27 May 2009

>keluarga angkat<

hari ni dah nak masuk hari khamis. Laju betul mase berlalu. skang ni dah nak masuk bulan 6. Apa yg aku dah buat ek utk tahun 2009 nih? hmmm.... ntah la, kalu ikut apa yg aku tulis dalam blog ni, asyik berjalan je kejenya. huhuhuhu..... sebut pasal jalan, weekend lepas aku hantar anak2 aku p jumpa famli baru. Anak pe? bila aku kawen? baca je la sampai abih....

ni la anak2 aku....

dan lagi....

yang ni baru beberapa minggu... mata pun baru bka...

ni yg wtengah nakal.... tp comel2 belaka...

memandangkan jumlah diacing (kata ganti nama diaorang bagai kucing) kat kampung tuh dah banyak sangat, n aku dah janji nak bg Rafiz kucing. Memandangkan mak dah bising2 nak bg orang, baik aku bg kawan aku dllu. So jumaat tuaku amik off. Balik Kluang dlu amik utk derang. Lepas Jumaat, gerak ke Melaka. Sebenarnya si putih ni sakit sket. Mata dia asyik adaa taik mata je. pastu berair. tuh yg dia sangat sangat kurus berbanding yang lain. n Rafiz plak bersungguh nak jaga dia, so aku bg la the only DSLH utk batch derang. Sebagai hadiah, aku bagi lagi sepasang. So, dua ekor la aku bagi Rafiz utk jaga. sdih2 gak. Tapi aku tau, tuan baru ni akan jaga diacing dengan lagi baik
.

putih n belang

bestnya tidur....

Sebagai persediaan, aku ltk surat khabar siap2 dalam kereta. Takut diacing ni terberak ke, terkencing ke. maklumla, tak penah jalan jauh. Tapi Alhadulillah..... tak berak, tak kencing. Cuma si putih tu muntah sket. mabuk kot...huhuhu..... maklumla tak penah naik kete. Memula tuh bising gak si belang. duk mengiau je. Si putih ni senyap sket. tapi bila dah masuk highway, diacing diam. dah penat kot. so diacing ni tdo atas peha aku sampai la ke melaka sebbaikla diacing ni masih comey2. kalu tak lenguh gak kaki aku dibuatnya. Sampai Melaka dalam kul 5 lbh. Lepas singgah umah Rafiz, tinggalkan diacing (sedeh......) aku teruskan perjalanan p kl. minggu ni kene p kelas gamelan. Minggu lepas dah ponteng dah... hissss... camner la nak terer ni. huhuhuhu...

ps-to rafiz, jaga diacing ni baik2 tau. bior gemuk gebu....
pss-thanks sebab masukkan duit utk tol ngan minyak..... tak menghrap. tp tq....

8 comments:

WanYgBest said...

wahhh...baiknya diacing tuh...dok tdo je dlm keta...

**teringat attempt aku membawak balik si kenit...dia cakar sana sini, menjerit, meroyan...huhu...huru hara kereta.. tepaksa tglkan gak dia kat ktsn tuh...sob..sob..

..blindart.. said...

yang ni kecik lagi kot. sangat2 baik... sebelum ni gak bawa abg ngan kakak diacing nih. siap berak kencing dalam kereta lagi. seb baik dah letak paper. mase kat umah kakak aku tak nak plak diacing berak kencing... huhuhuhu....

Reds said...

comelnya yg warna putih tu...huhu

..blindart.. said...

yg paling di sayang... jantan plak tu... =p

kucingorengemok said...

waaa, mmg nak bagi org ke? pakkal duduk flet, kalau tak saya mintak 1-2 ekor... dah la ada delivery service kan, heheh :)

..blindart.. said...

kucingorengemok-tak juga. tp sebab dah janji lama dah. member bayar duit minyak n tol, so tak de la free delivery. huhuhuhu.....

g_mulan said...

sedey plk baca entry nie...mcm nak bagi anak sendiri kat org plk...kawan aku ada bela kucing (utk dijual) yg sgt banyak...ko kan peminat kucing...mesti ko suke nak tgk...nnt free2 aku g umah die tangkapkan gamba tuk ko ek ateng...tp aku guna camera kecik je...aku takde camera best cam ko...

..blindart.. said...

g_mulan.... tak de la sedeh sgt... sket je... lagipun banyak lagi kat kg tuh. yg ni masih kecik, so tak terasa sangat la. kalu yg besar, mmg meraung jgak la. huhuhuhu....