14 May 2009

>Cuti-Cuti Malaysia- Sipadan (part 1)<

Ini kali kedua aku sampai ke Sabah. First time datang tahunlepas mase nak panjat Gunung Kinabalu. Tapi sempat gak aku jalan2 tengok sabah. Aku dah sampai ke KK (semestinya la, sbb tumpang umah senior aku, zayyid), Tip of Borneo kat Kudat, Kundasang, Ranau, Poring, Pulau Manukan, Pantai Karambunai, tak lupa juga, tanjung Aru. Thanks a lot to Salina n cinda (gen2 nya). Dan mase trip ni juga la aku kenal ngan Salin (dietition kat KK) & Sab (MO kat Kuching). Dua2 sempoi n adventures. Tu yg kami plan utk ke Sipadan, sesudah turun gunung. Huhuhuhu.... Dan akhirnya, 21/4/09 flight aku berlepas dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu. Kat airport KK, Zayyid la yg amik aku. TQ Zayyid.....


ini la cinda (kete salina)

Perjalanan kami ke Sipadan bermula dr KK. Jangan tak tau, kami bawa cinda ke semporna tu. Kami bertiga (aku, Salin & Sab) bergerak lepas sarapan pagi. Bird tak dapat ikut atas sebab2 yg tak dapat di elakkan. Sepanjang jalan, Sab ngan Salin je yg bawa. Sebab aku tak reti bawa kete manual. Perjalanan dari KK ke tawau amik mase dekat 10 jam jugak la. Kul 8.00 pagi kami gerak dari KK, hampr jam 7.00 mlm baru samapi Tawau. Tapi kami banya kali stop la. Kat kundasang berenti 2 kali(amik gambo, n makan lagi). Pastu berenti lagi kat Telupid, Sandakan, Lahad Datu. Maklumla, bukan driver je kene minum, Cinda pun nak minum gak.


Sampai je kat tawau, Salin anto aku ke hotel tempat Lat & the gang. Lat, Ku, Azmeer, Fendi ngan Edi dah sampai dari KL dalam kul 6.30 ptg. Yang lain-lain (Fairus aka Semah, Aishah aka ChaCha, Izzati aka Atem, Marin & 3 org lagi kawan skolah Semah) sampai keesokkan harinya,betul2 sebelum ke Pulau.


Esoknya dalam kul 10 kami gerak ke Semporna. Dari Tawau ke Semporna ni ada la dalam 2 jam. Kami gerak dalam 2 kenderaan, van yg disewa, ngan cinda. Van singgah dulu ke Airport utk amik Semah n the gang. Sampai2 kat jeti Semporna tu, boat dah ada pun. Loading luggage dalam boat, buang2 apa yg patut, terus naik boat ke pulau. Kami duduk kat Sipadan Water Village Resort, Mabul. Kenapa bukan Sipadan? Sebab sipadan tak de resort. Yang ada Cuma berek askar je. Kenapa? Sebab Kerajaan Negeri Sabah nak kawal jumlah orang yang masuk Sipadan. Takut choral kat sana rosak. Lagi pun Sipadan ni unik sket. Orang pulau citer, Sipadan ni cam payung yg diremdam dalam air. So cam tak bape kukuh la. So limited 120 org je yg buleh masuk Sipadan dalam sehari. Permit dikeluarkan sehari sebelum dapat pergi dan di kongsi oleh 12 resort yg lain area Mabul, Kapalai ngan Mataking.


Jeti kat Semporna


Perjalanan dari jeti ke pulau dalam 40 minit terasa sangat lama. Sampai2 je, kami disambut macam VIP. Siap dapat towel sejuk lagi. Sungguh nikmat. Akubetul2 kagum ngan SWVR ni. Sangat-sangat cantik. Di bina kat atas air. Pastu, dengan air yang sangat jernih, dan coral2 yang sangat banyak dan cantik. Aku sukeeee...... Sampai je, kami terus makan tengahhari. Makanan dia sangat sedap. Setaraf ngan hotel 5 bintang. Bilik dia pulak stail rumah2 atas air. Tap kat dalam, sangat2 cantik. Memang cam hotel. Cuma takde aircond. Tp ok la, g pulau bukan nak duduk bilk je. Nak mandi manda. Huhuhuhu…. RM950 untuk makan penginapan dan boat trip addalah sangat2 berbaloi,walaupun nampak macam mahal.


dalam boat ke Mabul.... xcited....


disambut bagai VIP


Sipadan Water Village Resort


tuala sejyk yg sangat menyegarkan


Lepas taklimat sket kat diving centre, kami terus je terjun. Masyaallah.... sangat cantik... Air di sangat2 la jernih. Pulau yang paling best penah aku pergi. Redang ngan Tioman tu cam sangat2 la biasa je. Ikan-ikan dan coral2 sangat banyak dan sangat cantik. Tak payah nak pergi jauh2. pusing keliling dive center tu pun dah cukup puas hati. Dalam duk bersnorkling tuh, sempat gak aku amik pic sunset.... Gambo yg mesti amik kalu g pulau. Sangat cantek.... hilang segala stress. Masa nih nama utk ke Sipadan tak naik lagi. Lepas makan malam katanya.


menjadi dugung duyung


dining hall yg sangat best makanannya...


Tapi waktu dinner tu, Salin bagitau, semua dapat g sipadan kecuali sorang. Cian Fendi, pihak resot tercicir nama dia. So tak dapat la permit.... Malam tu sangat exited utk ke Sipadan. Ye la, bukan semua orang berpeluang g sipadan. Walaupun dah sampai mabul or kapalai, kalu tak dapat permit, mmg tak bleh masuk. Camlagu zainal abidin tu, dekat tapi jauh. Huhuhuhuh.... Dan first night di Mabul di sambut denganribut yang ganas. Angina kuat giler. Sampai bergoyang umah kitaorg. Tak lena tdo dibuatnya. Tapi kata pekerja resort, tu baru sikit je. Huhuhuhuhu… sabar je la.


bersambung.......

2 comments:

celine said...

bilik cam hotel biasa.. cuma tak de aircond dan TV je..! hehe

..blindart.. said...

ok la tu... g pulau nak mandi manda, bkan terperap duk dl bilik. tp org tu, siapbawa citer jepun lg p mabul.... huhuhuhu...