23 August 2010

| Ubat-Ubatan dan Puasa |

Salam...

Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu kita berpuasa. So, kali ni nak share sikit camne nak makan ubat mase berpuasa. Di harap sedikit sebanyak membantu la.

ubat-ubatan/mende2 lain yg mana kalau guna, batal puasa (nih ikut mazhab Syafie):
  • ubat titis hidung (narist.)
  • ubat titis teilnga (aurist.)
  • inhaler/nasal spray
  • suppositori/enema (yg duk masukkan dlm lubang dubur tuh.. utk sembelit, etc)
  • pesari (pessary) (ikut vaginal route.. cth: clotrimazole pessary)
  • prosedur2 lain (endoscopy, etc)
dikatakan BATAL kerana masuk dlm rongga badan.

ada pendapat lain mengenai penggunaan inhaler ketika berpuasa. Sila klik link dibawah untuk bacaan lanjut (thanks to zeela gojes for the info)

yg tak batal:
  • ubat titis mata (gutt.)
  • suntikan insulin/fondaparinux/pape arr yg ikut subcutaneous route
  • GTN (bwh lidah/sublingual)
  • hemodialisis (HD), dialisis peritoneal (PD)
Jadinya, camner nak makan ubat kalau puasa? Hurmmm... sila teruskan bacaan anda.

Cara pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa (oral)

1. od (sekali sehari) - kebanyakan ubat lain la..
  • pilih masa yg sesuai utk diri sendiri (sama ada berbuka/bersahur)
  • amalkan pd masa yg tetap spjg bulan Ramadhan.
2. bd (2 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali slps bersahur
3. bd (2 kali sehari) - sebelum makan - cth: bisacodyl, gliclazide, gemfibrozil, enalapril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps makan ubat yea.
  • sekali stgh jam sblm bersahur
4. tds (3 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali pd tgh malam (sebelum tidur) - makan sket arr sblm makan ubat yea.
  • sekali slps bersahur
5. tds (3 kali sehari) - sebelum makan - cth: nifedipine, isosorbide dinitrate, captopril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps berbuka
  • sekali sblm tidur (tgh malam)
  • sekali stgh jam sblm bersahur
6. qid (4 kali sehari)
  • sila bincang dgn doktor2 anda tentang keperluan menukar pengambilan ubat (mungkin kena tukar ubat/tukar kekerapan pengambilan ubat.. bergantung arr)
  • ataupun jika tak sesuai/keadaan memerlukan pt tuh on ubat tersebut qid jugak.., mungkin terpaksa arr diorg tak puasa. :)
Ni apa yang aku tahu la. Kalau ada pape yang tak betul, boleh la betulkan ye. Selamat berpuasa..

(credit to Rashidah, PRP HKL)

3 comments:

zamhadz said...

ateng,,lamenye puase..12 mggu..hehe

atengbest said...

typo la... dah betulkan... btw, tq

ascomel said...

salam, IPPT USM ada keluarkan buku (online) beribadah semasa sakit( kalau tak silap) ada kat laman web dia-bleh download- dlalam buku tu pon ada consensus about taking meds during ramadhan- Asdariah Misnan