27 August 2010

| Jom Bayar Zakat Fitrah |



Salam...

Sempena Bulan Ramadhan ni, aku nak share sikit pasal Zakat Fitrah. Selamat membaca...

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

** Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  1. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  2. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  3. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu yang paling Afdhal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT

Zakat boleh dibayar kepada mana-mana amil yang berdaftar di kaunter-kaunter zakat seluruh negara. Sempena bulan Ramadhan ini, kaunter-kaunter zakat turut dibuka di masjid2, pusat membeli belah dan banyak lagi. Kaedah bayaran melalui SMS dan atas talian juga telah dilaksanakan di beberapa negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat Fitrah dan lain-lain zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam sila layari laman web e.zakat

**Maklumat tambahan dari penbiru

Tapi menurut buku - Indahnya Hidup Bersyariat, Karangan Dato' Ismail Kamus, ada sedikit perbezaannya...

Wajib - Selepas terbenam matahari pada akhir ramadhan. yakni 29 atau 30 ramadhan.

Sunat (yakni digalakkan, afdal) - Selepas solat subuh (yakni pg 1 syawal) sehingga sebelum mengerjakan solat sunat aidilfitri.

Harus (yakni dibolehkan) - Dari awal ramadhan sehingga akhir bulan ramadhan.

Haram - Selepas solat sunat aidilfitri.

Nota: kalau kita melalui amil (pemungut zakat), eloklah dibayar/dikeluar awal. Insyallah, pihak amil boleh sampaikan wang/beras zakat kepada golongan yang layak menerima secepat mungkin, yakni sebelum tibanya 1 syawal :)


Selamat menjalani ibadah zakat.

Nota Kaki

1. Oleh kerana tahun ni dah keje kat KL, so kene bayar RM7.00
2. Entri dibuat di ofis lama. Ada kes bicara, tapi dah siap awal. Pegawai lain ada mmeeting, so amik kesempatan la.
3. Cuti panjang sampai 31/8. Bestnya dapat berbuka kat kampung.

3 comments:

pen BIRU said...

Tapi menurut buku - Indahnya Hidup Bersyariat, Karangan Dato' Ismail Kamus, ada sedikit perbezaannya...

Wajib - Selepas terbenam matahari pada akhir ramadhan. yakni 29 atau 30 ramadhan.

Sunat (yakni digalakkan, afdal) - Selepas solat subuh (yakni pg 1 syawal) sehingga sebelum mengerjakan solat sunat aidilfitri.

Harus (yakni dibolehkan) - Dari awal ramadhan sehingga akhir bulan ramadhan.

Haram - Selepas solat sunat aidilfitri.

Nota: kalau kita melalui amil (pemungut zakat), eloklah dibayar/dikeluar awal. Insyallah, pihak amil boleh sampaikan wang/beras zakat kepada golongan yang layak menerima secepat mungkin, yakni sebelum tibanya 1 syawal :)

..blindart.. said...

thanks for the info... entri ni saya amik dari web page www.zakat.com.my

chidah said...

tq for the info encik naza..

mari bayar zakat fitrah..