Cingcang ni memang cantik. Biar la gamba2 yang meenceritakannya. Kat atas skali, ada jambatan yang menghubungkan dua puncak. Sangat penat memanjat tangga. Teringat masa panjat Kinabalu
Suhu kat atas aga sejuk. Selesa sket berbanding kat darat yang agak panas itew. Kat bawah tu, ada rusa ngan arnab. Boleh bagi makan, n pegang2 derang. Yang bestnya masuk free.


Dari cable car, kami bergerak ke Telaga Tujuh. Tak sampai 10 minit pun dari cable car. Tapi tak panjat sampai atas. Tak larat.. tinggi sangat... naik sampai jumpa air terjun dia je. Lain kali pergi buleh kot nail sampai atas. Aktiviti seterusnya, balik ke challet n mandi manda di pantai. Tapi aku tak mandi pun. Menikmati keindahan sunset di Langkawi.


to be continue....

6 comments:

honeyfresco aka ila said...

langkawi? hurm.. bestla kalo org nk rase pulau cane. tp perasan x kalo pagi2 ssh nk jumpe kdai mknn yg jual bfast. hehe

..blindart.. said...

tak penah sampai....
best la... tp kalu nak betul2 rse p pulau, baik g redang ke, tioman ke...

tak prasan la plak....
ktaorg makan kat kedai yg dekat2 chalet je... cukup la utk isi perut...

thesweetlittlecat said...

aku amat impress ngan kualiti gambo yang ko ambil!! sangat cantik... bila aku mau dpt hasil mcm tuh???
pulun blaja weekends je, weekdays takde masa!

..blindart.. said...

thank you....
photoscape banyak gak membantu...
nak guna photoshop, sangat susah, nak kene blajo banyak...

btw, baca la majalah Digital Camera versi malaysia...
banyak tips...

tak pun tgk blog ni- http://docfaisalphotographytutorialbm.blogspot.com/
or forum ni- http://www.photoskool.net/v2/

good luck....

thesweetlittlecat said...

tq blindart..
yelah, aku pun guna photoscape jerk, photoshop kureng mahir!!

..blindart.. said...

tu la pasal...

kalu gna photoscape, biasa aku wat auto level, pastu enhance colour....

pastu lain2 pandai2 la... ikut kretiviti masing2...