21 January 2010

|On My Birthday|

Salam....

Hari ni aku dah berusia 28 tahun 1 hari. Birthday celebration tahun ni ok la. Tak macam tahun2 lain. Aku sambut kat umah je. Sehari sebelum tuh, kuar ngan geng2 KOQ. Makan2 kat Charms, Kluang Mall (yg tak sedap makanannya). Pastu gi karok sampai pecah suara. Geng2 Koq (shasha, chiqu n Intan) mmg kewl. Walaupun baru2 ni je selalu lepak ngan derang. Cik Zila kite tak dapat join sebab very the buzy ngan pakwe baru kerja. So kami berempat je la karok kat Kluang Mall tuh. Sehari sebelum tuh, kami dah men bowling kat Kluang Parade. Hurm... tak sangka skang ni Kluang dah maju. Macam-macam ada....

Semalam plak, sepatutnya aku p JB utk court case. Tapi disebabkan peguam oks mnta tangguh, so postpone le. Plan nye mmg nak turun gak JB. Tapi pagi semalam rase cam nak demam je. So memngagahkan diri, pindah masuk bilik dan sambung tdo. hahahaha... Baru je lelapkan mata, dapat call dari penghantar bunga. BUNGA!!!! Siapalah yg hantar bunga kat aku ni. Sangat la suspens. (dah tau dah sape penghantar bunga itu. Kalu dia baca blog ni, terima kasih banyak2 la ye, next year anta kek plak bleh?huhuhuhu).

Petang dalam kul 5 ptg baru aku gerak balik ke KL dengan Mell. Sebelum tuh, singgah dulu kat Muar. Dah janji ngan Rafiz, Jeli n Suzy utk dinner kat Saba Awur. Tapi kedai best yg selalu ktaorg makan tak buka. So makan la kedai sebelah dia. Makanan dia so-so la. Seb baik harga dia ok. Lagi pun org lain yg bayar, so makan je la. huhuhuh... Mozac sepatutnya join sekali. Oleh kerana dia ada kes kat OT, terpaksa jumpa lepas dia abih kes. Lepak2 kat Secret Recepie sampai kul 11pm gak la. Cian Mell kene tggu lama kat dalam kete. Seb baik dia tak berak/kencing dalam kete tu. Good Boy... ni yg daddy lagi sayang kat Mell nih.

Sampai KL dalam kul 1 gak la. Buka FB, update apa yg patut, pastu baru tdo. Semalam susah betul nak tdo. Ntah kul bape aku terlelap. Seb baik pagi terjaga n sempat punch card. huhuhu...

Nota Kaki
1. Mell muntah kat peha aku mase otw balik... seb baik sket je...
2. Weekend ni kene keje, sangat malas....

3 comments:

Lady Qay said...

uewww grosssss..

WanYgBest said...

sian mell...mabuk perjalanan kot...huhu...pas dia muntah, ko x sapu minyak angin? hehehe

atengbest said...

qay-org suke kucing tak berkira sangat pasal mnth ngan berak dia... huhuhuhu..

wan-tuh la pasal... perut masuk angin sebab aku lpa bawa bekal utk dia... tuh yg kuar air je...